Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ensiklopedia Bid'ah

Ensiklopedia Bid'ah
Ensiklopedia Bid'ah
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 3

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM55.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

​Judul: Ensiklopedia Bid'ah

Judul Asal: Al-Bida' wal Muhdatsat wa ma La Ashla lahu

Kandungan:

Himpunan dan Kumpulan Fatwa oleh Lajnah Daimmah lil Buhuts al-Ilmiyyah wa al-Ifta' (Lembaga kajian tetap (research) dan pengeluaran fatwa 'Arab Saudi), bersama-sama juga himpunan fatwa-fatwa para ulama ahli sunnah kontemporari seperti:

Syaikh 'Abdul Aziz B. Bazz rahimahullah
Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah
Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman al-Jibrin rahimahullah
Syaikh Soleh B. Fauzan al-Fauzan hafizahullah
 
Susunan oleh: Syaikh Hammud B. 'Abdullah al-Mathar
 
Penerbit: Darul Haq
 
Berat: 1kg
 
Muka/Surat: 540 m/s.

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika hayatnya banyak mengingatkan tentang bahayanya bid'ah, iaitu mengada-adakan sesuatu amalan baru dalam agama.
 
Kata beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam:
 
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
 
"Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan kami ini sesuatu urusan (amalan agama) yang baru, maka ianya tertolak." (Mutaafaq 'alaih: Shahih al-Bukhari dan Muslim)
 
Dalam hadis yang lain, kata beliau:
 
مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
 
"Sesiapa yang melaksanakan suatu amalan yang bukan dari urusan (atau perintah) kami, maka ianya tertolak." (Shahih Muslim, no. 1718)
 
Dalam hadis yang lain lagi:
 
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ، تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
 
"Hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa'ur Rasyidin yang mendapat petunjuk setelah peninggalanku. Pegang dan gigitlah ia walau dengan geraham kalian dengan sekuat-kuatnya, dan jauhilah hal-hal (amalan-amalan agama) yang baru (yang diada-adakan), kerana setiap amalan baru yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu adalah sesat." (Sunan Abu Daud, no. 4607)
 
Dalam salah satu khutbah Rasulullah, beliau menegaskan:
 
أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ، وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ، وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
 
"Sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah (Al-Qur'an), dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (Shallallahu 'alaihi wa Sallam), dan seburuk-buruk perkara (dalam agama) adalah apa yang diada-adakan lalu disandarkan kepada agama (iaitu bid'ah), dan setiap bid'ah itu adalah kesesatan." (Shahih Muslim, no. 867)
 
Hadis-hadis ini semuanya memiliki isyarat yang menunjukkan betapa tercelanya bid'ah dan merupakan peringatan keras akan bahayanya bid'ah sehingga boleh membawa kesesatan.
 
Oleh itu, cukupkanlah diri kita dengan sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang sahih sebagaimana difahami oleh para sahabat beliau ridhwanullah 'alaihim ajma'in. Dan jauhilah amalan-amalan baru yang diada-adakan (lagi direka-reka) yang disandarkan kepada agama secara dusta. Sedangkan Rasulullah dan para sahabatnya sendiri pun tidak pernah mengamalkannya, apatah lagi mengajarkannya untuk diamalkan. 
 
Untuk lebih jelas lagi tentang apa itu bid'ah dan kepentingan berpegang kepada Sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sekaligus menjauhi bid'ah-bid'ah dalam agama, maka tela'ah dan semaklah buku berharga ini. Kandungannya sarat dengan ilmu dan penjelasan tentang keutamaan mengikuti sunnah-sunnah sahihah dan wajibnya meninggalkan bid'ah-bid'ah yang penuh bahaya.
 
