Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Berbekal Setengah Isi Setengah Kosong, Menjalani Kehidupan Dengan Kacamata Optimisme

Berbekal Setengah Isi Setengah Kosong, Menjalani Kehidupan Dengan Kacamata Optimisme
Terbitan: Rumah Ilmu
Product Code: Rumah Ilmu (13(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 16 x 15.9 x 0.6

ISBN: 9786021668115
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Berbekal Setengah Isi Setengah Kosong, Menjalani Kehidupan Dengan Kacamata Optimisme | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Dr. Syafiq bin Riza bin Hasan Bin Abdul Qadir bin Salim Basalamah, MA | Tahqiq/Takhrij: - | Penerbit: Rumah Ilmu | Penterjemah: - | Berat: -131gram | Muka Surat: 115 m/s., (Soft cover) | Ukuran: 16.0(Tinggi)x15.9(Lebar)x0.6(Tebal)cm |


Akhi... Ukhti.. khasnya sang suami dan sang isteri,

Bila memandang sebuah gelas yang berisikan separuh air maka sebahagian orang akan berkata, “Setengahnya kosong” atau “hanya berisikan setengah air”, manakala Sebahagian lain mengucapkan, “Setengahnya berisi” atau “Berisikan separuh air”.

Termasuk orang yang manakah anda??!

Bila yang pertama, maka ini indikasi bahawa anda orang yang hidup dengan kacamata pesimis, selalu memandang kepada kekurangan, dan biasanya orang yang seperti itu, hidupnya sentiasa diselimuti kesusahan dan berjubah kesengsaraan, kerana dirinya lupa memandang kepada isi yang setengah lagi yang terdapat di gelas tersebut, walaupun hanya setengah.

Adapun insan yang berkata “Setengah berisi”, maka ini salah satu petunjuk bahawa dia adalah orang yang optimis, kerana dia memandang melalui kacamata isi, tidak terlalu peduli dengan setengahnya yang kosong, kerana bagaimanapun gelas itu, ia ada isinya, dan ia berucap, “Alhamdulillah, masih ada isinya.”

Sering kali angin bertiup tidak menepati dengan keinginan nelayan, tapi nelayan yang handal adalah yang dapat menyikapinya dengan cerdik dan menjadikannya sebagai peluang untuk menempa diri serta menjadikannya sebagai ladang untuk lebih banyak mendapatkan ikan dan buruan, kerana realiti tetap harus dihadapi bagaimanapun keadaannya.

Begitu pula kehidupan di muka bumi ini, ia akan menjadi indah bila kita memandangnya dengan kacamata keindahan, menyikapi segala peristiwa dengan hikmah dan bijaksana. Akan tetapi kehidupan ini akan menjadi kelam dan gelap gelita, bila kacamata yang dipakai untuk memandang adalah kacamata yang retak, yang berdebu dan kusam.

Ketahuilah... Tiada ciptaan Ilahi yang sia-sia, mereka berdoa:

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا

“Ya Rabb kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 191)

Tiada keburukan dari ciptaan-Nya melainkan mengandungi keelokan yang banyak, sebagaimana terungkap dalam sebuah doa:

وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ

“Dan keburukan tidak datang dari-Mu.” (Shahih Muslim, no. 771)

Tiada peristiwa yang menurut sudut pandang sebahagian manusia buruk, melainkan ia menyimpan banyak hikmah yang indah, yang mungkin tidak kita ketahui.

Ucapkanlah:

بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Di tangan Engkau-lah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 26)

Tulisan ini berusaha untuk membimbing anda agar dapat bersikap benar dalam menghadapi peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam kehidupan ini dengan kacamata yang optimis, sehingga apapun yang menimpa, kita pun dapat menyikapinya dengan tenang dan lapang dada, demi menggapai kehidupan yang lebih baik dan kebahagian yang indah nan abadi.

Semoga Allah menemani perjalanan anda membaca tulisan ini dan membimbing anda untuk dapat mengambil manfaat darinya kemudian mengamalkannya dalam kehidupan yang sekejap ini.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net