Judul: Majalah As-Sunnah Edisi Muharram 1436H (November 2014M) | Penulis: Team Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta | Penerbit: Yayasan Lajnah Istiqomah | Berat: 180g | Muka Surat: 79 m/s. (soft cover)
Majalah As-Sunnah adalah majalah dakwah Islamiyyah Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang diterbitkan oleh Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta sejak tahun 1992 yang insya Allaah terbit setiap bulan.
Mengusung motto “Upaya Menghidupkan Sunnah”, team majalah menyeru para pembaca untuk sentiasa mendasari amal ibadah dengan semata-mata ikhlas kerana Allah Ta’ala dan mengikuti petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersesuaian dengan pemahaman para Salafush Shalih. Sejalan dengan hal tersebut team majalah As-Sunnah sentiasa mengajak pembaca untuk menyedari bahaya bid’ah dan firqah-firqah yang menyimpang (aliran sesat) yang semakin hari semakin menyebar dan berleluasa di tengah masyarakat.
Secara garis besar, dakwah melalui majalah As-Sunnah ini meliputi:
1, Ajakan kepada kaum Muslimin untuk kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah yang shahih dengan pemahaman Salafush Shalih.
2, Tashfiyah, yaitu memurnikan ajaran Islam dari segala noda syirik, bid’ah, khurafat, serta gerakan-gerakan dan pemikiran-pemikiran yang merusak ajaran Islam.
3, Tarbiyah (mendidik), kaum muslimin berdasarkan ajaran Islam yang murni.
4, Menghidupkan pola pikir ilmiah berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah dengan pemahaman Salafush Shalih.
5, Mengajak kaum Muslimin untuk hidup Islami, sesuai dengan manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
Antara Topik-topik Muharram 1436H (November 2014)
1, Memohon Al-Afwu (pengampunan) dan Al-Aafiyah (keselamatan dan perlindungan) kepada Allah.
2, Kolum Tanya/Jawab (antaranya); Bagaimana keadaan anak kecil yang meninggal sebelum baligh, adakah akan masuk Syurga? Hukum lelaki menguburkan jenazah muslimah? Hukum isteri memberi wang kepada orang tuanya tanpa pengetahuan suami? Hukum bekerja di pusat bulu mata palsu?
3, Kolum Tafsir; Ketika dua kelompok muslim saling berperang.
4, Kolum hadis; Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.
5, Kolum hadis dha’if dan maudhu’; Hadis palsu tentang cinta tanah air.
6, Perbahasan utama; Radikalisme dan terapinya.
7, Perbahasan utama; Fenomena ghuluw dalam agama dan sebab-sebabnya.
8, Kolum ‘aqidah; Ghuluw terhadap orang soleh.
9, Kolum manhaj; Wasathiyah Ahlus Sunnah.
10, Kolum Kaba’ir (Dosa-dosa Besar); Dosa lari medan perang!
11, Kolum sirah; Perang Tha’if.
12, Kolum Fiqih; Hukum sujud sajdah atau tilawah.
13, Kolum Al-Qowa’id Al-Fiqhiyyah; Kemakruhan hilang kerana hajat.
14, Kolum Tazkiyatun nufus; Jangan Suka bicara sia-sia.
15, Khuthbah Juma’at; Kefaqiran dan kekayaan (oleh Syaikh Dr. Abdul Baari Ats-Tsubaiti).
16, Kolum Baituna (keluarga); Keluarga Muslim Cinta Ilmu.
17, Kolum Uswah Nabi; Menghukumi Orang secara Zahir.
18, Kolum Fadha’il; Keutamaan menafkahi keluarga dengan ikhlas.
19, Kolum Sakinah; Bagaimana Menasihati isteri?
20, Tarbiyatul Aulad (pendidikan anak); Mendidik anak mencintai sahabat Nabi.
21, Kolum Shakhshiyyah; Miqdad bin Aswad Al-Kindi radhiyallahu ‘anhu.