Kemudian diikuti pula dengan penjelasan dan penjabaran sekitar bid'ah-bid'ah yang begitu banyak berlegar dalam masyarakat kita hari ini dari seluruh dunia Islam dalam pelbagai skop/juzuk agama baik aqidah, akhlak, thaharah, solat, puasa, haji & umrah, sedekah, zakat, dakwah, perkahwinan, perayaan, dan banyak lagi lainnya. Turut sama dibahaskan adalah hal-hal yang dianggap bid'ah, sedangkan hakikatnya ia bukanlah bid'ah. [Hak milik Atsar Enterprise: www.atsar.ilmusunnah.com, dilarang membuat salinan tanpa kebenaran]
 
Kita tentu pernah mendengar nama Hudzaifah Ibn al-Yaman, seorang sahabat yang dikenali sebagai penjaga rahsia Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam - beliau berkata:
 
"Di saat ketika kebanyakan manusia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tentang kebaikan, aku pula bertanya kepadanya tentang keburukan, kerana aku takut/bimbang akan terjerumus ke dalamnya."
 
Maka, itu terbukti setelah pemergian Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, kita melihat banyak manusia terjatuh ke dalam jurang kesesatan, kerana mereka hanya belajar tentang pintu-pintu kebajikan semata-mata dan melupakan maklumat/pengetahuan tentang jurang-jurang kesesatan. Sehingga mereka jahil tentang perkara-perkara yang boleh menjatuhkan mereka ke dalam lembah maksiat dan syirik.
 
Lalu bagaimana dengan bid'ah yang keberadaannya bagaikan hembusan angin yang tidak tersekat oleh ruang dan waktu? Lebih-lebih lagi perbuatan bid'ah ini lebih disenangi dan dicintai oleh syaitan berbanding perbuatan maksiat dan dosa-dosa besar lainnya.
 
Dari itu dapat kita lihat bahawa para pelaku maksiat lebih mudah untuk bertaubat dan mengakui akan dosa-dosa maksiatnya, iaitu mereka mengetahui bahawa maksiat yang sedang ia lakukan adalah perbuatan dosa.
 
Berbeza dengan pelaku bid'ah, ia sering terpesona dengan banyaknya manusia yang melakukan bid'ah tersebut sehingga ia beranggapan bahawa perbuatan tersebut adalah sebahagian dari kebenaran dan amalan kebaikan. Maka mereka pun berlumba-lumba mengerjakan dan mengamalkannya. Sedangkan Nabi dan para sahabatnya pun tidak pernah mengamalkan amalan-amalan sebagaimana si pelaku bid'ah itu amalkan. Sungguh mereka benar-benar telah terpedaya...
 
Sungguh indah senandung syair yang berbunyi:
 
"Aku mengetahui keburukan bukan untuk melibatkan diri ke dalamnya, tetapi untuk menghindarkan diri darinya. Sesiapa yang tidak mengetahui/mengenal keburukan nescaya dia akan terjatuh ke dalamnya."
 
Buku ini tampil menjelaskan berkaitan selok-belok pelbagai bentuk bid'ah yang terjadi di pelbagai penjuru dan belahan bumi. Disusun dalam bentuk soal-jawab sehingga seolah-olah para pembaca sedang berdialog dengan seorang guru. Penjelasan seperti ini akan membantu para pembaca untuk memahami, mengetahui, dan mengenali kepelbagaian bentuk dan corak bid'ah agar kita tidak terjerumus ke dalamnya, bi idznillah.
 
Maka, berhati-hatilah dan jangan jadikan diri kita sebagai buruan yang masuk ke dalam perangkap syaitan yang terpedaya dengan amalan yang disangka amal-amal kebaikan rupanya amal kesesatan, sehingga anda akan menjadi teman setianya di neraka. Na'uzubillah...
 
Setiap kupasan dan himpunan fatwa-fatwa yang terkandung di dalam buku ini berkaitan dengan bid'ah diambil daripada kalangan ulama besar ahli sunnah kontemporari yang tidak asing lagi. Ini sebagaimana telah dijelaskan di atas. Semoga bermanfaat.
 
- Sinopsis disediakan oleh Atsar Online Bookstore -

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net