Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Poket Jangan Tinggalkan Sunnah!

Buku Poket Jangan Tinggalkan Sunnah!
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 14 x 9 x 0.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM3.50
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Jangan Tinggalkan Sunnah! | Judul Asal (‘Arab): Aina Anta min Fi’lis Sunnah | Penulis: Azhari Ahmad Mahmud | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Penterjemah: Ahmad Syaikhu | Berat: 32gram | Muka Surat: 56 m/s. (Soft cover)


Nabi Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam adalah rahmat yang menerangi, dan bukti yang pasti. Allah Ta’ala menjadikan ketaatan kepada-Nya disandingkan dengan ketaatan kepada-Nya, dan keredhaan-Nya disandingkan dengan membenarkan dan menolongnya. Siapa yang menolongnya, dia akan ditolong. Siapa yang meninggalkannya, dia akan tertinggal.

Kepada beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam Al-Qur’an diturunkan, dan dengan Al-Qur’an beliau mengajarkan dan menjelaskan kepada manusia tentang agama-Nya.

Allah Ta’ala berfirman:

وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan Kami turunkan Al-Qur’an kepadamu agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.” (Surah An-Nahl, 16: 44)

Dalam ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ

“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Rabb-mu. Dan jika engkau tidak melaksanakannya, bermakna engkau tidak menyampaikan amanat-Nya.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 67)

Sahabat Nabi, Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu berkata:

تَرَكْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَا طَائِرٌ يُقَلِّبُ جَنَاحَيْهِ فِي الْهَوَاءِ، إِلا وَهُوَ يُذَكِّرُنَا مِنْهُ عِلْمًا قَالَ: فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا بَقِيَ شَيْءٌ يُقَرِّبُ مِنَ الْجَنَّةِ، ويُبَاعِدُ مِنَ النَّارِ، إِلا وَقَدْ بُيِّنَ لَكُمْ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meninggalkan kami dalam keadaan tidaklah seekor burung kecil mengepakkan dua sayapnya di udara kecuali beliau telah menyebutkan kepada kami ilmu tentang perkara tersebut.” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidak tersisa sedikit pun yang dapat mendekatkan ke Syurga dan menjauhkan dari Neraka kecuali telah dijelaskan kepada kalian.” (Al-Mu’jam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani, no. 1647)

Dan itulah dia As-Sunnah, penjelas kepada al-Qur’an, ajaran Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Apa itu sunnah? Sunnah adalah agama dan jalan hidup yang dibawa dan ditunjukkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, penjelas kepada Al-Qur’an (Kalaamullaah). Agama dan jalan hidup yang sejahtera, yang membawa kepada kebahagiaan.

Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyebutkan:

وَكَانَ السَّلَفُ - كَمَالِكِ وَغَيْرِهِ - : يَقُولُونَ السُّنَّةُ كَسَفِينَةِ نُوحٍ مَنْ رَكِبَهَا نَجَا وَمَنْ تَخَلَّفَ عَنْهَا غَرِقَ

“Ulama salaf (generasi terdahulu) seperti Imam Malik dan selainnya menyatakan bahawa As-Sunnah itu seperti bahtera Nabi Nuh. Orang yang menaikinya akan selamat, manakala orang yang tertinggal akan tenggelam...” (Majmu’ Al-Fatawa, 11/623)

Maka marilah kita sambut, marilah sama-sama kita ikuti dan fahami lebih lanjut tentang sunnah, iaitu jalan hidup Nabi melalui. Buku ini walaupun kecil, insyaAllah besar manfaatnya.

Buku ini disajikan dari tulisan Azhari Ahmad Mahmud dan dilengkapi dengan soal jawab bersama Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net