Judul: Buku Poket Fiqih Haji & ‘Umrah Bagi Wanita | Judul Asal (‘Arab): Tanbihaatun ‘ala Ahkaamin Takhtashshu bil Mu’minaat | Penulis: Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 38gram | Muka Surat: 48 m/s. (Soft cover)
‘Aisyah bertanya kepada Rasulullah:
يَا رَسُولَ اللهِ، هَلْ عَلَى النِّسَاءِ مِنْ جِهَادٍ؟ قَالَ: " نَعَمْ، عَلَيْهِنَّ جِهَادٌ لَا قِتَالَ فِيهِ: الْحَجُّ وَالْعُمْرَةُ
“Wahai Rasulullah, adakah jihad bagi wanita?” Jawab Rasulullah:
“Benar ada, jihad tanpa peperangan padanya, iaitu haji dan ‘umrah.” (Musnad Ahmad, no. 25322)
Dalam riwayat Al-Bukhari, bahawa ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bertanya kepada Rasulullah:
يَا رَسُولَ اللَّهِ، نَرَى الجِهَادَ أَفْضَلَ العَمَلِ، أَفَلاَ نُجَاهِدُ؟ قَالَ: «لاَ، لَكِنَّ أَفْضَلَ الجِهَادِ حَجٌّ مَبْرُو
“Wahai Rasulullah, kami mengetahui bahawa jihad adalah amalan yang afdhal (paling utama), apakah ada jihad bagi kami?”
Maka jawab Rasulullah:
“Tidak ada, akan tetapi jihad yang afdhal (bagi kaum wanita) adalah haji yang mabrur.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1520)
Maka ini adalah sebahagian dari risalah ringkas dan mudah terkhusus bagi kaum wanita, iaitu risalah yang memuatkan nota-nota penting permasalahan fiqih haji dan ‘umrah bagi wanita. Risalah kecil ini bersaiz buku poket agar mudah dibawa ke mana-mana, mudah difahami, tuntas, dan fokus membantu kaum wanita memahami dan melaksanakan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan satu bentuk jihad terbesar bagi mereka.
Semoga bermanfaat.