Judul: 62 Amalan Pembuka Pintu Syurga | Penulis: Syaikh 'Abdullah bin 'Ali al-Ju'aitsin | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 180g | Muka/Surat: 135m/s. (Soft cover)
Memasuki Syurga adalah dambaan dan harapan setiap insan.
Cumanya, Syurga bukanlah sesuatu yang dengan mudah begitu sahaja untuk dimasuki. Namun, dengan berkat kasih sayang Allah kepada para hamba-Nya yang beriman, jalan menunju dan memasuki syurga dipermudahkan dan diperbanyakkan sehingga kita boleh memilih berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang kita miliki.
Jalan yang dimaksudkan adalah berupa amalan-amalan ibadah, sama ada yang fardhu atau pun yang sunnah, yang mana dibentangkan melalui buku ini dengan tidak kurang dari 62 jalan dan amalan bersumberkan dalil-dalil yang sahih.
Ketahuilailah apakah dia jenis atau bentuk-bentuk amalan tersebut. Adakah kita termasuk orang-orang yang mengamalkannya? Maka, sama-samalah kita semak dan fahami. Semoga buku ini dapat memotivasi seraya membantu kita semua agar termasuk dalam kalangan orang-orang yang mengamalkannya sekaligus dipermudahkan laluan menuju ke Syurga yang luas dan penuh kenikmatan.
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan