Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sejarah Lengkap Kehidupan Ummul Mu'minin Aisyah radhiyallahu 'anha

Sejarah Lengkap Kehidupan Ummul Mu'minin Aisyah radhiyallahu 'anha
Terbitan: Qisthi Press
Product Code: Qisthi Press
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.1 x 2.1

ISBN: 9789791303071
Availability: Out Of Stock
Price: RM55.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sejarah Lengkap Kehidupan Ummul Mu’minin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha | Judul Asal (‘Arab): Sirah ‘Aisyah Ummil Mu’miniin | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Sulaiman An-Nadwi rahimahullah (Wafat: 1373H) | Tahqiq/Takhrij: Muhammad Rahmatullah An-Nadwi | Semakkan: Pihak penerbit/penterjemah | Penterjemah: Iman Firdaus | Penerbit: Qisthi Press | Berat: 1kg| Muka Surat: 341m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.5cm (tinggi) x 16.1cm (lebar) x 2.1cm (tebal) | ISBN: 978-979-1303-07-1 |


Buku ini adalah karya Sayyid Sulaiman An-Nadwi, seorang tokoh ilmuan Universiti Nadwah Al-Ulama, bersama Syaikh Abu Al-Hasan Ali An-Nadwi. Buku ini sangat istimewa kerana memuatkan analisis dan kajian sejarah yang menyeluruh terkait kehidupan ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, seorang isteri Rasulullah, Ummahatul Mukminin, sumber ilmu (hadis) yang sangat penting setelah kewafatan Rasulullah, dan teladan bagi para wanita keseluruhannya.

Para sahabat juga banyak mengambil ilmu daripada ‘Aisyah dalam pelbagai masalah yang umum mahupun yang khusus; (semisal) periwayatan hadis, hukam-hakam agama, keteladanan, adab, khasnya terkait fiqh wanita dan kekeluargaan. Beliau merupakan antara tokoh ilmuan di kalangan sahabat, kerana merupakan antara orang yang paling rapat dan dekat dengan Rasulullah, sekaligus orang yang paling mengerti dan mengetahui tentang Rasulullah serta hadis-hadisnya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau adalah isteri, pendamping dan pembantu kepada hampir segenap kehidupan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sehingga ke akhir hayatnya.

‘Aisyah dikenal sebagai tokoh yang sangat berhati-hati dalam mengemukakan pendapat dan menyampaikan hadis-hadis serta fatwa. Beliau antara barisan tokoh dari kalangan sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam selepas Abu Hurairah, ‘Abdullah bin ‘Umar dan Anas bin Malik (radhiyallahu ‘anhum), iaitu sekitar 2210 hadis.

Penulis buku ini telah mengangkat banyak topik penting terkait sirah kehidupan ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha; Biografi, zaman kanak-kanak beliau, kedudukan beliau di sisi Nabi, pernikahan beliau dengan Nabi, karektor dan keperibadian beliau, keilmuan beliau, sikap beliau dalam poligami dan terhadap isteri-isteri Nabi yang lain, kecintaan beliau terhadap Allah dan Rasul, kisah fitnah yang mengaitkan beliau, pelbagai peristiwa besar yang mengaitkan beliau, kisah beliau terkait perang Jamal, jasa-jasa serta sumbangan beliau dalam dunia Islam dan ilmu, fatwa-fatwa dan ijtihad beliau, serta banyak lagi.

Banyak buku yang membahaskan tentang sirah dan biografi para Ummahatul Mu’minin umumnya, namun buku yang secara khusus membahas dan mengangkat sirah khusus terkait ‘Aisyah tidaklah banyak, dan buku ini merupakan salah satunya serta memiliki keistimewaan tersendiri dari beberapa sisi.

Semoga buku ini menjadi bahan bacaan dan kajian yang bermanfaat dalam mengangkat salah seorang tokoh penting dalam sejarah keilmuan Islam dan kehidupan seorang Rasul Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net