Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Menyambut Buah Hati karya Al-Imam Ibnul Qayyim

Menyambut Buah Hati karya Al-Imam Ibnul Qayyim
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura (3(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 17.7 x 2.6

ISBN: 9796027637237
Availability: In Stock
Price: RM49.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Menyambut Buah Hati | Judul Asal ('Arab): Tuhfatul Maudud bi Ahkamil Maulud | Penulis: Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 791H) | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 0.8kg | Muka Surat: 360m/s. (Hard Cover) + Percuma buku kecil nama-nama anak muslim dan maknanya.


Anak adalah buah hati kita. Kehadirannya sentiasa didambakan oleh setiap pasangan yang berumah-tangga. Anak yang soleh adalah harapan setiap ibu/bapa. Tetapi, untuk mewujudkan impian dan harapan tersebut amat memerlukan komitmen dan ilmu yang benar berkaitan dunia kependidikan anak-anak agar tidak tersalah langkah dalam usaha-usaha mendidik.

Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah (691-751H) rahimahullaah, seorang ulama terkenal dalam dunia Islam, telah menyumbangkan hasil ilmunya dalam dunia anak-anak dan pelbagai bentuk permasalahannya, yang ditinjau dari pelbagai aspek dan sisi, melalui sebuah karya emasnya berjudul Tuhfatul Mauduud bi Ahkaamil Mauluud.

Buku ini diperlukan oleh setiap mereka yang telah diberikan kurnia oleh Allah Ta’ala atau orang yang diamanahkan oleh-Nya untuk menjaga dan memberi pendidikan kepada anak-anak. Di dalamnya, penulis menyebutkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan hukum-hakam kelahiran seorang anak manusia; dimulai dari masa kelahiran sehinggalah ke alam dunia tempat persinggahan dan kemudian ke tempat menetap di alam akhirat.

Isi kandungan yang dibahaskan amat menarik dan begitu teliti sehingga menjadi rujukan pelbagai lapisan generasi terkemudian dalam bidang ini. Penghujahannya ditegakkan dengan nash-nash Al-Qur’an dan As-Sunnah. Di antara tajuk-tajuk perbahasan yang dibentangkan melalui buku ini oleh Ibnul Qayyim adalah:

1, Anjuran memohon zuriyat.

2, Ucapan kepada mereka yang diberi khabar gembira dengan kelahiran cahaya mata.

3, Azan di Telinga bayi sebaik kelahiran.

4, Anjuran tahnik (memberi manisan kepada bayi).

5, Sunnah Aqiqah.

6, Mencukur rambut bayi.

7, Hukum-hakam pemberian nama kepada bayi dan perbahasannya.

8, Khitan dan aturannya.

9, Hukum najis kanak-kanak. Solat bersama kanak-kanak sambil mendukungnya, dan adab bermu'amalah dengan anak-anak.

10, Dibolehkan membawa/mendukung kanak-kanak (bayi) ketika sedang solat.

11, Kewajiban mendidik anak-anak dan berlaku adil kepada mereka.

12, Kaedah-kaedah mengurus anak-anak dalam rangka mentarbiyah dan memanfaatkan masa kecil dan fasa-fasa tumbesaran.

13, Perjalanan manusia sejak dari sperma sehingga ke akhirat.

14, Fasa-fasa kehamilan, keadaan janin, faktor rupa-paras anak dan tumbesaran bayi dalam rahim.

15, faktor-faktor kematian bayi dalam kandungan.

16, Fasa-fasa penyusuan dan kelebihan penyusuan ibu..

Juga beberapa lagi lainnya.

Kata Al-Imam Ibnul Qayyim pada muqaddimah bukunya ini:

“Melalui buku ini, saya hendak menjelaskan hukum-hukum yang berkaitan dengan bayi, sejak dilahirkan sampai mencecah usia baligh. Hukum-hukum tersebut adalah (seperti):

1, Aqidah dan hukum-hakamnya.

2, Mencukur rambutnya.

3, Pemberian nama.

4, Khitan.

5, Hukum air kencingnya.

6, Hukum melubangi telinganya.

7, Hukum mendidiknya.

8, Fasa-fasa yang dilaluinya, sejak terbentuk dari dalam rahim sampai perjalanannya menuju Syurga atau Neraka.

Buku ini mengandungi makna yang bermanfaat dan mencakupi pelbagai faedah yang hampir tidak ditemukan dalam buku-buku yang lain. Di dalamnya terdapat tafsir terhadap sebahagian ayat Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang perlu difahami isinya, illah (sebab-sebab)nya, dan penyelarasan hadis-hadis yang tampak bertentangan.

Buku ini mengandungi permasalahan-permasalahan fiqih yang hampir tidak ditemukan oleh seorang penuntut ilmu, juga hukum-hukum yang sangat perlu diketahui.

Karya tulis ini sangat menyenangkan bagi orang yang membacanya, akan membuat kagum orang yang menelitinya, serta bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat. Tema-temanya diperlukan oleh setiap mereka yang dikurniakan anak.

Kepada Allah-lah saya memohon kebenaran dan meminta taufiq untuk mendapatkan jalan yang benar. Sesungguhnya Dia Maha Mulia dan Maha Pemurah. Dsan saya berikan tajuk untuk buku ini dengan judul, Tuhfatul Mauduud bi Ahkaamil Mauluud. Di dalamnya saya bahagikan menjadi 17 bab.” (lihat Muqaddimah Kitab)

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net