Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Halal dan Haram Dalam Islam [Soal Jawab Tentang Asas-asas Tauhid dan Fiqh; Dari Bab Thaharah, Solat,... Sampai Bab Hudud]

Halal dan Haram Dalam Islam [Soal Jawab Tentang Asas-asas Tauhid dan Fiqh; Dari Bab Thaharah, Solat,... Sampai Bab Hudud]
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 18 x 3.7

ISBN: 9786027637191
Availability: In Stock
Price: RM84.00 RM75.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Halal dan Haram Dalam Islam | Judul Asal (‘Arab): Al-Halaal wal Haraam fil Islaam (Dari kitab dan fatwa-fatwa Syaikh Al-‘Utsaimin) | Penulis (Penyusun): Abu ‘Abdirrahman ‘Adil bin Sa’ad | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 1300gram | Muka Surat: 621 m/s. (Hard cover)


Dari hadis Nu’man bin Basyiir, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى، يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ، أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى، أَلَا وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ

“Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara yang syubhat (yang masih samar sama ada halal atau haram) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang menghindarkan diri dari perkara syubhat, maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka (dibimbangi) dia akan terjatuh dalam perkara haram.” (Shahih Al-Bukhari, no. 52, 2051. Muslim, no. 1599)

Maksudnya yang halal itu jelas dan tiada kesamaran padanya. Demikian juga dengan yang haram. Tetapi di antara dua wilayah tersebut ada perkara yang samar-samar bagi kebanyakan manusia sama ada ia halal atau haram. Adapun bagi yang mendalam ilmunya, perkara tersebut tidak terlihat samar atas mereka dan mereka memahami perkara tersebut masuk ke dalam wilayah yang mana. Dan di sinilah letak pentingnya ilmu, iaitu bagi mengangkat pelbagai hal yang samar pada diri.

Oleh kerana itu, di sana ada firman Allah ‘Azza wa Jalla:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

“Katakanlah, “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Surah Az-Zumar, 39: 9)

Jawabannya sudah tentu tidak sama. Kerana hanya orang yang berilmu yang akan benar-benar mengenal Allah, mencintai Allah, dan mengabdi dengan penuh harap, takut, dan khusyu’ kepada Allah.

Allah ‘Azza wa Jalla telah memuji ilmu dan ahlinya serta mendorong para hamba-Nya agar menuntut ilmu dan membekali diri dengannya. Dan ilmu itu adalah pengetahuan terhadap Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Menuntut ilmu adalah amal yang soleh, perbuatan mulia, jihad, dan merupakan jalan menuju Syurga.

Maka, buku yang ada di hadapan kita ini adalah sebuah buku yang mengupas dan menjelaskan pelbagai persoalan tentang halal dan haram dalam Islam. Sebuah buku yang mendorong kita agar terus menambah ilmu dan menyelami hakikat halal dan haram dengan lebih terperinci dan ilmiyah. Ini semua tidak lain, harus disematkan tujuannya semata-mata demi mendapatkan wajah Allah, untuk mengangkat kejahilan diri, dan untuk meraih kemuliaan dari sisi Allah.

Buku ini disusun oleh Syaikh Abu ‘Abdirrahman ‘Adil bin Sa’ad, salah seorang murid Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah. Beliau menyusun kandungannya berdasarkan kitab-kitab dan fatwa-fatwa Syaikh ‘Utsaimin mencakupi pelbagai bab perbahasan.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net