Judul: Shahih Tanda-Tanda Kiamat | Judul Asal: Shahih Asyrathus Sa'ah | Penulis: Syaikh Musthafa Abu an-Nashr as-Silbi | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1.2kg | Muka Surat: 700m/s. | ISBN: 978-602-8439-78-7
Salah satu konsep penting dalam aqidah Islam adalah keyakinan dan keimanan terhadap kedatangan hari kiamat. Hari kiamat adalah sebuah peristiwa besar, maha dahsyat serta sungguh mengerikan dan menakutkan. Bumi akan dihancurkan, gunung akan bergerak seperti awan lalu meletus, langit akan dilipat, dan objek-objek langit akan bertempiaran.
Kerana terlalu takutnya pada ketika itu, seorang ayah tidak lagi peduli akan anaknya, seorang suami melupakan isterinya, dan seorang ibu yang mengandung lupa akan janinnya. Masing-masing sibuk untuk menyelamatkan diri. Demikianlah antara gambaran kiamat yang dapat dilihat melalui al-Qur'an dan al-hadis.
Keimanan terhadap Hari Kiamat ini wajib memberikan kesan yang positif bagi setiap umat Islam. Disebabkan tarikh berlakunya yang tidak diketahui, maka kita perlu harus sentiasa berwaspada dan jangan sekali-kali lengah dari mengingati Allah Ta'ala. apakah sudah kita mempersiapkan bekalan menghadapinya? Sama ada kiamat kecil mahupun kiamat besar.
Ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam ditanya oleh malaikat Jibril tentang bilakah berlakunya kiamat, beliau pun menjawab tidak tahu. Tetapi ketika ditanya apakah tanda-tanda kiamat, maka Rasulullah pun menjelaskannya dengan baik.
Buku ini adalah antara buku yang baik dalam menjelaskan tanda-tanda kiamat secara terperinci berpandukan dalil-dalil yang sahih dari al-Qur'an, as-Sunnah, dan kefahaman para salaf. Berbeza dengan sebahagian buku yang banyak beredar di pasaran pada hari ini, memang banyak yang berusaha menjelaskan tentang hari kiamat dan tanda-tandanya namun sebahagiannya tidak lebih sekadar cakap-cakap tanpa dalil yang disandarkan kepada logik akal dalam memberi kupasan sambil mengeluarkan pelbagai andaian dan prasangka. Bahkan terdapat sebahagian buku di pasaran yang pandai-pandai membuat ramalan bahawa hari kiamat akan berlaku pada sekian tarikh dan sekian tarikh.
Maka, dengan hadirnya buku ini semoga mampu menangkis fitnah-fitnah yang menimbulkan salah faham terhadap iman kepada hari kiamat. Buku ini juga selain membahaskan tanda-tanda hari kiamat, ia turut membentangkan sama tentang kehidupan setelah hari kiamat.
Semoga para pembaca dapat membacanya dengan baik dan teliti, kemudian mengambil faham dari dalil-dalilnya yang penuh meyakinkan, sekaligus mengimaninya dengan lebih teguh lagi. Sekaligus memotivasikan para pembaca untuk terus mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan penuh istiqomah dan tidak lengha-lengah lagi. Dalam masa yang sama dapat mengelakkan diri dari terlibat ke dalam kepelbagaian bentuk fitnah akhir zaman yang telah sedia dijanjikan sebagaimana telah dijelaskan melalui buku ini.
Selamat menela'ah dengan penuh teliti.