Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarhu Ats-Tsalaatsatil Ushuul, Penjelasan 3 Landasan Pokok yang Wajib Diketahui Setiap Muslim

Syarhu Ats-Tsalaatsatil Ushuul, Penjelasan 3 Landasan Pokok yang Wajib Diketahui Setiap Muslim
Terbitan: Maktabah Al-Ghuroba'
Product Code: Maktabah al-Ghuroba'
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.5 x 15.5 x 1.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM27.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarhu Ats-Tsalaatsatil Ushuul, Penjelasan 3 Landasan Pokok yang Wajib Diketahui Setiap Muslim | Judul Asal (‘Arab): Syarhu Ats-Tsalaatsatil Usul | Penulis: Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah | Penulis Asal: Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab rahimahullah | Penerbit: Maktabah Al-Ghuroba’ | Berat: 550gram | Muka Surat: 382 m/s. (Soft cover)


Buku ini adalah penjabaran dan tindakan hasil dari pengetahuan terhadap sebuah hadis yang mengungkap pertanyaan-pertanyaan malaikat terhadap anak Adam sebaik menjejak ke alam kubur.

Buku ini mengajak kita menelusuri jawaban setiap pertanyaan tersebut berupa ilmu tentang Allah, ilmu tentang Islam, dan ilmu tentang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Apakah hal yang wajib kita ketahui tentangnya, apa yang harus kita lakukan dan amalkan kesan dari mengetahuinya, dan mengapa kita harus mengetahuinya dengan ilmu yang benar seraya bagaimanakah beramal dengannya agar kelak kita pun mampu menjawab setiap pertanyaan tersebut dengan benar. Dan tidaklah setiap pertanyaan tersebut akan mampu dijawab melainkan bersesuaian dengan ilmu dan amal-amal kita.

InsyaAllah, semoga dengan mempelajarinya dengan benar, kita memohon agar Allah pun menyelamatkan kita pada ujian tersebut.

Hadis yang dimaksudkan tersebut adalah sebagaimana diriwayatkan dalam Sunan Abi Dawud, dari hadis Al-Baraa’ bin ‘Aazib radiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Kami keluar bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk melihat jenazah seorang lelaki Anshar, kami pun tiba di tapak perkuburan. Ketika lubang lahad telah dibuat, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun duduk, lalu kami ikut duduk di sekitarnya (atau sekelilingnya). Kami diam, seakan-akan di atas kepala kami ada burung (sedang hinggap). Saat itu beliau memegang sebatang kayu yang ditancapkan ke dalam tanah, lalu beliau mengangkat kepalanya dan bersabda:

اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

“Mintalah perlindungan kepada Allah dari adzab kubur.” Beliau mengucapkannya dua atau tiga kali. Demikanlah tambahan dalam hadis Jarir. Beliau melanjutkan:

وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ خَفْقَ نِعَالِهِمْ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ حِينَ يُقَالُ لَهُ: يَا هَذَا، مَنْ رَبُّكَ وَمَا دِينُكَ وَمَنْ نَبِيُّكَ؟ " قَالَ هَنَّادٌ: قَالَ: " وَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ لَهُ: مَنْ رَبُّكَ؟ فَيَقُولُ: رَبِّيَ اللَّهُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: دِينِيَ الْإِسْلَامُ، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ؟ " قَالَ: " فَيَقُولُ: هُوَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَيَقُولَانِ: وَمَا يُدْرِيكَ؟ فَيَقُولُ: قَرَأْتُ كِتَابَ اللَّهِ فَآمَنْتُ بِهِ وَصَدَّقْتُ

“Benar-benar si mati tersebut akan dapat mendengar hentakan kasut mereka tatkala berlalu pulang; yakni ketika ditanyakan kepadanya, “Wahai engkau ini, siapa Rabbmu?” “Apa agamamu?” “Dan siapa Nabimu?” Hannad (salah seorang perawi hadis ini) menyebutkan; Nabi bersabda, “Lalu ada dua malaikat mendatanginya seraya mendudukkannya. Malaikat itu bertanya, “Siapa Rabbmu?” yang ditanya pun menjawab, “Rabbku adalah Allah.” Malaikat itu bertanya lagi, “Apa agamamu?” dia menjawab lagi, “Agamaku adalah Islam.” Malaikat itu bertanya lagi, “Siapa lelaki yang diutus kepada kalian ini?” dia menjawab, “Dia adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” Malaikat itu bertanya lagi, “Apa yang engkau ketahui?” dia menjawab, “Aku membaca Kitab Allah, aku beriman dengannya, dan aku membenarkannya.”

