Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mengupas Tuntas Akar Syirik dan Membantah Syubhat Para Pengusungnya

Mengupas Tuntas Akar Syirik dan Membantah Syubhat Para Pengusungnya
Terbitan: Daar Ibnu 'Abbas
Product Code: Daar Ibn 'Abbas (6(1))/(9(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.8 x 15.6 x 1.8

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM43.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mengupas Tuntas Akar Syirik dan Membantah Syubhat Para Pengusungnya | Judul Asal (‘Arab): Syarh Kasyfusy Syubuhaat | Penulis: Asy-Syaikh Muhammad bin Ibrahim Alu Asy-Syaikh dan Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin | Tahqiq/Takhrij: - | Penerbit: Daar Ibnu ‘Abbas | Penterjemah:  Yahya Abu Luqman | Berat: 509gram | Muka Surat: 348 m/s., (Soft cover) | Ukuran: 23.8(Tinggi)x15.6(Lebar)x1.8(Tebal)cm |


Kitab ini merupakan penjelasan yang ringkas dan mudah atas kitab susunan Syaikhul Islam Muhammad bin ‘Abdul Wahhab rahimahullah yang berjudul Kasyfusy Syubuhaat, di mana beliau telah menyebutkan belasan syubhat dari orang-orang musyrik berserta dengan jawaban-jawabannya. Dan alhamdulillah, beliau menjawabnya dengan jawaban terbaik yang ditopang dengan dalil dan makna yang mudah difahami serta ungkapan yang sangat terang.

Saya memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar memberikan pahala kepada beliau atas usahanya tersebut dan agar memberikan manfaat dengannya bagi seluruh hamba. Sesungguhnya Dia adalah Dzat yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Akan sentiasa ada golongan yang menghadang dan menghalangi manusia dari peribadahan yang sejati. Akan tetap ada pihak yang berusaha memalingkan manusia dari tauhid kepada syirik.

Tak henti-hentinya mereka menebarkan racun yang dikemas dengan aroma yang mempersona. Pelbagai kerancuan dan pengkelabuan yang mereka sebarkan di tengah-tengah masyarakat kaum muslimin.

Hanya satu slogan tersirat mereka: “Tinggalkan Tauhid” atau “Bergelimang dengan kesyirikan.”

Dalam buku ini, anda akan dibimbing oleh penulis rahimahullah untuk:

1, Mengenal dan mengetahui pelbagai syubhat yang ditebarkan musuh-musuh tauhid.

2, Menyingkap setiap tirai dari syuhat tersebut secara umum, dan

3, Membongkar seraya mematahkan syubhat mereka secara rinci sehingga membuat dada merasa lapang dan hati pun tenteram.

Termasuk bentuk racun syubhat yang mereka tebarkan adalah:

1, Syirik itu hanyalah semata-mata peribadahan kepada berhala, sedangkan kami tidak menyembah berhala.

2, Kalian menyamakan kami seperti kaum musyrikin yang pertama, padahal kami bersaksi dengan kalimat Laa ilaaha illallaah dan Muhammadur Rasulullah, kami membenarkan hari kebangkitan, kami melakukan solat, puasa, haji dan (yang lainnya)...

3, Orang yang telah mengatakan Laa ilaaha illallaah tidak boleh dikafirkan dan tidak boleh dibunuh meskipun dia melakukan apa saja yang dia lakukan.

Di samping racun-racun lainnya yang mereka sebar dan telah membuat sesak dada-dada kaum muslimin.

Semoga dengan hadirnya buku ini, Allah memberikan manfaat yang banyak kepada setiap muslimin di manapun mereka berada. Semoga dapat membantu mereka untuk menolak setiap syubhat yang dijumpainya. Dan menyelamatkan kaum muslimin dari racun syirik yang membinasakan.

Akhirnya, hanya kepada Allah semata kita memohon keistiqomahan di atas Tauhid. Hanya kepada Allah semata kita memohon keselamatan dari bahaya dan dahsyatnya Syirik. Dan hanya kepada Allah semata kita memohon kekuatan dan pertolongan dari tipu daya dan kelicikan kaum Musyrikin.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net