Judul: Dahsyatnya Bahaya Lisan Wanita | Judul Asal (‘Arab): Akhtha’ul Mar’ah Al-Muta’alliqah bi Zallatil Lisan wa Afatihi | Penulis: Nada Abu Ahmad | Tahqiq/Takhrij: - | Penerbit: Nabawi Publishing | Penterjemah: Umar Mujtahid | Berat: 163gram | Muka Surat: 123m/s. (Hard cover)
Perkara yang banyak menjerumuskan seseorang ke dalam Neraka adalah lisan sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam dalam hadisnya.
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:
سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الجَنَّةَ، فَقَالَ: تَقْوَى اللهِ وَحُسْنُ الخُلُقِ، وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ، فَقَالَ: الفَمُ وَالفَرْجُ
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallan ditanya tentang apa yang banyak memasukkan manusia ke dalam Syurga. Maka beliau pun bersabda, “Taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Rasulullah juga ditanya tentang apa yang banyak memasukkan manusia ke dalam Neraka, lalu jawab beliau:
“Mulut dan farj (kemaluan).” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2004)
Untuk itu, menjaga lisan dan segala perkataan yang kita ucapkan adalah merupakan hal yang penting yang wajib kita perhatikan dengan sungguh-sungguh. Lisan ini perlu dikendalikan secara benar agar tidak menimbulkan kesan yang buruk yang boleh mengakibatkan kerosakan sama ada pada diri sendiri mahupun orang lain serta masyarakat secara amnya.
Dalam buku ini, terkhusus bagi kaum wanita. Kerana fitrah kaum wanita itu lebih terdedah dan terdorong kepada aktiviti perbualan sehingga banyak sekali kaum wanita yang sukar untuk mengendalikan lisannya dengan baik. Dan ini sudah tentu akan membahayakan dirinya dan yang lainnya.
Maka penulis pun menyusun tulisan ini guna menyuntik kesedaran atas kaum wanita secara khusus dan yang lainnya secara umum. Agar lisan kita semua tidak menimbulkan hal-hal yang tidak seharusnya melalui lisan-lisan kita, tetapi sebaliknya hanya berbicara pada hal-hal yang perlu, yang bermanfaat lagi berpahala.
Semoga bermanfaat.