Dalam hadis Jarir ditambahkan, “Maka inilah makna firman Allah ‘Azza wa Jalla:

يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا

“(Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman…” hingga akhir ayat. Surah Ibrahim, 14: 27.

Kemudian kedua perawi sepakat pada lafaz, “Beliau bersabda:

فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ: أَنْ قَدْ صَدَقَ عَبْدِي، فَأَفْرِشُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَأَلْبِسُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ " قَالَ: «فَيَأْتِيهِ مِنْ رَوْحِهَا وَطِيبِهَا» قَالَ: «وَيُفْتَحُ لَهُ فِيهَا مَدَّ بَصَرِهِ»

“Kemudian ada suara dari langit yang berseru, “Benarlah apa yang dikatakan oleh hamba-Ku, hamparkanlah permadani untuknya di Syurga, bukakan baginya pintu-pintu Syurga dan berikan kepadanya pakaian Syurga.” beliau melanjutkan:

“Kemudian didatangkan kepadanya wangi-wangian Syurga, lalu kuburnya diluaskan sejauh mata memandang.”

Beliau melanjutkan:

«وَإِنَّ الْكَافِرَ» فَذَكَرَ مَوْتَهُ قَالَ: " وَتُعَادُ رُوحُهُ فِي جَسَدِهِ، وَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ: لَهُ مَنْ رَبُّكَ؟ فَيَقُولُ: هَاهْ هَاهْ هَاهْ، لَا أَدْرِي، فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا دِينُكَ؟ فَيَقُولُ: هَاهْ هَاهْ، لَا أَدْرِي، فَيَقُولَانِ: مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ؟ فَيَقُولُ: هَاهْ هَاهْ، لَا أَدْرِي، فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ: أَنْ كَذَبَ، فَأَفْرِشُوهُ مِنَ النَّارِ، وَأَلْبِسُوهُ مِنَ النَّارِ، وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا إِلَى النَّارِ

“Jika yang meninggal adalah orang kafir, maka ruhnya akan dikembalikan kepada jasadnya. Ketika itu datanglah dua malaikat seraya mendudukkannya. Kedua malaikat itu bertanya, “Siapa Rabbmu?” dia pun menjawab, “Hah, hah, hah. Aku tidak tahu.” Malaikat itu bertanya lagi, “Apa agamamu?” dia menjawab, “Hah, hah. Aku tidak tahu.” Malaikat itu bertanya lagi, “Siapa lelaki yang diutus kepada kalian ini?” dia menjawab, “Hah, hah. Aku tidak tahu.” Setelah itu terdengar suara dari langit:

“Dia telah berdusta. Berilah dia hamparan permadani dari Neraka, berikan pakaian dari neraka, dan bukakanlah pintu-pintu neraka untuknya.”

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melanjutkan:

«فَيَأْتِيهِ مِنْ حَرِّهَا وَسَمُومِهَا» قَالَ: «وَيُضَيَّقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ حَتَّى تَخْتَلِفَ فِيهِ أَضْلَاعُهُ» زَادَ فِي حَدِيثِ جَرِيرٍ قَالَ: «ثُمَّ يُقَيَّضُ لَهُ أَعْمَى أَبْكَمُ مَعَهُ مِرْزَبَّةٌ مِنْ حَدِيدٍ لَوْ ضُرِبَ بِهَا جَبَلٌ لَصَارَ تُرَابًا» قَالَ: «فَيَضْرِبُهُ بِهَا ضَرْبَةً يَسْمَعُهَا مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ إِلَّا الثَّقَلَيْنِ فَيَصِيرُ تُرَابًا» قَالَ: «ثُمَّ تُعَادُ فِيهِ الرُّوحُ»

“Kemudian didatangkan kepadanya panas dan baunya neraka. Lalu kuburnya disempitkan hingga tulangnya saling berhimpitan.”

Dalam hadis Jarir ditambahkan; beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Lalu dia dibelenggu dalam keadaan buta dan bisu. Dan baginya disediakan sebatang pemukul dari besi, sekiranya pemukul itu dipukulkan pada sebuah gunung nescaya gunung itu akan hancur menjadi debu.” Beliau melanjutkan:

“Lelaki kafir itu kemudian dipukul dengan pemukul tersebut sampai suaranya dapat didengar oleh semua makhluk; dari hujung timur hingga hujung barat kecuali ats-tsaqalain (yakni jin dan manusia) hingga dia menjadi debu.” Beliau meneruskan penjelasannya:

“Setelah itu, ruhnya dikembalikan lagi.”.” (Sunan Abi Dawud, no. 4753. Bab: Pertanyaan dan Adzab Kubur)

InsyaAllah, Sama-sama kita pelajari dan hadamkan.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net