Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mukjizat Poligami

Mukjizat Poligami
Terbitan: Naashirus Sunnah
Product Code: Nashirussunnah (13(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 16.5 x 11 x 1.5

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM11.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mukjizat Poligami | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Abdil Muhsin Firanda, Lc., M.A. | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Naashirussunnah | Penterjemah: - | Berat:  120gram | Muka Surat: 200 m/s. (Soft cover)


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki.” (Surah An-Nisaa’, 4: 3)

Kata sahabat Nabi, Ibnu 'Abbas radhiyallahu ‘anhuma:

فَتَزَوَّجْ فَإِنَّ خَيْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ أَكْثَرُهَا نِسَاءً

“Menikahlah, kerana sebaik-baik umat ini adalah yang paling banyak isterinya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 4681)

Poligami... Satu kata, berjuta makna. Bagi kaum lelaki, inilah kata yang bermakna indah penuh mimpi. Memiliki isteri lebih dari satu, bagai cita-cita tak terperi. Semua bayangan indah bermunculan, menari-nari di hati, penuh sensasi. Seolah-olah puncak kenikmatan dunia itu tak akan sempurna tanpa hidup berpoligami. Bahkan terkadang ada yang menyindir, “Orangnya kaya, tanpan..., tapi isterinya cuma satu?”

... Benarkah demikian???!

Di kalangan para suami, gurauan atau sindiran tentang poligami selalu membuat ramai orang terbahak, tersipu-sipu. Mimpi berpoligami seolah menjadi humor yang membuat mereka tak pernah kehabisan idea.

Berbeza dengan wanita, inilah kata yang membuat emosi yang menendang kepala dan menghiris pelupuk hati. Memang wajar jika para isteri (isteri pertama) enggan untuk dimadu, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala membekali cemburu dalam dirinya. Wajar para isteri enggan memberi izin suami menikah lagi, kerana enggan berbagi belahan hati, atau berbagi suami tercinta dalam kasih dan sayang. Sungguh tak mudah. Meskipun mungkin masih ada para wanita hebat yang dengan tegar dan sabar siap dimadu.

Hakikatnya...

Poligami yang disyari’atkan oleh Islam bukannya tanpa alasan, bukan untuk suka-suka, dan bukan pula tidak berhala-tuju. Islam mengajarkan poligami tentu untuk tujuan kebaikan umat muslim itu sendiri. Tidak ada syari’at Islam yang tidak membawa kebaikan bagi kita. Hanya saja kita yang terkadang tidak mampu melaksanakannya dan belum mampu mengenal kebaikan tersebut.

Terlebih lagi, para isteri sering mengatakan, “Masih banyak sunnah-sunnah yang belum Ayah jalankan. Kenapa gelabah mahu melaksanakan sunnah yang ini (poligami)?” Demikianlah... Alasan tersebut ada benarnya. Akan tetapi dengan mudahnya sang suami menjawab, “Benar..., masih banyak sunnah yang belum ayah jalankan, akan tetapi Ayah memilih sunnah poligami, kerana ia adalah sunnah yang terindah.” Sayangnya, jawaban ini hanya berani dia utarakan dengan lisan qalbunya, bukan dengan lisan mulutnya.

Buku Ini...,

Risalah kecil ini asalnya merupakah sebuah ceramah yang disampaikan oleh Penulis (Firanda Andirja) di Islamic Center di Jeddah (KSA), dengan topik “Pembelaan Terhadap Poligami.” Tema ini disampaikan penulis dalam rangka membantah para penentang dan golongan yang anti terhadap poligami, serta bagi mematahkan syubhat-syubhat yang dihembuskan oleh mereka yang menetang poligami. Lalu isi ceramah tersebut diteliti kembali oleh Al-Akh Abu Afina hafizohullah dengan gaya bahasa yang lebih sesuai untuk pembukuan dan dengan bentuk yang lebih lugas, disertai tambahan-tambahan lainnya agar lebih menarik dan lebih jelas.

Tulisan ini disusun bukanlah dalam rangka untuk “menyedihkan” para isteri atau sebaliknya dalam rangka “membesarkan kepala” para lelaki. Tetapi tujuan penulis tidak lain, semata-mata dalam rangka menjelaskan keagungan syari’at poligami yang cuba dinodai oleh banyak pihak. Semoga risalah ringan ini bermanfaat dan menambah khazanah wacana Islam bagi para pembaca yang budiman.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net