Judul: Ruqyah, Jin, Sihir dan Terapinya | Judul Asal (‘Arab): Wiqaayatul Insaani minal Jinni wasy-Syaithaani Ash-Shaarimul Bataari fit Tashaddi lis Saharati Al-Asyraar | Penulis: Syaikh Wahid ‘Abdussalah Bali | Tahqiq/Takhrij: Syaikh Wahid ‘Abdussalah Bali | Penerbit: Ummul Qura | Penterjemah: Team Penterjemah Ummul Qura | Berat: 1300gram | Muka Surat: 709m/s., (Hard cover) | Ukuran: 24.6(Tinggi)x18(Lebar)x3.5(Tebal)cm |
Syaikh Abu Bakr Jabir Al-Jaza’iri mengulas tentang buku ini:
“Saya ingin bercerita, ketika saya sedang berada di masjid Nabawi yang mulia, Syaikh Wahid ‘Abdussalam Bali berjumpa dengan saya. Beliau memberikan bukunya yang berjudul “Wiqaayatul Insaan minal Jinn wasy-Syaithaan”. Beliau meminta saya dengan sungguh-sungguh agar membaca buku tersebut. Kemudian memberikan pandangan saya tentang bukunya tersebut.
Saya pun memenuhi permintaannya walaupun saya sendiri banyak tugas dan sangat sibuk. Setelah membaca buku ini dari awal sampai akhir, saya dapati bahawa buku ini sangat baik dan tidak ada kesalahan-kesalahan di dalamnya. Sama ada kesalahan cara pandang mahupun kesalahan cara mengemukakan dalil (hujah). Buku ini sangat tepat dan sesuai dengan judulnya, di samping isinya yang sangat memuaskan dan cukup lengkap.
Dalam buku ini, Syaikh Wahid menjawab dan menepis pandangan-pandangan keliru dari sebahagian kelompok sesat yang menafikan keberadaan jin dalam tubuh manusia, dan berbicara melalui lisan manusia dan mendorong orang yang dirasukinya mengikuti kehendaknya.
Buku dan penulisnya ini diperindah, serta disemak lagi oleh penerbit. Dengan hanya menampilkan hanya hadis-hadis yang sahih dan hasan sahaja, disertai dengan takhrijnya yang merujuk kepada sumber asli dan pentakhrijnya. Serta meninggalkan hadis-hadis yang dha’if dan bathil. Sehingga, para pembaca dan penela’ah serta orang-orang yang ingin mengambil manfaat dari buku ini merasa puas. Semoga Allah ‘Azza wa Jalla memberikan balasan kepada beliau (Asy-Syaikh Wahid) dengan balasan orang-orang yang berbuat kebaikan.
Jika sebuah buku biasanya dibaca dari judul tajuknya sebagaimana yang masyhur diperkatakan, namun buku Syaikh Wahid ini memberikan dua faedah sekaligus yang terkumpul padanya:
Pertama: Penetapan aqidah Islam yang menjelaskan kewujudan bangsa jin, fenomena kewujudan dan pengaruh perbuatan serta tindakan mereka dalam kehidupan, sama ada dari sisi kebaikan, kejahatan, manfaat, mahupun mudharat.
Kedua: Penjelasan mengenai perlindungan diri dan ruqyah (penjagaan) yang bersesuaian dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah, dalam mengatasi gangguan jin dan Syaitan. Buku ini menggabungkan antara penjelasan penyakit dan terapinya. Dan ini merupakan keistimewaan yang besar, sehingga menjadikannya sangat sesuai untuk dibaca dan difahami oleh setiap orang yang beriman.
Akhir kata, saya berdoa, “Ya Allah, berikanlah manfaat kepada penulis buku ini dari apa yang telah beliau tuliskan. Berikanlah manfaat kepada pencari kebenaran dalam masalah ini, sehingga dia dapat mengetahuinya dan memperoleh petunjuk kerananya.”
Semoga selawat serta salam tercurahkan kepada baginda Nabi Muhammad, segenap keluarga serta para sahabat beliau seluruhnya.”
Secara umumnya, buku ini:
Semoga bermanfaat.