Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fikih Jenazah karya Syaikh Utsaimin

Fikih Jenazah karya Syaikh Utsaimin
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17 x 3.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM54.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fikih Jenazah | Judul Asal (‘Arab): Kitab Al-Jana’iz dari Fath Dzil Jalali wal Ikram Syarh Bulughul Maram | Penulis: Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 1kg | Muka Surat: 522 m/s. (Hard cover)


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Maut merupakan ketetapan Allah Ta’ala. Ini adalah hakikat yang telah dimaklumi. Maka, seharusnya bagi kita untuk sentiasa mempersiapkan diri menghadapinya dengan keimanan dan amal-amal yang soleh.

Ada beberapa perkara yang wajib dilakukan oleh seorang muslim ketika ada saudara sesama muslim yang meninggal dunia, yakni dia wajib menguruskan jenazahnya yang melibatkan urusan memandikan, mengafani, mensolatkan, dan mengebumikannya.

Namun pada hari ini dalam urusan pelaksanaannya, banyak sekali penyimpangan yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam, sama ada dalam hal pengurusan jenazah ataupun hal-hal yang terkait dengannya. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keadaan tersebut yang antaranya kerana jauhnya mereka dari dan jauhnya mereka dari hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang menjelaskan tentang hakikat perkara tersebut.

Kita ketahui bahawa petunjuk Rasulullah dalam pengurusan jenazah adalah petunjuk dan bimbingan yang terbaik, sekaligus potret aturan yang paling sempurna bagi jenazah sebelum bertemu Rabb-nya. Bukan hanya itu, keluarga dan orang-orang yang ditinggalkan pun perlu bersiap sebagai barisan orang-orang yang memuji Allah dan memohonkan keampunan serta rahmat-Nya bagi yang meninggal.

Buku yang ditulis oleh Syaikh Muhamad bin Shalih Al-Ustaimin ini memberikan penjelasan tentang persiapan dalam pengurusan jenazah dan hal-hal yang terkait dengannya secara sistematik, terperinci, serta dilengkapi dengan faedah [intisari] dari setiap perbahasannya.

Buku ini merupakan salah satu rangakaian jilid lengkap dari kitab Fath Dzi Al-Jalali wa Al-Ikram karya beliau yang merupakan huraian atau syarah kepada kitab Bulughul Maram.

Semoga dengan hadirnya buku ini akan dapat membimbing kita termasuk ke dalam golongan hamba-Nya yang sentiasa berusaha melaksanakan perintah-Nya dan berittiba’ kepada sunnah-sunnah Rasul-Nya, terkhusus dalam amalan ibadah pengurusan jenazah yang merupakan salah satu juzuk penting dalam Islam.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net