Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Muda, Nikah, Bahagia (Romantika Rumahtangga Muda)

Muda, Nikah, Bahagia (Romantika Rumahtangga Muda)
Terbitan: Rumah Penerbit Al-Manar
Product Code: Rumah Penerbit Al-Manar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.4 x 13.6 x 1.3

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Muda, Nikah, Bahagia | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Zaenal Abidin bin Syamsudin | Penerbit: Rumah Penerbit Al-Manar | Berat: 240gram | Muka Surat: 196 m/s. (Soft cover) [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Menyegerakan pernikahan di usia muda termasuk sebahagian dari sunnah. Khasnya bagi yang punya kemampuan, baik dari sisi ilmu, nafkah, mahupun fizikal.

Dari hadis ‘Ubaid bin Sa’d, Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ أَحَبَّ فِطْرَتِي، فَلْيَسْتَنَّ بِسُنَّتِي، وَمِنْ سُنَّتِي النِّكَاحُ

“Sesiapa yang menyenangi fitrahku, maka hendaklah dia mengamalkan sunnahku. Dan termasuk sunnahku adalah nikah.” (As-Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 13451)

Dalam hadis yang lain beliau bersabda:

إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ الدِّينِ، فَلْيَتَّقِ الله فِي النِّصْفِ الْبَاقِي

“Apabila seorang hamba telah menikah, bererti dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya, maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam menjaga separuh bakinya.” (Syu’abul Iman, no. 5100)

Pernikahan adalah sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan termasuk sarana melahirkan zuriat. Banyaknya jumlah umat Islam adalah perkara yang membuat Rasulullah suka dan gembira, kerana beliau bangga di hadapan para Nabi dan umat-umat yang lain pada hari Kiamat dengannya.

Menikah adalah ibadah dan amalan yang membuahkan pahala besar jika dilaksanakan dengan benar.

Dan menikah itu sendiri padanya punya keutamaan besar, yang di antaranya Allah akan memberikan padanya kecukupan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ

“Dan nikahkanlah orang-orang yang sedirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari kalangan hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka faqir, Allah akan memberikan kecukupan pada mereka dengan kurniaan-Nya.” (Surah An-Nuur, 24: 32)

Kata Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H):

هذا أمر بالتزويج. وقد ذهب طائفة من العلماء إلى وجوبه، على كل من قَدَر عليه. واحتجوا بظاهر قوله صلى الله عليه وسلم:

“Ini adalah (ayat yang menunjukkan) perintah bernikah, dan sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum menikah adalah wajib bagi setiap orang yang telah memiliki kemampuan dengan berdalilkan zahir hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berikut:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

“Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang telah mampu untuk menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa. Kerana dengan berpuasa dia akan dapat menahan syahwatnya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5065).”

Kata sahabat Nabi; ‘Ibnu ‘Abbas:

رغبهم الله في التزويج، وأمر به الأحرار والعبيد، ووعدهم عليه الغنى

“Ini adalah anjuran dari Allah agar menikah, dan Allah memerintahkan dengannya kepada orang-orang yang medeka mahupun para hamba agar menikah, dan Allah berjanji kepada mereka untuk memberikan kekayaan (kecukupan).” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/51)

Al-Hafiz Ibnu Katsir turut menyebutkan perkataan Abu Bakr Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu:

أطيعوا الله فيما أمركم به من النكاح، ينجز لكم ما وعدكم من الغنى

“Taatilah Allah pada apa yang diperintahkan pada kalian dengan menikah, nescaya Dia akan memenuhi janji-Nya buat kalian berupa kekayaan (kecukupan).”

Juga perkataan Ibnu Mas’oud:

التمسوا الغنى في النكاح

“Carilah kekayaan (kecukupan) di dalam pernikahan.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/51)

Dari hadis Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

ثَلَاثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللَّهِ عَوْنُهُمْ: المُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَالمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ الأَدَاءَ، وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ العَفَافَ

“Tiga orang yang berhak mendapat pertolongan dari Allah adalah: Mujahid di jalan Allah, seorang hamba yang ingin membebaskan (memerdekakan) dirinya, dan lelaki yang menikah kerana ingin menjaga kesucian dirinya.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 1655)

Dan bacalah buku ini agar anda lebih terdorong dan termotivasi untuk segera menikah, mendapatkan tips-tips bermanfaat, menjalinkan hubungan yang halal dengan pasangan anda, membina kehidupan berpasangan yang harmoni lagi berpahala, serta akan lebih dapat menjaga kehormatan diri.

Ini adalah sebuah buku yang antara kandungannya membahaskan:

1, Keutamaan nikah di usia muda.

2, Anjuran dan dorongan agar segera menikah.

3, Benarkah nikah di usia muda penyebab permasalahan?

4, Antara nikah dan kerjaya.

5, Solusi permasalahan remaja.

6, Romantika menuju keluarga samara.

7, Memadu kasih kerana Allah.

8, Tips hidup bahagia dalam pernikahan.

9, Bekal memasuki gerbang pernikahan.

10, Tips memilih suami/isteri.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net