Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Perjalanan Hidup Rasul Yang Agung Muhammad S.A.W (Terjemahan Ar-Rahiq Al-Makhtum)

Perjalanan Hidup Rasul Yang Agung Muhammad S.A.W (Terjemahan Ar-Rahiq Al-Makhtum)
Perjalanan Hidup Rasul Yang Agung Muhammad S.A.W (Terjemahan Ar-Rahiq Al-Makhtum) Perjalanan Hidup Rasul Yang Agung Muhammad S.A.W (Terjemahan Ar-Rahiq Al-Makhtum) Perjalanan Hidup Rasul Yang Agung Muhammad S.A.W (Terjemahan Ar-Rahiq Al-Makhtum)
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 18 x 4

ISBN: 9789793407715
Availability: In Stock
Price: RM70.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Perjalanan Hidup Rasul Yang Agung Muhammad S.A.W | Judul Asal: Al-Rahiiq Al-Makhtum | Penulis: Asy-Syaikh Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri rahimahullah | Penerbit: Darul Haq | Berat: 1.3kg | Muka Surat: 732m/s. (Hard cover) | ISBN: 978-979-3407-71-5


Buku Sirah Nabawiyah Perjalanan Hidup Rasul Yang Agung ini adalah terjemahan lengkap kitab Ar-Rahiiqul Makhtum karya Asy-Syaikh Shofiyyurrohman Al-Mubarakfuri rahimahullah. Karya ini merupakan kitab Sirah (sejarah kehidupan Nabi) yang pernah memenangi tempat pertama anugerah penulisan sirah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang dikelolakan oleh Rabitah Alam Al-Islami. Sekaligus merupakan antara karya dan rakaman terbaik abad ini terkait perjalanan kehidupan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Umumnya, membaca dan menghayati sirah atau sejarah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bukanlah sekadar sebagai bahan bacaan dan untuk mendapatkan informasi tentang Rasulullah, tetapi lebih dari itu semua. Ianya bertujuan meneladani sifat dan tatacara kehidupan beliau dalam segala perkara, mengambil ‘ibrah (iktibar/pelajaran) darinya, sekaligus berusaha menerapkannya ke dalam kehidupan seharian kita.

Bahkan lebih dari itu, memahami dan menelusuri kisah-kisah beliau, sekaligus mengenal beliau dengan lebih dekat sehingga mencintai beliau adalah merupakan tanda keimanan. Tidak-lah kita mencintai beliau dengan kecintaan yang benar melainkan akan dikurniakan Allah Ta’ala ke hati-hati kita berupa nikmat manisnya iman.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

“Tidaklah beriman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya sendiri, dan manusia seluruhnya.” [Shahih Al-Bukhari, no. 15. Muslim, no. 44]

Di hadis yang lain, kata beliau lagi:

ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, ia akan merasa manisnya iman. Iaitu Allah dan Rasul-Nya menjadi yang paling dicintainya dari selain keduanya, mencintai seseorang kerana Allah semata-mata, dan benci jika dikembalikan kepada kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.” [Shahih al-Bukhari, no. 16]

Maka, di antara wasilah mendapatkan rasa cinta terhadap Rasul-Nya, yang sekaligus menjadi jalan menunju Allah, adalah dengan menekuni perjalanan hidup dan siri dakwah beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Bukan hanya sekadar omongan kosong cinta dan kasih, tetapi tiada penghayatan dan tidak memiliki ilmu tentangnya. Sebaliknya kecintaan perlulah diiringi dengan dukungan ilmu dan kefahaman yang benar berteraskan fakta.

Makanya, buku ini merupakan salah satu rujukan yang tidak kurang pentingnya bagi tujuan meneliti hal yang dimaksudkan. Di dalamnya mengandungi kupasan yang menarik terkait sejarah kehidupan bangsa arab sebelum kelahiran dan pengutusannya, keadaan suku kaum beliau, fasa-fasa pekembangan dan pertumbuhan keperibadian beliau, sejarah peperangan dan jihad, kehidupan dalam beragama, situasi sosial, budaya, pentadbiran dan pemerintahan di zaman itu, keadaan ekonomi dan sumbernya, keadaan geografi, dan beberapa kerajaan serta empire besar yang wujud ketika itu.

Antara fokus utama yang dipaparkan dan dikisahkan secara terperinci adalah terkait latar belakang kehidupan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, baik pertumbuhan beliau, keluarga beliau, pernikahan beliau, isteri-isteri dan anak-anak beliau, para sahabat beliau, dan yang lainnya... . kemudian ditutup dengan paparan detik-detik terakhir kehidupan beliau serta gambaran sifat dan budi pekerti beliau.

Lebih istimewa, buku ini turut dilengkapi dengan analisa sejarah, penukaran tahun peristiwa dari hijrah ke masehi, rujukan-rujukan hadis yang sahih, peta global/umum lokasi-lokasi bersejarah, dan beberapa yang lain.

Maka, hayatilah kisah-kisah sejarah yang sangat penting ini, bukan hanya sekadar kisah sejarah... tetapi sebuah kisah yang sangat penting kepada agama dan keimanan kita, kisah-kisah yang penuh pelajaran dan pengajaran, keteladanan dan kewibawaan. Dari kisah beliaulah agama kita bermula... Jangan sampai kisah-kisah mistik dan mitos yang tiada asalnya lebih kita dahulukan, sedangkan kisah Nabi kita yang membawa petunjuk ini kita boleh abaikan pula.

- Sinopsis disediakan oleh Atsar Online Bookstore -

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net