Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mutiara Zuhud, 509 Nasihat dan Hikmah Pilihan dari Kitab Az-Zuhd karya Imam Ahmad

Mutiara Zuhud, 509 Nasihat dan Hikmah Pilihan dari Kitab Az-Zuhd karya Imam Ahmad
Terbitan: Pustaka Arafah
Product Code: Pustaka Arafah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.2 x 15.5 x 1.9

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM23.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mutiara Zuhud, 509 Nasihat dan Hikmah Pilihan dari Kitab Az-Zuhd karya Imam Ahmad | Judul Asal (‘Arab): Disarikan dari kitab Az-Zuhd karya Al-Imam Ahmad bin Hanbal | Penulis/Penyusun: Ibnu ‘Abdil Bari | Penerbit: Pustaka Arafah | Berat: 380gram | Muka Surat: 288 m/s. (Soft cover)


Disebutkan dalam sebuah hadis:

ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ، وَازْهَدْ فِيمَا فِي أَيْدِي النَّاسِ يُحِبُّكَ النَّاسُ

“Zuhudlah pada dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah, dan zuhudlah engkau pada apa yang ada di sisi manusia nescaya engkau dicintai manusia.” (Sunan Ibnu Majah, no. 4102)

Ramai yang salah faham dalam memahami kata zuhud (atau Az-Zuhd). Sebahagian mereka beranggapan zuhud itu adalah dengan meninggalkan harta, kekayaan, dan dunia, sehingga mereka pun meninggalkan banyak perkara dari perkara dunia yang bermanfaat.

Hakikatnya, zuhud adalah dengan meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat untuk akhirat kita. Sebagaimana kata Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H):

وَ " الزُّهْدُ " النَّافِعُ الْمَشْرُوعُ الَّذِي يُحِبُّهُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ هُوَ الزُّهْدُ فِيمَا لَا يَنْفَعُ فِي الْآخِرَةِ فَأَمَّا مَا يَنْفَعُ فِي الْآخِرَةِ

“Dan Az-Zuhd yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya itu adalah zuhud pada apa-apa yang tidak bermanfaat untuk akhirat dan tidak pula membantu untuk akhirat.” (Majmu’ Al-Fatawa, 10/511)

Termasuk makna zuhud adalah dengan meninggalkan segala bentuk kesibukan terhadap harta dan dunia yang dapat melalaikan diri kita dari melaksanakan amal-amal dan mencari kebaikan-kebaikan akhirat.

Dengan itu, termasuk sikap zuhud adalah mencari dan memanfaatkan harta dan kelebihan dunia demi untuk mencari kebaikan-kebaikan di akhirat. Jadi, Zuhud bukan bermakna menjauhi harta dan dunia, tetapi menggunakan harta dan dunia untuk mencari wajah Allah.

Sebagaimana dalam satu atsar (riwayat) daripada ‘Ali bin Al-Fudhail berkata:

Aku mendengar ayahku (Al-Fudhail bin ‘Iyadh) berkata kepada Ibnul Mubarak:

أنت تأمرنا بالزهد والتقلل، والبلغة، ونراك تأتي بالبضائع، كيف ذا؟

“Engkau memerintahkan kami dengan zuhud, bersederhana, serta menerima apa adanya, sedangkan kami melihat engkau sendiri mendatangkan banyak barang dagangan, bagaimana ini?”

Ibnul Mubarak menjawab:

يا أبا علي، إنما أفعل ذا لاصون وجهي، وأكرم عرضي، وأستعين به على طاعة ربي.

“Wahai Abu ‘Ali (Al-Fudhail), sesungguhnya aku melakukan semua ini untuk menjaga wajahku, memuliakan kehormatanku, dan untuk membantuku dalam ketaatan kepada Rabb-ku.” (Siyar A’lam An-Nubala’ oleh Adz-Dzahabi, 8/387)

Buku ini benar-benar menghimpun mutiara, begitu berharga. Di dalamnya mengumpulkan kisah-kisah, riwayat-riwayat dan nukilan-nukilan faedah dan hikmah dari para pendahulu kita tentang hakikat, makna, contoh, dan aplikasi zuhud dalam kehidupan mereka.

Ia disarikan dari sebuah kitab bermanfaat karya Al-Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) berjudul Az-Zuhd. Sebuah kitab yang banyak dijadikan rujukan dan sumber nukilan dalam perbahasan Tazkiyatun Nufus (penyucian jiwa).

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net