Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bingkisan Terindah Untuk Ayah Bonda

Bingkisan Terindah Untuk Ayah Bonda
Bingkisan Terindah Untuk Ayah Bonda
Terbitan: Pustaka at-Tazkia
Product Code: Pustaka At-Tazkia
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 15 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM21.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Bingkisan Terindah Untuk Ayah Bonda | Judul Asal ('Arab): Fiqh at-Ta'ammul Ma'al Walidain | Penulis: Musthafa Al-'Adawi | Penerbit: Pustaka At-Tazkia | Berat: 480g | Muka Surat: 288m/s.


Di antara implikasi buruk kesan modernisasi adalah merenggangnya ikatan silaturahim dan nilai-nilai kekeluargaan. Kesibukan sering melekakan sehingga kedua ibu bapa sendiri pun turut terlupakan, walau hanya sekadar memberi senyuman pun adakalanya amat kelat. Demikian juga ibu/bapa pada zaman ini, dikeranakan sibuknya bekerja, anak-anak sering terabaikan. Sifat santun dan kasih-sayang telah menjadi terlalu mahal.

Keberkahan masa dan harta juga adakalanya lenyap tanpa disedari. Hati dan perasaan sentiasa berada dalam kegusaran dan ketidak-cukupan.
 
Sehingga akhirnya orang lain pula yang menjadi lebih pemurah dan sopan berbicara kepada kedua orang tuanya atau anak-anak.
 
Rumahnya besar, kenderaannya mewah, hidupnya dikelilingi material berharga, namun sayangnya keberkahan dan kasih-sayang tidak wujud sama sekali kerana terlalu sibuk mencari dan menjaga harta.
 
Apalah ertinya harta yang bertimbun, pendidikan yang tinggi menggunung, tetapi secebis kasih-sayang dan masa pun sukar untuk diperuntukkan buat ayah bunda dan anak-anak? Ini belum lagi menyentuh masa untuk agama dan ilmu... Berapa banyakkah masa, hati, dan harta yang diperuntukkan untuk ilmu-ilmu agama yang benar?
 
Buku yang ditulis oleh Syaikh Musthafa al-'Adawi ini berusaha meluruskan pelbagai penyimpangan tingkah-laku dan etika anak-anak terhadap ibu/bapanya. Tanpa mengira status seseorang itu sama ada telah berkawin, berkeluarga, beranak-pinak, bercucu-cicit, setiap orang adalah tetap seorang anak. Di bahunya terpikul kewajiban untuk sentiasa berbakti dan berbuat baik kepada kedua orang tuanya, sama ada keduanya masih hidup atau telah wafat. Atau sama ada orang tuanya kafir atau muslim.
 
Buku ini adalah suatu bentuk maklumat bermanfaat dan pengingatan untuk kita semua. Sebuah nasihat yang menghidupkan hati, sebuah teguran yang melapangkan qalbu. Untuk Anda, para pembaca, dan sesiapa sahaja yang menela'ahnya... insyaAllah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net