Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam Tazkiyatun Nufus

Manhaj Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam Tazkiyatun Nufus
Terbitan: Pustaka At Taqwa
Product Code: Pustaka at-Taqwa (14(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14.2 x 0.7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM20.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah dalam Tazkiyatun Nufus | Judul Asal (‘Arab): | Penulis: Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Pustaka At-Taqwa | Penterjemah: - | Berat: 175gram | Muka Surat: 144 m/s. (Soft cover)


Allah Subhanahu wa Ta’ala, setelah Dia bersumpah dengan makhluk-Nya agar memperhatikan alam semesta serta jiwa yang Allah ciptakan dan sempurnakannya, kemudian Allah mengilhamkan manusia kepada jalan yang baik dan kepada jalan yang buruk. Kemudian Allah berfirman:

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا (9) وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Sungguh beruntung orang yang mensucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.” (Surah Asy-Syaam, 91: 1-10)

Maknanya adalah: beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya, iaitu dengan melakukan ketaatan kepada Allah dan membersihkannya dari akhlak-akhlak yang tercela dan hal-hal yang hina. Tafsir ini diriwayatkan daripada Qatadah, Mujahid, ‘Ikrimah, dan Sa’id bin Jubair. Dan sebagaimana firman-Nya yang lain:

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى (14) وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى

Sungguh beruntung orang yang mensucikan diri (dengan beriman), dan mengingat Rabb-nya lalu dia solat.” (Surah Al-A’laa: 14-15).

Dan sungguh merugi orang yang mengotorinya.” Maksudnya, mengotorinya dengan berbuat maksiat dan meninggalkan ketaatan kepada Allah ‘Azza wa Jalla. (Tafsir Ibn Katsir, 8/412)

Buku yang di hadapan pembaca ini menjelaskan tentang pentingnya membersihkan hati serta apa-apa jua perkara yang dapat mengotori hati dan bagaimana cara-cara dalam membersihkan hati menurut cara yang benar. Dan buku ini diberi judul oleh penulis dengan judul:

Manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah dalam Tazkiyatun Nufus

Penulis telah memilih dan membahas judul ini antaranya disebabkan beberapa perkara:

1 >> Bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan manusia untuk membersihkan hati, agar hati bersih dan selamat. Dan yang bermanfaat di hari Kiamat adalah hati yang selamat.

2 >> Di antara tugas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang paling penting adalah tazkiyatun nufus, kerana itulah beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memulakan dakwahnya dengan tazkiyah (tashfiyah) dan tarbiyah.

3 >> Hati mempunyai pengaruh yang kuat dalam tubuh manusia, kerana hati adalah rajanya. Apabila hati baik, maka seluruh tubuhnya akan baik; dan jika hati buruk, maka seluruh tubuhnya akan buruk.

4 >> Kebanyakan manusia lalai terhadap hati mereka. Kebanyakan orang yang sibuk belajar, menuntut ilmu, dan memperhatikan Sunnah-sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan memperdalam ilmu ushul hadits, tafsir, ushul fiqih, dan lainnya –meskipun hal ini baik, yakni penting dan bermanfaat, akan tetapi sebahagian dari penuntut ilmu tersebut lalai untuk membahas amal-amal hati, penyakit dan penawarnya. Padahal, membahas amal-amal hati, penyakit dan penawarnya adalah penting, sangat bermanfaat, dan mempunyai pengaruh besar terhadap amal zahir dan batin.

5 >> Kebanyakan musykilah (permasalahan) yang terjadi di antara manusia (khususnya sebahagian penuntut ilmu) disebabkan kerana penyakit-penyakit hati, seperti: riya’, hasad (dengki), iri, sombong, memperkecilkan orang lain, buruk sangka, tamak, rakus kepada dunia, dan lain yang seumpamanya.

6 >> Sesungguhnya kebersihan dan keselamatan hati dari setiap kotoran merupakan faktor kebahagiaan. Bersih dan selamatnya hati dari syirik, riya’, bid’ah, dengki, iri, permusuhan, dan penyakit-penyakit lain merupakan sebab kebahagiaan, ketenangan, ketenteraman dunia dan akhirat.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ (87) يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan, (iaitu) pada hari (ketika) harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat.” (Surah Asy-Syu’araa’: 87-89)

Mudah-mudahan buku ini bermanfaat untuk penulis dan kaum muslimin. Semoga selawat serta salam dari Allah Ta’ala tercurahkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga kepada keluarga, para Sahabatnya, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan kebaikan sampai hari Kiamat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net