Judul: Syi’ah Merajalela di Tengah Ahlus-Sunnah | Judul ‘Arab: Baina Asy-Syi’ah wa Ahlus Sunnah | Penulis: Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Dzahir rahimahullah | Penerbit: Darul Falah | Berat: 240g | Muka Surat: 224 m/s. (Soft Cover). [Disediakan oleh krew Atsar ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Buku ini termasuk sumbangan besar penulis dalam usaha membongkar dan membanteras firqah-firqah sesat khasnya kaum Syi’ah Rafidhah. Penulis termasuk tokoh masa kini yang aktif dalam usaha memerangi Syi’ah dengan hujah, sama ada dalam bentuk ceramah mahupun tulisan.
Tulisan-tulisan beliau berkaitan Syi’ah banyak sekali, dan yang ada di hadapan kita ini adalah salah satu darinya dengan judul asal (berbahasa ‘arab), “Baina Asy-Syi’ah wa Ahlus Sunnah”.
Penulis (Syaikh Dr. Ihsan Ilahi Dzahir) menegaskan di mukaddimah bukunya ini:
“Di buku ini saya tegaskan bahawa Syi’ah adalah boneka Yahudi, yang dendam dan dengki terhadap kaum muslimin, terutamanya terhadap para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, yang merupakan pembela agama ini, dan terhadap orang-orang yang meniti jalan mereka (sahabat Rasulullah) dengan baik.
Saya juga menjelaskan (mendedahkan) hakikat ‘aqidah Syi’ah tentang Al-Qur’an, prinsip mereka terhadap Islam, dan terhadap risalah Allah Ta’ala yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, yang benar dan dibenarkan.
Ya, itu semua saya jelaskan dengan jelas dan terang, berpandukan kepada rujukan, perincian-perincian, dan tidak ada yang mendahului saya dalam hal ini berkat kurnia Allah Ta’ala.
Di buku ini, saya juga menjelaskan bahawa kebohongan dengan nama taqiyyah adalah slogan (dan aqidah) seluruh orang-orang Syi’ah. Mereka menganggap kedustaan sebagai amalan yang paling baik dan termasuk ibadah yang paling agung kepada Allah.
Juga turut dimuatkan perbahasan yang lainnya, semisal perbahasan (pendedahan) i’tiqad sebenar Syi’ah terhadap Allah Ta’ala, tentang Rasulullah, tentang sahabat-sahabat Nabi, dan sikap mereka terhadap isteri-isteri Nabi yang merupakan ummahatul mu’miniin.
Juga turut didedahkan adalah i’tiqad mereka akan kema’shuman para imam-imam mereka, sikap mereka terhadap imam-imam mereka, dan latar belakang konflik antara mereka dengan ahlus sunnah.
Buku ini saya anggap (secara dasarnya) telah mencukupi bagi bagi mereka yang ingin tahu tentang hakikat Syi’ah dan bagaimana halnya aqidah mereka yang sebenar. Bahkan sudah cukup menjadi rujukan dan hujah atas kelompok Syi’ah.
Di buku ini, saya telah membiasakan tidak menyebutkan sesuatu tentang mereka (Syi’ah) melainkan dari buku-buku rujukan mereka sendiri dan berdasarkan perkataan-perkataan mereka sendiri, seraya menyebutkan nama bukunya, jilid, halaman, dan penerbitnya dengan daya dan bantuan Allah Ta’ala.
Jika saya menyebutkan atau mengatakan salah satu buku rujukan Syi’ah, maka buku tersebut termasuk buku rujukan utama di kalangan mereka.” (Demikian ringkasan dan nukilan sebahagian perkataan penulis di mukaddimah bukunya ini)
Salah sebuah kisah tragis berkenaan penulis buku ini, beliau telah meninggal dunia kesan cedera parah akibat dibom oleh puak syi’ah ketika sedang memberikan kuliah/ceramahnya di Pakistan di hadapan ribuan manusia. Ini adalah disebabkan kebencian syi’ah yang meluap-luap terhadap beliau akibat pembongkaran demi pembongkaran yang dilakukan oleh penulis terhadap syi’ah. [Disediakan oleh krew Atsar ent., www.atsar.ilmusunnah.com]