Judul: Mimpi Bertemu Nabi | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Dr. Syafiq bin Riza Basalamah | Tahqiq/Takhrij: - | Penerbit: Rumah Ilmu | Penterjemah: - | Berat: 83gram | Muka Surat: 90m/s. (Soft cover)
Banyak di antara umat manusia, tidak terkecuali sebahagian dari umat Islam yang tidak mengenal Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, walaupun sebahagiannya ada yang mendakwa dirinya pernah bermimpi berjumpa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Padahal yang datang kepadanya adalah syaitan yang mengaku-ngaku sebagai Nabi Muhammad, kerana dia sendiri tidak mengenal bagaimanakah sebenarnya rupa dan perawakan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, di samping pengetahuan yang amat sedikit tentang akhlak dan sifat beliau.
Lalu bagaimana dia boleh mendakwa apa yang dimimpikannya itu adalah Nabi?
Allah Ta’ala berfirman:
أَمْ لَمْ يَعْرِفُوا رَسُولَهُمْ فَهُمْ لَهُ مُنْكِرُونَ
“Ataukah mereka tidak mengenal Rasul mereka, kerana itulah mereka memungkiri?” (Surah Al-Mukminun, 23: 69)
Dari ayat ini, sebenarnya Allah ‘Azza wa Jalla menyeru umat manusia agar mengenal Rasul (utusan)Nya, iaitu Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.