Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ash-Sharimul Maslul karya Ibnu Taimiyyah

Ash-Sharimul Maslul karya Ibnu Taimiyyah
Terbitan: Al Qowam
Product Code: Al-Qowam
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.8 x 18.2 x 4.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM84.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ash-Sharimul Maslul, Hukuman Mati Bagi Penghina Nabi | Judul Asal (‘Arab): Ash-Shaarimul Masluul ‘ala Syaatimir Rasuul | Penulis: Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: Abu Hafsh Sayid Imran | Penerbit: Al-Qowam | Penterjemah: Rohmatullah Ngimaduddin | Berat: 1100gram | Muka Surat: 735m/s. (Hard cover)


Buku yang sedang di hadapan kita ini, kandungannya bersesuaian dengan judul yang diberi oleh penulisnya, iaitu Ash-Shaarimul Masluul (Pedang Terhunus).

Makna Ash-Shaarim dalam kamus Mukhtaarush Shihhaah adalah “pedang yang tajam”, manakala rojulun shaarim, maknanya adalah “seseorang yang kuat dan pemberani”.

Buku ini merupakan pedang yang diarahkan ke leher setiap orang berani menghina Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam atau para sahabat beliau. Ketika peristiwa semisal ini terjadi di zamannya rahimahullah, beliau (Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah) langsung menyingsingkan lengan bajunya. Beliau menyedari bahawa usaha paling minima yang wajib beliau tunaikan bagi memenuhi hak Nabi yang agung adalah menjelaskan syari’at Allah berkenaan dengan hukum atas para penghina Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya, sama adalah si penghina itu kafir mahupun muslim. Dengan menyertakan dalil-dalil yang qath’i, perkataan ulama dari kalangan sahabat mahupun tabi’in, juga pelbagai hadis dan atsar yang menunjukkan perkara tersebut.

Penulis buku ini merupakan seorang ulama besar yang tulisannya tidak tertandingi oleh seorangpun. Beliau telah menghuraikan permalasahan ini secara luas, terperinci, dan melegakan dada. Siapakah yang mampu menandingi Ibn Taimiyyah dalam tulisan dan fatwa-fatwanya? Beliau merupakan lautan ilmu, tempat para ulama setelahnya berguru dan mengambil ilmu. Setiap ulama setelahnya pasti merupakan muridnya.

Beliau seorang pakar dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Menjadi rujukan para ulama setelahnya sehingga ke hari ini. Apabila beliau menulis tentang fiqh, Ibn Taimiyyah merupakan seorang faqih, pakar, dan ahli dalam menyimpulkan hukum-hukum syar’i. ‘Alim dalam merungkai pendapat-pendapat dari pelbagai mazhab, dan mampu mengungkap pelbagai ijma’ yang berlangsung pada zaman-zaman sebelumnya.

Apabila berbicara tentang tafsir, kita akan dapati beliau bagaikan lautan ilmu tafsir. Apabila menulis tentang aqidah, beliau-lah antara jaguh dan tokohnya. Pelbagai goresan tulisan akan kita dapatkan hasil peninggalan beliau dalam bidang aqidah. Akan kita dapatkan bahawa beliau sangat bersungguh-sungguh dalam menjelaskan dan membela aqidah ahlus sunnah umpama seorang prajurit berkuda dan seorang panglima di medan perang, sangat pemberani dan tuntas hujah-hujahnya. Sebelum menyampaikan kepada orang awam, beliau akan lebih dahulu menyampaikannya kepada para ulama.

Buku Ash-Shaarimul Mashluul ini tidak memerlukan komentar. Cukupkah bagi kita penulisnya adalah Ibn Taimiyyah yang seakan tidak meninggalkan celah bagi seorang pun untuk memperbaikinya, semoga Allah merahmati beliau.

Semoga buku ini memberikan manfaat bagi penulis, bagi kami, para pembaca, dan para pengkaji di luar sana.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net