Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kamus Tafsir Mimpi

Kamus Tafsir Mimpi
Terbitan: Pustaka Ar-Rayyan
Product Code: Pustaka Ar-Rayyan
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.1 x 15.3 x 0.7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM20.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kamus Tafsir Mimpi | Judul Asal (‘Arab): Qaamus Tafsir Al-Ahlaam | Penulis: ‘Khalid bin ‘Ali Al-Anbari | Akuan dan Muqaddimah: Dr. ‘Abdullah bin Muhammad Ath-Thayyar | Penerbit: Pustaka Ar-Rayyan | Penterjemah: Abu Muhammad Harits Syu’bah | Berat: 212gram | Muka Surat: 176m/s. (Soft cover)


Al-Imam Al-Hakim meriwayatkan dari Muhammad bin ‘Abdillah bin ‘Amr bin ‘Utsman, katanya:

Keislaman Khalid bin Sa’id bin Al-‘Ash termasuk antara yang paling awal, dan beliau lebih dahulu masuk Islam berbanding saudara-saudaranya. Dan awal mula keislamannya adalah kerana beliau melihat dalam suatu mimpi, seakan-akan beliau sedang berdiri di pinggir Neraka, lalu beliau sebutkan luasnya, yang hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mengetahuinya. Beliau melihat dalam mimpi tersebut seakan-akan ayahnya mendorongnya ke dalam Neraka, dan beliau melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memegang pinggangnya agar tidak terjatuh (ke dalam Neraka).

Beliau pun tersentak dari tidurnya, lalu berkata:

“Aku bersumpah demi Allah, ini adalah mimpi yang benar.”

Lalu kemudian beliau bertemu dengan Abu Bakr bin Quhafah dan beliau pun menceritakannya. Abu Bakr berkata kepadanya:

“Ada kebaikan yang diinginkan denganmu. Inilah Rasulullah, sesungguhnya kamu akan mengikutinya dan masuk Islam, yang akan melindungimu agar tidak terjatuh ke dalam Neraka tersebut.”

Setelah itu, beliau pun bertemu dengan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Slalam di Ajyad. Beliau pun berkata:

“Wahai Muhammad, kepada apa engkau berdakwah?”

Rasulullah jawab:

“Aku mengajak manusia kepada Allah satu-satunya, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, serta mencabut setiap apa yang kalian yakini (imani) seperti penyembahan kepada batu yang tidak mendengar, tidak melihat, tidak memberi manfaat, dan tidak tahu siapa yang menyembahnya dan siapa yang tidak.”

Kata Khalid:

“Aku bersaksi bahawasanya tidak ada yang berhak diibadahi (yakni dengan haq) kecuali Allah, dan engkau adalah Rasul Allah.”

Keislamannya ini sangat menyenangkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Inilah mimpi yang menjadi sebab keislaman Khalid bin Sa’id bin Al-‘Ash, dan yang selain Khalid juga masih banyak.

Ketika mimpi memiliki kedudukan mulia seperti ini, tentunya sangat perlu diserahkan kepada ahli ta’bir/tafsir untuk menerangkan tafsirnya. Tetapi jangan engkau ceritakan kepada orang-orang yang dengki dan dendam, juga jangan kepada orang yang jahil yang ucapannya tertolak.

Tetapi ceritakanlah kepada orang yang berilmu, para ulama yang memiliki keutamaan, orang yang mendalam pemahamannya terhadap agama ini, menguasai Al-Qur’an dan hadis-hadis.

Buku Kamus Tafsir Mimpi ini telah membentangkan langkah dan metode di dalam menafsirkan mimpi serta jenis-jenis mimpi juga penjelasan tentang makna dan perbezaan kata ru’ya, hulm, dan ilham serta apa-apa yang perlu dilakukan oleh seorang anak manusia ketika dia mendapatkan mimpi di dalam tidurnya.

Semoga buku ini dapat dijadikan sebagai pegangan dan pedoman yang benar guna menjauhkan kaum muslimin dari tipu daya orang-orang jahil dari kalangan dukun, bomoh, pawang, mahupun pendusta berjubah agama.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net