Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fiqih Riba, Studi Komprehensif Tentang Riba Sejak Zaman Klasik hingga Modern

Fiqih Riba, Studi Komprehensif Tentang Riba Sejak Zaman Klasik hingga Modern
Terbitan: Senayan Publishing
Product Code: Senayan Publishing
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.7 x 16 x 3.4

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM74.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fiqih Riba, Studi Komprehensif Tentang Riba Sejak Zaman Klasik hingga Modern | Judul Asal (‘Arab): Fiqh Ar-Riba: Diraasatu Muqaranah wa Syaamilatun lil Tathbiqaatil Mu’aashirah  | Penulis (Penyusun): ‘Abdul ‘Azhim Jalal Abu Zaid | Penerbit: Senayan Publishing | Berat: 1.3kg | Muka Surat: 607 m/s. (Hard cover)


Harta adalah penyebab utama ketamakan manusia. Harta merupakan sumber fitnah yang sangat dahsyat. Sebahagian besar manusia menyangka harta sebagai sumber kebahagiaan dan kenikmatan hidup.

Maka tidak hairanlah apabila harta dijadikan oleh manusia sebagai sarana dan sumber carian untuk memenuhi keperluan hidup. Namun dari sisi yang lain, ia turut digunakan sebagai pemuas hawa nafsu, seperti untuk berpoya-poya, bersenang-senang, berbangga-bangga, menyombong diri, alat kemegahan, lambang kekuasaan, dan untuk bermaksiat kepada Allah.

Sungguh, jika harta digunakan dan didapatkan dari jalan yang haq, maka ia adalah sebuah anugerah yang membahagiakan. Namun, jika ia didapatkan dari sumber yang bathil dan dibelanjakan pada jalan yang maksiat, maka ia adalah sarana menuju kecelakaan.

Sungguh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

فَأَبْشِرُوا وَأَمِّلُوا مَا يَسُرُّكُمْ، فَوَاللَّهِ مَا الفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ، وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمُ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ، فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا، وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ

“Bergembiralah dan harapkanlah untuk mendapat apa-apa yang menyenangkan kalian. Demi Allah, bukanlah kefaqiran yang aku takutkan atas kalian. Tapi yang aku risaukan atas diri kalian adalah apabila dihamparkan dunia atas kalian, sebagaimana telah dibentangkan kepada orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian pun akan berlumba-lumba sebagaimana mereka dulu telah berlumba-lumba (untuk mendapatkannya). Lalu kalian pun akan binasa sebagaimana mereka dulu telah binasa.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3158, 4015)

Beliau juga bersabda:

إِنَّ هَذَا الْمَالَ خَضِرَةٌ حُلْوَةٌ، فَمَنْ أَخَذَهُ بِحَقِّهِ، وَوَضَعَهُ فِي حَقِّهِ، فَنِعْمَ الْمَعُونَةُ هُوَ، وَمَنْ أَخَذَهُ بِغَيْرِ حَقِّهِ، كَانَ كَالَّذِي يَأْكُلُ وَلَا يَشْبَعُ

“Sesungguhnya harta itu ibarat tanaman hijau yang manis. Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar lalu meletakkannya dengan cara yang benar, maka harta tersebut adalah sebaik-baik penolong baginya. Dan sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang tidak benar, maka dia seperti orang yang makan tetapi tidak pernah merasa kenyang.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6427. Muslim, no. 1052)

Disiplin ilmu tentang penukaran harta di antara sesama manusia dikenal sebagai Fiqh Ar-Ribaa dalam Islam, atau pada hari disebut juga sebagai Ekonomi Islam.

Riba termasuk salah satu cabang masalah yang telah datang ancaman dan amarannya langsung dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ramai dari kalangan ulama juga telah mengingatkan dengan cukup tegas. Namun demikianlah benar-benar dan persis sebagaimana dalam hadis-hadis Nabi, kedudukan mu’amalah ribawi tetap tidak pernah goyah dan sebaliknya malah mencengkam perekomian manusia hari ini.

Dijelaskan dalam hadis Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau bersabda:

بينَ يدَيِ السّاعةِ يظهرُ الرِّبا

“Menjelang hari Kiamat riba akan tampak zahir (berleluasa).” (Ath-Thabrani, Mu’jam Al-Awsath, no. 7695)

Dijelaskan dalam Ash-Shahih dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، لاَ يُبَالِي المَرْءُ بِمَا أَخَذَ المَالَ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ

“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana seseorang tidak peduli terhadap harta yang dia perolehi itu adakah dari yang halal ataupun dari yang haram.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2083)

Oleh sebab itulah, maka buku ini berusaha membahas secara terperinci tentang riba dari pelbagai sudut dimensinya. Sama ada dari perspektif ilmu dan rujukan tafsir, sumber hadis-hadis, mahupun kitab-kitab fiqh terdahulu dan kontemporari. Buku ini memuatkan perbahasan yang mendalam dimulakan dari penjelasan methodologi penulisan dan kajian, definisi, sejarah riba, pandangan terhadap riba dalam pelbagai agama, pembahagian riba, larangan dan ancaman terhadap riba, dalil-dalil tentang riba, modus operandi riba, bagaimana terjadinya riba, bentuk dan jenisnya, cabang-cabang riba berdasarkan pelbagai mazhab fiqh, riba dalam pelbagai permasalahan mu’amalah fiqh kontemporari, riba dan perbankan modern, riba dalam jual beli, dan pelbagai lagi yang lainnya.

Ayuh, sama-sama kita fahami dan mengkaji agar dapat menjauhinya dengan ilmu.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net