Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Panduan Fikih Qurban dan Aqiqah

Panduan Fikih Qurban dan Aqiqah
Terbitan: Pustaka Muslim
Product Code: Pustaka Muslim (2(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21.2 x 14.4 x 0.8

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM15.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Panduan Fikih Qurban & Aqiqah | Judul Asal (‘Arab): | Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Pustaka Muslim | Penterjemah: - | Berat: 181gram | Muka Surat: 140 m/s. (Soft cover)


Ibadah korban adalah suatu yang disyari’atkan dalam Islam berdasarkan Al-Qur’an, As-Sunnah, serta ijma’. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

 إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ. فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat dan berkorbanlah kerana Rabb-mu.” (Surah Al-Kau-tsar, 108: 1-2)

Ayat ini menunjukkan kata perintah agar berkorban setelah perintah solat, iaitu dalam rangka menunjukkan rasa syukur atas nikmat-nikmat dari Allah Ta’ala.

Sejumlah ulama tafsir mengatakan tentang ayat ini adalah menunjukkan perintah menyembelih haiwan sebagai korban setelah solat ‘Iedul Adh-ha. (Al-Mughni, 9/435)

Dan ibadah korban adalah termasuk salah satu syi’ar Islam yang besar dan sebagai tanda serta amalan orang-orang yang bersyukur dan bertawa. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ

“Setiap umat (dari para Rasul terdahulu), telah kami perintahkan untuk menyembelih haiwan korban, agar mereka menyebut nama Allah (sebagai tanda syukur) atas apa yang direzekikan bagi mereka dari haiwan-haiwan ternakkan.” (Surah Al-Hajj, 22: 34)

Dan kata Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H):

وَأَجْمَعَ الْمُسْلِمُونَ عَلَى مَشْرُوعِيَّةِ الْأُضْحِيَّةِ

“Dan kaum muslimin telah ber-ijma’ (sepakat) bahawa menyembelih korban adalah disyari’atkan.” (Al-Mughni, 9/435)

Buku ini berisi perbahasan sederhana mengenai qurban dan aqiqah yang disusun dari beberapa kitab para ulama yang terpercaya. Di dalam buku ini dijelaskan mengenai keutamaan qurban, hukumnya, tatacaranya, bagaimana memilih haiwan qurban, adab penyembelihan, sampailah pada bab pemanfaatan atau pengagihan haiwan qurban. Juga disertakan dalam buku ini adalah perbahasan aqiqah, definisinya, tatacara dan waktunya, keutamaannya, sampailah kepada pencerahan beberapa kekeliruan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat seitar, khasnya di nusantara ini.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net