Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

34 Amalan Penghapus Dosa

34 Amalan Penghapus Dosa
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.5 x 14.6 x 0.9

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM17.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: 34 Amalan Penghapus Dosa | Judul Asal (‘Arab): Fauzul kiram bi kaffaaraatil aatsaam | Penulis: Fahd bin ‘Abdurrahman Asy-Syuwaib | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: Penulis | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Penterjemah: Zuhdi Amin | Berat: 215gram | Muka Surat: 167 m/s. (Soft cover)


Buku ini lengkap membahas tema yang diberi, yakni berkaitan kaffarat (penebus dosa). Di dalamnya dijelaskan pengertian kaffarat, tiga perkara pembatal kaffarat, beberapa penghalang dalam meraih pahala dari amalan-amalan penghapus dosa, 34 amalan penghapus dosa, 9 amalan yang dianggap penghapus dosa padahal bukan, dan penutup.

Pada sinopsis ini kami ingin menyampaikan bahawa walaupun judul buku ini terangkum dalam satu tema perbahasan, namun kandungannya diperkaya dengan beberapa motivasi atau anjuran.

Di antara motivasi tersebut adalah:

Pertama, anjuran agar setiap hamba lebih giat mengerjakan amal-amal soleh yang akan membantu membawa dirinya memperoleh rumah di Syurga.

Kedua, anjuran supaya setiap mukmin meninggalkan segala sesuatu yang diharamkan Allah, serta menjauhkan diri dari segala bentuk pelanggaran yang akan membuatnya terjerumus dengan siksa dan Neraka.

Ketiga, anjuran agar setiap muslim tekun melaksanakan amal-amal (kebaikan) tertentu seandainya telah terlanjur melakukan beberapa pelanggaran terhadap syari’at, sehingga amalan itu mampu menjadi penebus dosa atau kaffarat dari pelanggaran-pelanggaran yang telah dia lakukan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا

“Dan sesiapa yang berbuat kejahatan dan menzalimi dirinya, lalu kemudian dia memohon keampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah maha Pengampun lagi maha Kasih-sayang (terhadap orang-orang yang beriman).” (Surah An-Nisaa’ 4, 110)

Allah Ta’ala juga berfirman:

وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الْآنَ وَلَا الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُولَئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

“Dan taubat itu tidaklah diterima (oleh Allah) dari orang-orang yang melakukan kejahatan sampai apabila datang ajal di antara mereka, barulah dia mengatakan:

“Aku benar-benar bertaubat sekarang.”

Dan tidak pula diterima taubat itu dari orang-orang yang meninggal sedang mereka dalam keadaan kafir. Bagi orang-orang yang demikian telah Kami sediakan azab yang pedih.” (Surah An-Nisaa’, 4: 18)

Semoga buku ini bermanfaat buat kita semua.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net