Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fiqih Kontemporer Berdasarkan Dalil dan Kaidah Ilmiyah

Fiqih Kontemporer Berdasarkan Dalil dan Kaidah Ilmiyah
Terbitan: Pustaka Al Furqon
Product Code: Pustaka Al-Furqon
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.5 x 15.6 x 2.1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM36.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fiqih Kontemporer Berdasarkan Dalil dan Kaidah Ilmiyah | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar As-Sidawi | Tahqiq/Takhrij: - | Penerbit: Pustaka Al-Furqon | Penterjemah: - | Berat: 586gram | Muka Surat: 417m/s. (Soft cover) | Ukuran: 23.5(Tinggi)x15.6(Lebar)x2.1(Tebal)cm |


Perkembangan zaman dan pesatnya pertumbuhan peralatan dan teknologi moden dalam kehidupan manusia telah memunculkan pelbagai persoalan baru yang memerlukan respon dari sudut agama yang tepat dan ilmiyah. Banyak masalah-masalah baru yang tidak ada pada zaman silam dan tidak ada dalam kitab-kitab klasik, tetapi hal ini memerlukan kedalaman ilmu dan fatwa ulama masa kini untuk membahasnya yang releven dengan konteks kenyataan zaman sekarang, berdasarkan dalil-dalil yang terkandung dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis serta kaedah-kaedah berharga yang telah diletakkan oleh para ulama. Inilah yang dikenal dengan fiqih nawazil, yakni pengetahuan hukum-hukum syari’at tentang masalah-masalah baru yang belum pernah terjadi sebelumnya, yang memerlukan rincian dan keterangan hukum secara syar’i. (lihat: Al-Mantsur oleh Az-Zarkasyi, 1/69)

Mempelajari fiqih nawazil wajib bagi umat ini, hukumnya bersifat fardhu kifayah. Bila ada sebahagian kaum muslimin yang telah bangkit mempelajarinya sehingga menampung keperluan maka gugurlah kewajiban bagi yang lainnya. Dan hukumnya menjadi fardhu ‘ain pada sebahagian orang tertentu. (Lihat: Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab oleh An-Nawawi, 1/27, 45. Lihat pula: Perbezaan antara fardhu ‘ain dan fardhu kifayah dalam Al-Qawa’id wal Fawa’id Al-Ushuliyyah oleh Ibn Lahham, 253)

Dalil tentang wajibnya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ

“Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu): “Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 187)

Ayat ini menjelaskan tentang kewajiban para ahli ilmu dan penuntut ilmu untuk menerangkan ilmu dan menyebarkannya, sedangkan sebahagian masalah-masalah ini banyak tidak diketahui hukumnya oleh orang awam.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (tentang Al-Qur’an dan As-Sunnah) jika kamu tidak mengetahui.” (Surah An-Nahl, 16: 43)

Ayat ini menunjukkan bahawa harus ada golongan umat ini yang memahami masalah-masalah agama. Dengan demikian maka adanya para Mujtahid (ulama’ ahli ijtihad) dari kalangan umat Islam hukumnya adalah fardhu kifayah. (lihat: Ar-Raudhatul Basim, 1/20-21)

Karena itulah, para ulama sejak dahulu lagi telah menaruh perhatian pada permasalahan seperti ini, seperti Abu Laits As-Samarqandi (376 H) dalam kitabnya An-Nawazil fil Fiqh, Ibnul Qasim Al-Maliki dalam kitab Al-I’lam bi Nawazil Ahkam, Ibnul Haj dalam kitab Nawazil Ibnil Haj, dan Al-Qadhi ‘Iyadh dalam Madzhabil Hukkam fi Nawazil Ahkam.

Adapun buah dan manfaat mempelajari fiqih nawazil banyak sekali, di antaranya:

1, Sebagai penjelasan bahawa Islam adalah agama yang sempurna, relevan, dan lestari, mampu menjawab segala permasalahan pada setiap masa dan tempat, sehingga tiada satu pun permasalahan kecuali telah ada jawaban hukumnya dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah sebagaimana hal ini diketahui oleh para ulama’.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ

“Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu, petunjuk, rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” (Surah An-Nahl, 16: 89)

Alangkah bagusnya ucapan Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah tatkala mengatakan:

“Tidak ada satu pun masalah baru yang menimpa seorang yang memiliki pengetahuan agama kecuali dalam Al-Qur’an telah ada jawaban dan petunjuknya.” (lihat: Ar-Risalah, m/s. 20)

2, Merealisasikan syari’at pada segala keadaan dengan benar di atas ilmu.

3, Mengetahui sesuatu permasalahan dengan baik sekaligus menyingkap segala hal yang samar sehingga tidak ada lagi keraguan.

4, Menemukan jalan keluar kepada setiap permasalahan yang terjadi secara syar’i.

Di antara perbahasan yang dimuatkan ke dalam buku ini mencakup:

1, Bab Aqidah dan Dakwah:

>> Filem Nabi, Virus Berkedok Dakwah.

>> Demonstrasi Jalanan.

>> Dosa-dosa Terorisme.

>> Bimbingan Islam Saat Gempa Bumi dan Tusnami.

>> Valentine’s Day.

2, Bab Thaharah:

>> Adakah Mesin Cuci Dry Clean Mampu Menghilangkan Najis?

>> Halal Haram Memelihara Anjing.

3, Bab Solat:

>> Perlukah Alat Penunjuk Kiblat?

>> Hukum Adzan dengan Kaset Rakaman.

>> Hukum Microfon dalam Ibadah.

>> Solat dalam Pesawat.

>> Solat di Belakang TV dan Radio.

>> Bila Telefon Berdering Ketika Solat.

>> Perlukah Khuthbah Hanya Dalam Bahasa Arab?

4, Bab Puasa:

>> Puasa dan Hari Raya Bersama Pemerintah.

>> Berdasarkan Hisab atau Ru’yah Hilal?

5, Bab Zakat:

>> Menyingkap Keberadaan Zakat Pendapatan.

6, Bab Haji:

>> Nikah Beza Agama?

>> Fiqih Syari’ah Berkaitan Bayi Kembar.

7, Bab Ekonomi:

>> Ada Apa Dengan Bank Konvensional?

>> Insurans Dalam Tinjauan.

>> Hukum Pertandingan Dalam Tinjauan Syari’at.

>> Perniagaan Online Dalam Tinjauan Syari’ah.

8, Bab Makanan:

>>Hukum Alkohol dalam Ubat dan Makanan.

>> Hukum Kopi Luwak (Tahi Musang).

>> Berburu Dengan Senapang, Halalkah?

9, Bab Kedokteran:

>> Hukum Pembedahan Mayat.

>> Hukum Derma Darah.

>> Hukum Immunisasi.

>> Hukum Pengguguran Janin.

10, Bab Sains dan Teknologi:

>> Pro Kontra Facebook.

>> Bolehkah Tampil di Kaca TV?

11, Bab Kriminal (Jenayah):

>> Hukum-hakam Lalulintas.

>> Bahan Bukti.

>> Fiqih Penjara Dalam Perspektif Islam.

Dan lain-lain.

Dapatkan kupasan selengkapnya di buku ini.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net