Judul: Ucapan-ucapan Yang Terangkat Ke Langit | Judul Asal (‘Arab): Mukhtashar Al-Waabil Ash-Shayyib wa Rafi’il Kalim Ath-Thayyib | Penulis: Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat:751H) | Diringkas oleh: Abu Shuhaib Al-Karami | Penerbit: Pustaka Arafah | Penterjemah: Salafuddin Abu Sayyid | Berat: 0.245kg | Muka Surat: 168m/s., (Soft cover) | Ukuran: 24(Tinggi)cmx15.6(Lebar)cmx0.8(Tebal)cm |
Ini adalah satu lagi buku terjemahan hasil dari buah karya Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat:751H), tokoh ahli ilmu yang cukup kaya dengan karya tulis berkait tazkiyatun nufus atau penyucian jiwa.
Bagi buku ini, ia adalah hasil ikhtishar (atau ringkasan) dari kitab beliau berjudul Al-Waabil Ash-Shayyib, iaitu sebuah karya yang mengungkap pentingnya (atau wajibnya) istiqamah dalam mencintai Allah, mengangungkan-Nya, dan mensyukuri-Nya, lalu diikuti dengan penjelasan keutamaan-keutamaannya.
Di bab pertama, penulis menjabarkan perbahasan tentang erti syukur dan sabar serta perlaksanaannya sebagai tanda pengagungan terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala. Di bab berikutnya, beliau membahaskan pula sebab-sebab seorang hamba diselamatkan dari tipu daya dan hasutan syaitan, lalu diikuti beberapa bentuk amalan yang dapat membantu seorang hamba agar sentiasa dalam pertolongan dan lindungan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Di bab seterusnya, penulis (yakni Ibnul Qayyim) menjabarkan pula keutamaan dan faedah-faedah dzikir, kepelbagaiannya, jenis-jenisnya, bentuk-bentuknya, serta pelbagai manfaatnya yang besar bagi diri seorang hamba.
Semoga buku ini mampu menjadi salah satu bahan bacaan yang menggugah jiwa seraya membangkitkan semangat untuk mengabdi hanya kepada Allah dengan benar, membuahkan kekuatan beramal soleh, dan memberikan kefahaman tentang pentingnya syukur, sabar, dan berada dalam keadaan sentiasa berdzikir (mengingat Allah).
Baarakallaahufiikum.