Judul: Membongkar Tipu Daya Dukun Sakti Berkedok Wali | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Zainal Abidin Syamsudin, Lc | Penerbit: Pustaka Imam Bonjol | Berat: 350gram | Muka Surat: 224 m/s. (Soft cover)
Awas! Aktiviti perbomohan, perdukunan, dan kepawangan berbau mistik dan syirik pada hari ini semakin berleluasa dengan bertopengkan slogan “perubatan Islam” dan rawatan alternatif.
Tahukah anda banyak sekali terjadi di sebalik slogan “perubatan Islam” mahupun “rawatan alternatif” pada hari ini, pada hakikatnya adalah perbomohan, mistik, khurafat, syirik, dan bid’ah! Lantaran kejahilan masyarakat, golongan ini mekar subur umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Apalah ertinya slogan-slogan indah atas nama Islam? Namun hakikatnya hanyalah pembohongan berkedok agama. Bahkan ini sangat berbahaya, kerana mereka bertopengkan agama menyebarkan syirik demi mengaut keuntungan! Tahukah anda bahawa hal ini adalah suatu yang sesat, bahkan menyesatkan.
InsyaAllah melalui buku ini anda akan didedahkan hakikat sebenar wajah seorang dukun, bomoh, atau pawang. Atau dalam istilah ‘Arab sebagaimana dalam hadis-hadis Nabi disebutkan dengan nama seperti kahin atau ‘arraf dan beberapa lagi lainnya.
Para pembaca akan melihat hakikat, karektor, dan ciri-ciri mereka. Sehingga para pembaca tidak akan tertipu lagi dengan mereka. Kerana pada hari ini, bukan sedikit masyarakat diluar sana yang telah terpedaya, bahkan sampai tergadai agama dan harta.
Namun, adakalanya sebahagian masyarakat mudah terpesona dengan kelebihan-kelebihan tertentu yang dimiliki oleh para bomoh ini. Mereka dikatakan mampu membaca hati orang, punya kebolehan luar biasa, dan mampu mengetahui hal-hal yang aneh yang sukar dijangkau oleh logik manusia biasa. Bagaimana agaknya mereka memperolehi semua ini? Apakah mereka ini dari kalangan wali Allah? Ini semua akan dibongkar melalui buku ini.
Seterusnya, apakah benar para bomoh dan pawang ini ada melakukan perjanjian dan hubungan rahsia dengan syaitan atau jin? Sejauh mana kebenaran dan hakikat perkara ini? InsyaAllah sama-sama kita telusuri melalui buku ini.
Turut dibahaskan melalui buku ini adalah:
1, Hakikat Wali Allah, keutamaan, tingkatan, tanda-tandanya, dan syarat-syaratnya.
2, Karomah para wali, antara hakikat dan kepalsuan.
3, Karomah Syaitan, ilmu laduni, ilmu putih, dan ilmu hitam.
4, Perbahasan ilmu kasyaf, ilham, dan mimpi.
5, Bagaimana bomoh boleh dikatakan memiliki kuasa sakti?
6, Tangkal, sejauh mana kebenaran, keberkesanannya, dan hukumnya.
7, Ciri-ciri dukun, bomoh, dan pawang.
8, Hukum-hakam bomoh dan dukun dalam timbangan syari’at.
9, Hakikat sihir, sejarah, dan hukumnya dalam syari’at Islam.
10, Terapi syar’i penyembuhan gangguan sihir, tangkal, dan kerasukan.
Semoga bermanfaat.