Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fikih Ibu, Himpunan Hukum Islam Khas Ummahat

Fikih Ibu, Himpunan Hukum Islam Khas Ummahat
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 17.9 x 3.4

ISBN: 9786027143432
Availability: In Stock
Price: RM55.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fikih Ummahat, Himpunan Hukum Islam Khusus Ibu | Judul Asal (‘Arab): Ahkaam Al-Umm fii Al-Fiqh Al-Islaami  | Penulis: Wafa’ Binti ‘Abdul ‘Aziz As-Suwailim | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 1.1kg | Muka Surat: 492m/s. (Hard cover)


Berbicara tentang wanita tidak akan pernah ada habisnya. Malah banyak sekali perbicaraan tentang mereka akhir-akhir ini, apatah lagi kaum wanita memiliki kedudukan yang sungguh istimewa di sisi Islam, punya peranan besar dalam masyarakat khasnya rumahtangga, dan terlebih lagi pula mereka sering menjadi sasaran musuh-musuh Islam.

Ibu, anak perempuan, saudara kandung perempuan, para isteri dan yang seangkatan dengannya adalah dari kalangan wanita. Seorang ibu adalah penopang sekaligus pendidik paling penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Dari para ibulah bermulanya generasi dan pendidikan masyarakat. Oleh sebab itulah Islam sangat memandang penting dan memberi kedudukan yang tinggi khusus untuk para wanita dalam banyak perkara. Islam adalah agama yang sangat memuliakan dan menjaga kaum wanita terkhusus buat para ibu.

Allah Ta’ala berfirman:

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang tuanya, ibunya mengandungkannya dengan susah-payah, dan melahirkannya dengan susah-payah (juga). Mengandungkannya sampai mencerai-susukannya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun dia berdoa:

“Wahai Rabbku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapa-ku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Surah Al-Ahqaaf, 46: 15)

Melalui ayat ini Allah memberi peringatan kepada kita akan kedudukan seorang ibu, perintah agar berbuat baik kepada mereka, dan Allah mengingatkan kepada kita akan pengorbanan mereka ketika mengandungkan, melahirkan dan menyusukan.

Sudah lumayan banyak buku-buku yang membahas tentang hak-hak dan perintah berbuat baik kepada para ibu dan bapa, demikian tentang keutamaan dan hak-hak mereka.

Hanya cuma, tema ini tidak boleh dibincangkan secara terpisah dari fiqh dan kaca mata Islam, khasnya berhubung penjelasan hukum-hakam keibuan, diikuti peranan dan rincian tanggungjawab mereka.

Untuk itulah penulis telah memilih tema berjudul Ahkaam Al-Umm fii Al-Fiqh Al-Islaami (Hukum-hakam Para Ibu dalam kaca mata Fiqh Islam) sebagai judul kajian thesis beliau bagi meraih master (di Universiti Al-Imam, Arab Saudi). Dan alhamdulillah beliau telah cemerlang dengan kelulusan summa cum laude.

Terdapat sejumlah sebab yang mendorong penulis menyusun tema ini dengan begitu baik. Antaranya kerana mengenang betapa pentingnya kedudukan seorang ibu dalam institusi keluarga, sehingga perlu membahaskan hukum-hakam berkaitan ibu secara khusus, fokus dan terperinci.

Ditambah pula pada hari ini banyak sekali kaum ibu yang tidak menguasai dan tidak mengetahui hukum-hakam tentang diri mereka sendiri sedangkan banyak sekali hukum-hakam terkait mereka yang wajib dikuasai. Belum lagi tentang rincian perbahasan kedudukan mereka sebagai pendidik paling pertama dan utama bagi anak-anak, peranan serta tanggungjawab mereka menurut kaca mata Islam di atas landasan Al-Quran dan As-Sunnah. 

Sebab ketiga yang mendorong penulis (sebagaimana dijelaskan di mukaddimah beliau) adalah pada hari ini jika kita teliti baik-baik, benar-benar masih belum ada sebuah buku yang membahas secara lengkap dan fokus berkaitan fiqh keibuan. Apabila buku seperti ini tersusun, sudah tentu akan membuahkan suatu manfaat yang sangat besar dan manfaat ilmu yang lebih luas untuk para pembaca.

Selain itu, buku yang fokus seperti ini sudah tentu akan membantu para ibu di saat mereka memerlukannya dan akan menjadi satu lagi khazanah ilmu berharga dalam dunia Islam hari ini.

Penulis menyusun buku ini dengan baik sekali bersesuaian dengan methode ilmiyah penulisan thesis, sistematik, dan lengkap dengan nota kaki rujukan. Kandungannya tuntas dan fokus, digali dari kitab-kitab fiqh muktabar empat mazhab utama, berdasarkan Al-Qur’an dan As-Sunnah, serta berdasarkan ketentuan ijma’ di samping penjabaran perkara-perkara yang dikhilafkan (diperselisihkan) para ulama.

Cakupan atau rangkuman perbahasan utama buku ini dibahagikan menjadi 5 atau 6 bahagian semuanya. Bahagian-bahagian tersebut berserta sebahagian sub-topik perbahasannya adalah seperti berikut:

Pendahuluan

1, Definisi Ibu dan kedudukannya.

2, Fiqih Ibu Berhubung perkara-perkara Ibadah:

            Fiqih solat.
            Fiqih zakat.
            Fiqih puasa.
            Fiqih haji.
            Fiqih jihad.

3, Fiqih Ibu dalam mu’amalat.

            Hukum-hakam Ibu dalam bidang perniagaan.
            Aqad jual beli.

4, Fiqih Ibu Berhubung fara’idh.

            Fiqih Fara’idh.

5, Ibu dan fiqih kekeluargaan.

            Fiqih pernikahan.
            Halal haram pernikahan.
            Fiqih susuan.
            Fiqih perceraian.
            Fiqih nafkah.
            Fiqih asuhan.
            Fiqih safar.

6, Ibu dalam perbahasan hukum-hakam jenayah.

Ketika ibu membunuh si anak, akan tsabitkah hukuman atasnya?
Hudud dan ta’zir bagi para ibu.
Fiqih qadha’ dan kesaksian di pengadilan.

Semoga bermanfaat.

Dan buku ini sangat dicadangkan untuk para ibu secara khusus, para isteri, pasangan baru berumah-tangga, para pendidik, dan kaum wanita secara umum. Amat sesuai dijadikan hadiah istimewa untuk isteri tercinta dan pasangan baru bernikah!

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net