Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Awas Futur!!

Awas Futur!!
Terbitan: Pustaka Imam Adz-Dzahabi
Product Code: Pustaka Imam Adz-Dzahabi
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.2 x 14.5 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM19.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

‘Judul: Awas Futur!! | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Ummu Ihsan dan Abu Ihsan Al-Atsary | Tahqiq/Takhrij: - | Penerbit: Pustaka Imam Adz-Dzahabi | Penterjemah: - | Berat: 249gram | Muka Surat: 216 m/s. (Soft cover) | Ukuran: 20.2(Tinggi)x14.5(Lebar)x1(Tebal)cm |


Futur atau membawa maksud kelesuan iman dan hilangnya semangat untk beramal adalah penyakit yang sangat berbahaya. Berapa ramai orang yang dahulunya rajin ibadah, dekat kepada agama, melazimi majlis-majlis ilmu, dan tekun menjalankan ketaatan, tiba-tiba saja mula berubah. Dia mula melepaskan ikatan agama satu demi satu sampai akhirya terlepas sama sekali. Sungguh, sangat disayangkan...! Mungkin hanya itu komentar yang keluar dari lisan kita. Namun, adakah semudah itu masalahnya!! Jawabannya tentu tidak.

Virus futur ini boleh menyerang siapa saja, sama ada tua ataupun muda, baik si miskin mahupun yang kaya, baik lelaki ataupun wanita. Semuanya punya kebarangkalian untuk terkena!

Di peringkat awal mungkin penyakit ini dianggap remeh, namun lama kelamaan mampu menjadi malapetaka besar bagi penderitanya. Malah penyakit ini berupaya untuk menyeret seseorang kepada kemurtadan dan kezindiqan, wal iyadzu billah.

Penyakit inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam sebuah hadis:

إِنَّ لِكُلِّ عَمَلٍ شِرَّةً، وَلِكُلِّ شِرَّةٍ فَتْرَةٌ، فَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى سُنَّتِي، فَقَدْ أَفْلَحَ، وَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى غَيْرِ ذَلِكَ، فَقَدْ هَلَكَ

“Sesungguhnya setiap amalan pasti ada semangatnya, dan setiap semangat pasti mengalami fasa penurunan (fatrah/futur). Siapa yang fatrahnya kepada sunnahku maka dia beruntung, tetapi siapa yang fatrahnya kepada bid’ah, maka dia binasa.” (Musnad Ahmad, no. 6764)

Melihat bahayanya masalah futur ini dan sedikitnya dari kalangan penulis yang mengupasnya, maka penyusun pun berkenan membahaskannya dengan harapan kita dapat mengenal lebih dalam tentangnya, mengetahui sebab-sebabnya, sekaligus cara untuk mengatasinya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ (55)

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Adz-Dzariyat, 51: 55)

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net