Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Perangkap Syaitan (Talbis Iblis)

Perangkap Syaitan (Talbis Iblis)
Perangkap Syaitan (Talbis Iblis)
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kausar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 16 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM38.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Perangkap Setan | Judul Asal: Talbis Iblis | Penulis: Al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Berat: 550g | Muka Surat: 346 m/s. (Soft cover) [Disediakan oleh Atsar Enterprise, tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]


Judul asli kitab (arab) adalah Talbis Iblis yang mana merupakan sebuah kitab peninggalan semenjak abad ke-5 Hijriyah, yang boleh diibaratkan sebagai mutiara warisan yang sangat tinggi harganya. Ia ditulis oleh seorang ulama yang hebat yang sedia dikenali dengan nama Ibnul Jauzi. 
 
Kitab ini juga cukup terkenal di kalangan pengkaji, pelajar, juga para ulama zaman ini. Antara kehebatan dan kandungan kitab ini yang menjadikan ianya begitu bernilai adalah sentuhannya yang cukup-cukup keras dan ilmiyah dalam memberi perhatiannya terhadap kaum-kaum yang menyelisihi jalan yang benar. Ia menyentuh sekitar persoalan jalan-jalan syaitan atau iblis yang sentiasa tidak jemu-jemu untuk meracuni dan menyesatkan manusia. Ia menyelinap ke dalam kalangan umat Islam lalu bertindak menyesatkan menipu-daya, dan meracuni diri seseorang dari pelbagai jalan sama ada melalui jalan maksiat, ibadah, dan sebagainya. 
 
Jadi dengan kitab ini, penulis berusaha dengan segenap usahanya menjelaskan pelbagai bentuk makar atau perangkap-perangkap Syaitan yang sedia terpasang bagi memerangkap manusia dalam pelbagai situasi dan keadaan. Dengan buku ini kita mampu mengenal pasti perangkap-perangkap tersebut berserta dengan contoh-contoh dan bukti dari kelompok-kelompok di zaman penulis yang telah teperangkap dengan jerat tersebut. Antara kelompok umat Islam yang telah tersesat di zamannya dan menjadi topik perbahasan di dalam buku ini adalah seperti kelompok sufi, khawarij, perangkap terhadap ahli ibadah, ahli ulama, syi’ah, rafidhah, wehdatul wujud, bathiniyah, yahudi, nasara, dan sebagainya. Ia diperbahasakan satu persatu. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
 
Selain itu, penulis turut membahas dan mengupas satu persatu secara tuntas isu-isu berkaitan firaq atau perpecahan dalam kalangan umat Islam. Umat Islam terbahagi kepada 73 golongan semuanya sebagaimana dikhabarkan dalam hadis Nabi. Yang benar hanyalah satu pihak dari sekian banyak 73 golongan tersebut. Dalam senarai 72 golongan yang sesat tersebut, penulis sebutkan antaranya adalah kelompok Syi'ah, khawarij, muktazilah, qadariyah, jabbariyah, sufi tasawuf, dan selainnya. Ini semua penulis bahas dan perincikan ciri-cirinya di samping menjelaskan bentuk-bentuk syubhat dan tipu-daya yang telah memerangkap golongan sesat tersebut atas nama agama.
 
Semoga dengan buku ini yang telah diterjemahkan, menjadi lebih bermanfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat. 

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net