Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sejarah Pemikiran 1 (Hard Cover)

Sejarah Pemikiran 1 (Hard Cover)
Terbitan: Pusat Pen. Umum UKM
Product Code: Pusat Pengajian Umum UKM
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23 x 16 x 3

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM50.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sejarah Pemikiran 1 (Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi, Dan Orde Baru Dunia) | Penulis: Dr. Sulaiman Nordin | Penerbit: Pusat Pengajian Umum UKM | Berat: 1.0kg | Muka Surat: 449m/s.


Dr. Sulaiman Nordin adalah bekas pensyarah dan dekan di Fakulti Sains di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Beliau adalah penulis buku Sejarah Pemikiran Sains Barat Moden dan Percanggahannya dengan Islam, Gerakan Antarabangsa dan Keselamatan Negara, Muzik Rock dan Nilai Moralnya, dan penulis bersama Teori Evolusi Darwin - Suatu Andaian atau Ideologi, juga penyunting buku “Akidah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah”.
 
Testimoni,
 
“Buku ini adalah sesungguhnya adalah buku yang istimewa kerana penulisnya mempunyai latar belakang pendidikan yang sememangnya unik. Tidak ramai penulis berpeluang menimba ilmu pengetahuan di peringkat ijazah daripada dua sistem yang berbeza seperti beliau, iaitu mendapat ijazah pengajian tinggi dalam bidang sains di Australia dan United Kingdom di samping kemudiannya ijazah Islam dari Ummul Qura, Makkatul Mukarramah.” (Prof Dr. Abdul Latif Samian, Pengarah Pusat Pengajian Umum, UKM)
 
“Dr. Sulaiman telah menjelaskan dari sudut bagaimana sistem sosialisme (komunisme) merupakan serampang dua mata atau seperti talam dua muka. Beliau mengutarakan pendapat ramai pengkaji para ilmuan Barat sendiri berkenaan adanya kumpulan sulit “Illuminiti” di belakang tabir kedua sistem politik tersebut. Buku ini menjelaskan siapa dan hala tuju agenda mereka.” (Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff, Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik, dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM) 
 
“Buku ini boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat. Ia membincangkan secara kritis pemikiran-pemikiran kontemporari seperti komunis, kapitalis, hak asasi manusia, sebab-sebab peperangan dunia, sains politik, dan sains ekonomi.” (Sohibus Samahah al-Ustaz Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan)
 
Perbahasan di dalam buku ini antaranya membawakan kepada anda begitu banyak fakta-fakta sains, politik dan agama yang disembunyikan oleh golongan-golongan tertentu bagi beberapa kepentingan. Di antara isi kandungannya adalah membahaskan sekitar persoalan pentingnya ilmu, sains wahyu, perkembangan dan percambahan kepelbagaian pemikiran manusia, sejarah Renaisance di Eropah, Teori Darwin, Penemuan-penemuan sains moden dan Islam, kedangkalan Teori Evolusi, Sekularisme, gerakan politik yang tersembunyi, Gerakan Illuminati dan orde baru dunia, Zionisme, kepelbagaian fikrah-fikrah Islam, kepelbagaian teori dan hasil sains yang disembunyikan, Fenomena penipisan ozon benarkah berlaku, kesan buruk di dalam penggunaan klorin sebagai bahan rawatan air, krisis alam sekitar, krisis ekonomi dan riba’, hak asasi manusia, dan beberapa perbahasan berkenaan perbandingan agama. Segala bentuk penjelasan dan penulisan dibawakan dengan corak yang ilmiyah dari sumber-sumber yang relevan sama ada dalam soal perbahasan agama, sains, politik, dan seterusnya.
 
Buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu dengan setiap jilid mewakili 1 bahagian. Kini, telah terbit bahagian yang pertama (jilid pertama) dan bahagian kedua (jilid kedua). Untuk mendapatkan bahagian kedua dengan judul Sejarah Pemikiran 2 (Akal dan Wahyu, Manhaj Ahli Sunnah, Muktazilah dan Modenisme), sila klik di sini.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net