Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mukhtashar Jami'ul Ulum wal Hikam Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali

Mukhtashar Jami'ul Ulum wal Hikam Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq (13(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 15.6 x 2.2

ISBN: 9789791254885
Availability: In Stock
Price: RM34.00 RM30.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mukhtashar Jami’ Al-Ulum wal Hikam Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali | Judul Asal (‘Arab): Mukhtashar Jami’ Al-Ulum wal Hikam fi Syarh Khomsina Haditsan min Jawami’ul Kalim - Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali  | Penulis: Dr. Ahmad bin ‘Utsman Al-Mazyad | Tahqiq/Takhrij: Dr. Ahmad bin ‘Utsman Al-Mazyad | Penerbit: Darul Haq | Penterjemah: Abdurrahman Nuryaman | Berat: 654gram | Muka Surat: 445m/s., (Soft cover) | Ukuran: 24cm(Tinggi)x15.6cm(Lebar)x2.2(Tebal)cm |


Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengutus Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan jawami’ al-kalim, dsan juga mengistimewakan beliau dengan hikmah-hikmah yang indah.

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

بُعِثْتُ بِجَوَامِعِ الكَلِمِ

“Aku diutus dengan jawami’ al-kalim.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2977)

Al-Imam Az-Zuhri raimahullah berkata:

Jawani’ al-kalim (sebagaimana yang sampai kepada kami), adalah Allah Ta’ala menyatukan untuk beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam perkara-perkara yang banyak yang tertulis di kitab-kitab suci terdahulu pada satu atau dua perkara (yakni dalam bentuk yang ringkas), dan yang seumpama itu.”

Maka Jawami’ al-kalim yang merupakan keistimewaan Nabi ada dua bentuk;

Pertama: Apa-apa yang tercantum dalam Al-Qur’an sebagaimana firman Allah ‘Azza wa Jalla:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ

“Sesungguhnya Allah menyuruk kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi batuan kepada kerabat (keluarga dekat), dan Dia melarang dari perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan.” (Surah An-Nahl, 16: 90)

Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah berkata:

“Ayat ini tidak membiarkan satu kebaikan pun kecuali memerintahkannya, dan tidak meninggalkan satu keburukan pun kecuali melarangnya.”

Kedua: Apa-apa yang termuat dalam hadis-hadis beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, yang tersebar luas dalam sunnah-sunnah yang diriwayatkan dari beliau.

Para ulama telah mengumpulkan pelbagai macam dari sabda-sabda beliau yang ringkas, tetapi bermakna luas.

Al-Imam Al-Hafiz Ibn Sholah rahimahullah telah menjelaskan dalam satu majlis, yang beliau namakan dengan “Al-Hadits Al-Kulliyah” (hadis-hadis yang mencakup perkara-perkara secara global), di mana beliau mengumpulkan di dalamnya hadis-hadis yang ringkas, tetapi bermakna luas tersebut, yang dikatakan sebagai dasar pijakan agama, dan apa-apa yang semakna dengannya dari kalimat-kalimat yang ringkas tetapi bermakna luas. Imla’ di dalam majlis beliau ini mencakup dua puluh enam hadis.

Kemudian Imam ahli fiqih yang zuhud lagi teladan, Abu Zakariya Yahya bin Sharaf An-Nawawi rahimahullah (yakni yang dikenal sebagai Al-Imam An-Nawawi, wafat: 676H), beliau mengambil hadis-hadis yang dikumpulkan oleh Ibnu Sholah tersebut, lalu menambahkannya sehingga berjumlah empat puluh dua hadis dan menamakannya dengan Al-Arba’in. Inilah hadis-hadis Al-Arba’in (hadis 40) yang kemudian menjadi masyhur, sangat dikenal, banyak dihafal, dan dihuraikan faedah-faedahnya oleh para ulama.

Setelah Al-Imam An-Nawawi, Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafdat: 795H) berkata:

“Sebahagian ulama yang mensyarah hadis Al-Arba’in ini di samping menjelaskan faedah-faedah darinya, mereka juga mengkritik penyusunnya kerana tidak memasukkan beberapa hadis seumpama (yang bersifat jawami’ al-kalim) yang juga penting... (beliau menyebutkan beberapa hadis)...

Atas alasan itulah, maka saya memandang penting untuk menambahkan beberapa hadis tersebut ke dalam Al-Arba’in yang dihimpun oleh Al-Imam An-Nawawi rahimahullah, dan juga menambahkan padanya sejumlah hadis-hadis yang lain yang termasuk dalam makna jawami’ al-kalim yang padanya mencakup pelbagai ilmu dan hikmah, sehingga jumlah hadis-hadis tersebut pun menjadi genap lima puluh hadis.”

Dan hadis-hadis tersebut pun terhimpun dalam kitab ini yang berjudul “Jaami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam” yang cukup terkenal dan menjadi rujukan para ahli ilmu setelahnya sampai hari ini.

Kata Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali:

“Dan ketahuilah bahawa tujuan saya tidaklah lain kecuali untuk menjelaskan lafaz-lafaz (kata-kata) yang digunakan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang dikandung oleh hadis-hadis yang global ini, seterusnya menjelaskan makna-makna kalimat Nabi yang ringkas, tetapi mencakup makna yang luas tersebut, serta apa-apa yang dikandungnya, berupa adab-adab, hikmah-hikmah, penjelasan-penjelasan, hukum-hukum, serta bahagian-bahagian dari syari’at.”

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net