Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Umm karya Al-Imam Asy-Syafi'i (Edisi Terjemahan Lengkap 16 Jilid)

Al-Umm karya Al-Imam Asy-Syafi'i (Edisi Terjemahan Lengkap 16 Jilid)
Al-Umm karya Al-Imam Asy-Syafi'i (Edisi Terjemahan Lengkap 16 Jilid) Al-Umm karya Al-Imam Asy-Syafi'i (Edisi Terjemahan Lengkap 16 Jilid) Al-Umm karya Al-Imam Asy-Syafi'i (Edisi Terjemahan Lengkap 16 Jilid)
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Azzam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 19.5 x 72

ISBN: 9786022361183
Availability: In Stock
Price: RM1,800.00 RM1,400.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Al-Umm karya Al-Imam Asy-Syafi’i (Edisi Terjemahan Lengkap 16 Jilid) | Judul Asal: Al-Umm | Penulis: Al-Imam Asy-Syafi’i rahmahullah (Wafat: 204H) | Tahqiq/Takhrij: Dr. Rif’at Fauzi ‘Abdul Muththalib | Penterjemah: Team Pustaka Azzam | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 22kg | Muka Surat: 16 Jilid lengkap (Hard cover) | Ukuran buku: 24cm (tinggi) x 19.5cm (lebar) x 72cm (tebal)


Ini adalah hasil terjemahan lengkap dari kitab Al-Umm karya Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) dengan semakkan, tahqiq, serta takhrij oleh Dr. Rif’at Fauzi.

Kitab Al-Umm ini adalah sebuah kitab yang dikumpulkan oleh murid Al-Imam Asy-Syafi’i iaitu Al-Imam Ar-Rabi’ bin Sulaiman Al-Muradi (Wafat: 270H). Beliau menghimpunnya sama ada ketika sebaik mendengar bab-bab atau perbahasan-perbahasan kandungannya tersebut secara langsung daripada Al-Imam Asy-Syafi’i atau di masa yang lain. Juga berdasarkan apa yang beliau temui dalam bentuk-bentuk tulisan Asy-Syafi’i rahimahullah.

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H):

“Jumlah kitab (perbahasan) dalam kitab Al-Umm mencapai lebih dari 140 bab, wallahu a‘lam. Ia dimulakan dengan perbahasan tentang thaharah (bersuci), kemudian kitab ash-sholah, dan seterusnya yang mana beliau susun berdasarkan bab-bab fiqh.” (Dinukil dari kitab Manhaj Al-Imam Asy-Syafi’i fii Itsbaat Al-‘Aqiidah karya Dr. Muhammad Al-‘Aql, m/s. 48 – Maktabah Adhwa As-Salaf)

Perbahasan yang terkandung dalam kitab Al-Umm ini merangkumi pelbagai asas dan penjabaran persoalan agama yang sangat luas. Bahkan ia boleh dikatakan sebagai himpunan perbahasan yang mengumpulkan pendapat-pendapat imam Asy-Syafi’i rahimahullah dalam bidang fiqh, tafsir, dan hadis. Di antara perbahasannya mencakupi aspek thaharah, solat, fiqh hari raya, zakat, jenazah, puasa, haji, ibadah korban, perburuan, nadzar, jual beli, mu’amalah, wasiat, faraidh, peperangan, jihad, pernikahan (atau munakahat), hudud, qishash, dan banyak lagi yang lainnya.

Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i rahimahullah atau yang lebih dikenali dengan nama Al-Imam Asy-Syafi'i adalah tokoh besar yang tidak asing lagi namanya di kalangan umat islam. Kepakaran beliau dalam pelbagai cabang ilmu Islam tidak diragukan oleh para ulama. Beliau termasuk antara yang dikenal mula meletakkan dasar ilmu hadis dan ushul fiqih secara lebih tersusun melalui karya monumentalnya, Ar-Risalah. Di pelbagai belahan dunia Islam, khususnya di Asia Tenggara, termasuk Indonesia dan Malaysia. Mazhab Syafi’i menjadi pegangan utama umat Islam. Ertinya, di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan yang berkaitan dengan persoalan ibadah dan mu’amalah mereka memilih dan mengamalkan (mengutamakan) pendapat-pendapat yang berkembang dalam mazhab Syafi’i.

Akan tetapi di antara yang sangat disayangkan adalah: masih ada, bahkan tidak sedikit di antara umat islam yang mendakwa dirinya pengikut mazhzab Al-Imam Asy-Syafi'i bahkan sampai ada yang bersifat fanatik di antara mereka, namun ternyata sebenarnya tidak mengenali siapa sebenarnya Al-Imam Asy-Syafi’i, juga tidak tahu apa karya-karya Al-Imam Asy-Syafi’i, apatah lagi membelek atau menela’ahnya. Jangankan ditanya tentang karya-karya ilmiah, aqidah, manhaj, atau pandangan Al-Imam Asy-Syafi'i terhadap pentingnya berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah, masa dan tempat Al-Imam dilahirkan pun banyak yang tidak tahu. Jangan hairan sekiranya ada yang menyangka Al-Imam Asy-Syafi'i adalah orang Asia Tenggara sehingga fiqh-nya dianggap khusus untuk orang Asia Tenggara!?

Semoga dengan siap dan lengkapnya hasil terjemahan ini, ia bakal membantu kita semua untuk lebih bersikap terbuka dan ilmiyah terhadap fiqh Al-Imam Asy-Syafi’i berikut mazhabnya. Semoga setiap orang akan mampu merujuk dan membuat pertimbangan yang benar kepadanya, sekaligus menjadikannya antara ensiklopedi fiqh rujukan dan pengkajian.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net