Judul: Panduan Praktis Hukum Jenazah | Judul Asal (‘Arab): Talkhish Ahkam Al-Janaiz wa Bida’uha | Penulis: Muhammad Nashiruddin Al-Albani | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Darus Sunnah | Penterjemah: Muhammad Dahri, Lc. dkk | Berat: 315gram | Muka Surat: 271 m/s. (Soft cover)
Ini adalah termasuk satu lagi risalah ilmiyah milik Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H). Kitab ini berjudul Talkhis Ahkamil Jana’iz.
Kitab ringkas ini menjabarkan hukum-hakam berkaitan jenazah, bermula dari detik-detik menjelang kematian sampailah ke pasca pengebumian jenazah. Dengan harapan buku semoga ini menjadi rujukan dan pedoman praktis berkaitan hukum-hukum tersebut lebih-lebih lagi dalam keadaan hari ini yang mana ilmu berkaitan pengurusan jenazah ini sangat-sangat diabaikan oleh masyarakat.
Tidak dinafikan bahawa merujuk langsung ke kitab asal beliau yang berjudul Ahkamul Jana’iz wa Bid-a’uha dengan membaca dan menguasai keseluruhan kandungannya adalah termasuk suatu yang lebih disukai dan sempurna, namun tidak semua orang mampu melakukannya, dan ia bukanlah suatu yang mudah. Oleh kerana itulah, dengan hadirnya edisi ringkasan ini insyaAllah akan lebih membantu para pembaca mencerna kandungan-kandungan penting yang wajib difahami, lalu mengamalkannya. Namun untuk mendapatkan perincian yang lebih baik dan ilmiyah terutamanya dari aspek perbahasan takhrij hadis, ulasan fiqh perbandingannya, dan huraian serta kajian yang lebih detail, adalah dicadangkan para pembaca mendapatkan edisi asal dengan judul disebutkan.
Di antara cakupan perbahasan bagi edisi ini:
1, Kewajiban bagi orang sakit.
2, Ketika ada kaum muslimin yang meninggal dunia dan kewajiban orang di sekitarnya.
3, Kewajiban bagi keluarga si mati.
4, Perkara-perkara yang diharamkan atas kaum keluarga si mati.
5, Hukum mengumumkan kematian.
6, Tanda-tanda Khusnul Khatimah.
7, Pujian ke atas si mati.
8, Perbahasan tentang memandikan mayat.
9, Perbaasan tentang mengkafani mayat.
10, Membawa dan mengiringi jenazah.
11, Solat jenazah.
12, Mengubur jenazah dan hal-hal yang berkatan dengan kuburan.
13, Ta’ziah dan penjelasannya.
14, Perbahasan tentang bid’ah-bid’ah berkaitan dengan pengurusan jenazah dan kuburan yang banyak berlaku.
Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan kemanfaatan bagi penulis, penterjemah, editor, dan semua pihak yang membantu penerbitan dan penyebaran buku ini, baik di dunia mahupun di akhirat. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Semoga bermanfaat.