Judul: Shahih Hadits Qudsi | Judul Asal (‘Arab): Shahih Al-Ahaadits Al-Qudsiyyah | Penulis: Abu ‘Abdillah Mushthafa Al-‘Adawi | Penerbit: Darul Haq | Berat: 0.3kg | Muka Surat: 178 m/s. (Soft cover)
Ini adalah edisi terjemahan kitab Shahih Al-Ahaadits Al-Qudsiyyah yang menghimpun hadis-hadis qudsi yang sahih. Hadis-hadis tersebut dikemukakan dengan menyebut sanad dari sahabat, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersaba, dan langsung matan (atau teks) hadisnya. Di dalamnya menghimpunkan sekitar 160 lebih hadis-hadis yang mengandungi makna-makna penting yang seharusnya diketahui oleh umat Islam.
Padanya, penyusun menjelaskan hukum setiap hadis-hadis di dalamnya dengan statusnya sama ada sahin atau pun hasan. Penulis juga turut menjelaskan makna bagi sebahagian kalimat-kalimat tertentu.
Secara ringkasnya, hadis Qudsi adalah hadis yang diriwayatkan oleh Nabi ﷺ dari Rabb-nya, iaitu dengan merujuk kepada salah satu Nama Allah Subhanahu wa Ta’ala, Al-Quddus (yang Maha Suci).
Dan hadis qudsi berbeza dengan Al-Qur’an berdasarkan beberapa aspek. Antaranya, Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi melalui perantaraan Jibril ‘alaihis Salam, sedangkan hadis Qudsi adakalanya diterima Nabi melalui Jibril, melalui ilham, atau selainnya.
Al-Qur’an diriwayatkan secara mutawatir, sedangkan hadis qudsi tidak semestinya demikian.
Al-Qur’an dibaca dalam solat, sedangkan hadis qudsi tidak. Dan beberapa perbezaan yang lainnya.
Membaca Al-Qur’an walaupun belum mampu difahami akan beroleh pahala. Berbeza dengan hadis.