Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Tahdzib Syarah Aqidah Thahawiyah Imam Ibnu Abil Izz Al-Hanafi

Tahdzib Syarah Aqidah Thahawiyah Imam Ibnu Abil Izz Al-Hanafi
Tahdzib Syarah Aqidah Thahawiyah Imam Ibnu Abil Izz Al-Hanafi
Product Code: Darul Haq (6(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 17 x 4.1

ISBN: 9789791254878
Availability: Out Of Stock
Price: RM64.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Tahdzib Syarah Aqidah Thahawiyah Imam Ibnu Abil Izz Al-Hanafi | Judul Asal (‘Arab): Al-Minhah Al-Ilahiyyah fi Tahdzib Syarh Ath-Thahawiyyah – Imam Ibnu Abil ‘Izz Al-Hanafi – | Penulis: Al-Imam Ibnu Abil ‘Izz Al-Hanafi | Tahqiq/Takhrij/Tahdzib/Ta’liq: Asy-Syaikh ‘Abdul Akhir Hammad Al-Ghunaimi | Penerbit: Darul Haq | Penterjemah: Izzudin Karimi | Berat: 1.157kg | Muka Surat: 674m/s., (Hard cover) | Ukuran: 24.5(Tinggi)cmx17(Lebar)cmx4.1(Tebal)cm |


Ilmu aqidah merupakan ilmu agama yang paling mulia, dan ianya tidak tersangkal lagi. Dengan ilmu aqidah, seorang hamba mengenal Rabbnya, membimbing manusia untuk bertauhid, mengetahui apa yang diwajibkan atasnya oleh Rabbnya yang telah menciptakannya, serta amal-amal pun menjadi soleh dan diterima di sisi Allah apabila aqidah pelakunya telah benar.

Aqidah yang haq adalah aqidah yang dipegang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya yang merupakan umat terbaik setelah Rasulullah. Hanya Cuma, telah menjadi sunnatullah yang ditetapkan berlaku atas makhluk-Nya di mana akan adanya rintangan-rintangan yang menghadang langkah mereka menuju kepada aqidah yang haq ini, sehingga terjadilah apa-apa yang telah diperingatkan oleh Rasulullah, berupa perpecahan umat ini kepada golongan dan kelompok yang banyak. Namun demikian, mereka yang berpegang-teguh dengan prinsip-prinsip ahlus sunnah wal-jama’ah, mereka akan tetap berjalan di atas manhaj salaf ash-shalih, mereka berpegang kepada agama mereka dengan ilmu yang jelas, dalil-dalilnya terang, mewarisi kefahaman sahabat dan tabi’in, dengannya mereka pun terus membela aqidah ini, mereka menyebarkan tauhid yang murni dan memerangi ahli bid’ah serta para pendukung hawa nafsu.

Di antara mereka ini adalah Al-Imam Abu Ja’far Ath-Thahawi rahimahullah, penulis matan aqidah yang dikenal dengan nama beliau sendiri, yang padanya beliau menyimpulkan intisari aqidah ahlus sunnah wal-jama’ah, menjelaskan apa-apa yang haq, yang wajib atas setiap muslim untuk mengimaninya, dan beliau memperingatkan dari pendapat-pendapat ahli bid’ah dan aliran-aliran yang sesat.

Matan ini kemudiannya disyarah dan diperjelaskan oleh para ulama, dan yang terbaik dan tersahih manhajnya adalah syarah yang disusun oleh Al-Imam Ibnu Abil ‘Izz Al-Hanafi yang Allah telah menjadikannya bermanfaat bagi kaum muslimin, khasnya di zaman-zaman akhir ini, yang mana umat Islam diuji dengan jauhnya mereka dari agama dan syari’at Allah yang sebenar.

Lalu akhir-akhir ini Allah memberikan kesedaran ke atas sebahagian dari umat Islam di pelbagai wilayah untuk bangkit beragama dengan benar, anak-anak muda mula bergerak untuk kembali kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, dan di antara kurniaan Allah di balik kesedaran ini adalah adanya orang-orang yang berpegang kepada aqidah ahlus sunnah wal-jama’ah yang sejati seraya menolak aqidah-aqidah yang bathil, aqidah-aqidah yang bid’ah, sekaligus aliran-aliran sesat yang menyamarkan hakikat agama yang haq.

Faktor ini telah menambah pentingnya syarah berharga ini, maka ahli ilmu pun memberikan perhatian mereka sehingga ia dicetak berulang-ulang kali. Dan alhamdulillah, kini telah hadir edisi terjemahannya.

Siapa Al-Imam Ath-Thahawi?

Beliau adalah Al-Imam Al-‘Allamah Al-Hafiz Abu Ja’far Ahmad bin Muhammad bin Salamah Al-Mishri Ath-Thahawi, nisbat kepada Thaha yang merupakan sebuah desa di Mesir. Beliau lahir pada tahun 239H dan wafat pada tahun 321H.

Beliau banyak mengambil manfaat ilmu dari pakciknya (dari sebelah ibu) yang merupakan salah seorang anak murid Al-Imam Asy-Syafi’i yang masyhur, iaitu Al-Imam Al-Muzani rahimahullah, yang juga dikenal dengan matan aqidahnya, Syarhus Sunnah Al-Muzani.

Beliau belajar fiqh dari Al-Muzani dan mendengar riwayat-riwayat ilmu serta hadis dari Al-Imam Asy-Syafi’i melalui pakciknya, Al-Muzani. Namun ketika umurnya beranjak ke usia 20-an, beliau mula mendalami pula fiqh Al-Imam Abu Hanifah rahimahumullah.

Selain matan Ath-Thahawiyah ini, beliau juga dikenal dengan karya lain yang hebat, antaranya Syarh Ma’anil Atsar, Syarh Musykilil Atsar, dan Mukhtashar Ath-Thahawi.

Para ulama menyebutkan pujian tentang beliau, antaranya Al-Imam Ibnu Yunus mengatakan:

“Beliau seorang tsiqah, dhabit, ahli fiqh, dan bijak, tidak ada yang sepertinya setelahnya.”

Al-Hafiz Ibnu Katsir menyebutkan dalam Al-Bidayah wan-Nihayah:

“Beliau adalah seorang yang tsiqah yang dhabit, huffaz besar (yakni penghafal dan menguasai bidang hadis).”

Siapa Ibnu Abil ‘Izz?

Beliau adalah Al-Imam Al-‘Allamah Shadruddin Abul Hasan ‘Ali bin Ala’uddin ‘Ali bin Muhammad bin Abil ‘Izz Al-Hanafi Ad-Dimasyqi. Beiau lahir pada tahun 731H dan wafat pada tahun 792H.

Beliau termasuk salah seorang murid kepada Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (penyusun tafsir terkenal). Di antara kitab berharga Ibnu Abil ‘Izz adalah kitab Syarh Ath-Thahawiyah ini, dan juga kitab Al-Ittiba’ yang membahas dan membantah sebahagian pihak yang taksub kepada Al-Imam Abu Hanifah.

Wallaahu a’lam.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net