Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ath-Thuruq Al-Hukmiyyah karya Ibnul Qayyim

Ath-Thuruq Al-Hukmiyyah karya Ibnul Qayyim
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.1 x 2.7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Buku Pintar Memutuskan Perkara | Judul Asal (‘Arab): Ath-Thuruq Al-Hukmiyyah fi As-Syar’iyyah | Penulis: Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: Isham Faris Al-Haratsani dan Hassan Abdul Mannan | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Penterjemah: Muhammad Muchson Anasy, MA | Berat: 0.9kg | Muka Surat: 571 m/s. (Hardcover)


Politik telah menyebabkan banyak kaki jatuh tergelincir, dan banyak pemahaman menjadi melencong kerananya. Politik ibarat sebuah tempat yang menyebabkan banyak orang jatuh dalam kubangan yang penuh sengsara; ibarat medan perang yang sukar. Ada kelompok yang menjalankan politik dengan rakus, lalu mereka lalai pada batas-batas hukum yang telah ditetapkan oleh syari’at dan mereka pun melanggar hak-hak yang wajib ditunaikan. Mereka mendorong orang-orang zalim untuk berbuat kerosakan. Mereka membatasi cakupan syari’at, sehingga syari’at seakan-akan terkesan tidak memberikan mashlahat (kebaikan) pada kehidupan manusia. Kerana itu, syari’at seakan-akan memerlukan hal-hal lain sebagai tambahan. Mereka menutup bagi diri mereka sendiri jalan-jalan yang membimbing pada kebenaran, apalagi menerapkannya. Mereka mengabaikan kenyataan sama ada pada diri sendiri mahupun orang lain, bahawa hakikat syari’at itu bersesuaian dengan realiti.

Sungguh demi Allah, syari’at tidak menafikan apa yang diajarkan oleh Rasulullah, walau adakalanya syari’at menafikan hasil ijtihad beberapa hal dalam memahami syari’at. Ini disebabkan oleh kelemahan mereka menafikan salah satu dari keduanya (syari’at dan realiti).

Buku ini menjelaskan hal-hal penting yang mesti dilakukan oleh penguasa kaum Muslimin, memahami tujuan pemerintahan dan kekuasaan, menjelaskan adab-adab sebagai pemerintah, kebijaksaan memutuskan perkara sebagai penguasa, menjelaskan contoh-contoh kebijaksanaan para penguasa terdahulu, contoh-contoh kes jenayah dan pentsabitan undang-undang di zaman Rasulullah, pelajaran-pelajaran hadis, soal kesaksian, hukum-hakam pendakwaan dan pembelaan, kebijaksaan sebagai hakim, hal-ehwal pentadbiran sesebuah negara, kepimpinan di medan perang, hukum ta’sir dan penetapan harga barang, penjagaan harta negara, nasihat-nasihat untuk pemerintah, dan banyak lagi untuk disebutkan di sini.

Buku ini memberikan petunjuk bagaimana seorang penguasa muslim menerapkan pemerintahannya dengan dasar keadilan. Dalam buku ini, penulis (Ibnul Qayyim) turut menyebutkan hukum dan politik yang pernah dipraktikkan oleh Al-Khulafaur rasyidin (Khalifah yang empat) dalam segala aspek kehidupan. Ibnul Qayyim menuliskan perkara tersebut dengan bahasa indah dan bermanfaat (dengan izin Allah). Ia mempertemukan hikmah dan kekuasaan, seraya menjelaskan: bahawa politik adalah sebahagian dari agama, dan bahawa syari’at tidaklah membiarkan waau satu pun urusan kehidupan tanpa adanya hukum dan petunjuk yang mengaturnya.

Pentahqiq, Hasan Abdul Mannan telah berusaha men-takhrij hadits-hadits yang dicantumkan dalam buku ini dan menjelaskan status hadis-hadis tersebut. Semoga Allah membalas usahanya itu dengan segala kebaikan.

Segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net