Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

DVD Penjelasan Aqidah Islam Dari Kitab Syarhus Sunnah Imam Al-Muzani

DVD Penjelasan Aqidah Islam Dari Kitab Syarhus Sunnah Imam Al-Muzani
DVD Penjelasan Aqidah Islam Dari Kitab Syarhus Sunnah Imam Al-Muzani
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah (Makassar)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.7 x 15.7 x 1

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM40.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: DVD Audio Penjelasan Aqidah Islam Dari Kitab Syarhus Sunnah Imam Al-Muzani | Kitab Dibahas: Kitab Syarhus Sunnah | Penulis (Matan Aqidah): Imam Al-Muzani rahimahullah (Wafat: 264H) | Syarah dan terjemahan oleh: Ustaz Dzulqarnain M. Sunusi hafidzahullah | Penerbit: Pustaka As-Sunnah (Makassar) | Berat: 300g | Muka Surat: DVD Audio MP3 (Syarah). [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]


Kitab Syarhus Sunnah ini adalah huraian atau kesimpulan-kesimpulan penting terhadap prinsip-prinsip ‘aqidah ahlus sunnah wal-jama’ah dan i’tiqad para ulama salaf (terdahulu) yang mereka warisi dari masa ke masa yang bermuara dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Kitab ini ditulis oleh seorang imam besar ahlus sunnah wal-jama’ah; iaitu Abu Ibrahim Ismail bin Yahya Al-Muzani Al-Mishri rahimahullah (lahir: 175H, wafat: 264H). Beliau adalah salah seorang anak murid Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) yang paling senior (utama). Bahkan beliau turut disebut sebagai penerus kepada mazhabnya Imam Asy-Syafi’i.

Imam Asy-Syafi’i rahimahullah pernah mengatakan:

الْمُزَنِى نَاصِرُ مَذْهَبِى

“Al-Muzani adalah penolong (pembela) mazhabku.” (Adz-Dzahabi, Siyar A’lam An-Nubalaa’, 12/493)

Bahkan Imam Asy-Syafi’i-lah yang menyarankan dan mendorong Imam Al-Muzani agar menekuni ilmu fiqh. Suatu hari Imam Asy-Syafi’i berkata kepada Al-Muzani:

فَهَلْ لَكَ فِى عِلْمٍ إِنْ أَصَبْتَ فِيْهِ أُجِرْتَ وَإِنْ أَخْطَأْتَ لَمْ تَأْثَمْ قلت: وما هو؟ قال: الفقه. فلزَمْه، فتعلمت منه الفقه، ودرست عليه.

“Bukankah sebaiknya engkau pelajari ilmu yang jika engkau benar maka engkau mendapat pahala, dan jika engkau salah (dalam berijtihad) maka engkau tidak berdosa?”

Al-Muzani bertanya, “Ilmu apa itu?” Asy-Syafi’i menjawab, “Ilmu fiqh.” Sejak saat itu, Al-Muzani pun melazimi Asy-Syafi’i (berguru dengannya), belajar fiqh secara komited kepada Imam Asy-Syafi’i.” (Tajuddin As-Subki, Thabaqat Asy-Syafi’iyyah Al-Kubra, 2/98)

Imam Ibnu ‘Abdil Bar rahimahullah (Wafat: 463H) mengatakan:

“Al-Muzani adalah sahabat Imam Asy-Syafi’i yang paling berilmu, kecerdasan dan pemahamannya sangat teliti, kitab-kitab dan ringkasan-ringkasan karyanya tersebar di seluruh penjuru bumi sama ada di timur mahupun barat. Beliau adalah seorang yang bertaqwa, wara’, dan beragama. Sangat penyabar dalam berdepan keadaan yang sedikit dan kekurangan.”

Demikian sedikit tentang beliau. Kedudukan Al-Muzani di kalangan ulama dengan keilmuannya, keutamaannya, ibadahnya, wara’ dan zuhudnya, semua itu termasuk perkara yang dimaklumi dan makruf.

Asal perkara dan peristiwa yang melatar-belakangi penulisan kitab Syarhus Sunnah karya Imam Al-Muzani ini adalah seperti berikut serba ringkasanya:

“Sekelompok orang berkumpul dan memperkatakan tentang para ulama ahlus sunnah di antaranya Imam Malik, Asy-Syafi’i, Sufyan Ats-Tsauri, dan yang lain-lainnya sehingga kemudian menyentuh tentang Al-Muzani.

Salah seorang dari mereka menyangkal bahawa Al-Muzani adalah termasuk Ulama dari kalangan ahlus sunnah. Ini kerana (menurut si penyangkal), Al-Muzani memiliki pemahaman yang menyimpang tentang taqdir dan bahawasanya Al-Muzani suka berdebat dengan menggunakan qiyas. Maka salah seorang yang hadir di majlis tersebut kemudian mengirim surat kepada Imam Al-Muzani agar dituliskan tentang aqidahnya. Al-Muzani kemudian membalas surat tersebut bersama dengan risalah Syarhus Sunnah ini.”

Kehadiran kitab ini sangatlah penting bagi kaum muslimin dan muslimat, terkhusus untuk kita yang berada pada suatu masa tatkala pelbagai kerancuan (syubhat dan kesamaran) pemikiran membadai di sana sini. Di mana kita menyaksikan pelbagai ucapan, perbuatan, dan ritual-ritual yang tidak bersumber dari Al-Qur’an dan As-Sunnah.

InsyaAllah dengan kehadiran huraian bagi kitab ini, ia akan membantu dalam memberi penerangan dan penjelasan kepada seluruh lapisan umat Islam yang masih mementingkan kemurniaan aqidah dan keimanannya, adakah sama sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang kemudiannya dianut oleh para sahabat dan pengikut para sahabat ridhwanullaahu ‘alaihim ajma’ain.

Syarah bagi kitab ini dihadirkan dalam bentuk rakaman audio DVD (MP3 syarahan, huraian, dan rincian daripada Ust. Dzulqarnain hafidzahullah). Disertakan sama pdf kitab ‘Arab matan (teks) Syarhus Sunnah dan syarahnya oleh Syaikh Ahmad Yahya An-Najmi dan Tahqiq Syaikh Jamal ‘Azzun. Agar di samping mengikuti perbahasannya, mendengar huraiannya, dapat pula kita menyemak langsung ke edisi asal berbahasa ‘Arab, insyaAllah.

Maka, sama-sama-lah kita semak, tela’ah, dan dengarkan huraian, syarahan, serta rincian-rinciannya. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Biografi Pensyarah atau Pembentang Secara Ringkas

Beliau adalah Dzulqarnain bin Muhammad Sunusi, lahir di Makassar pada 17 Sya’ban 1396 H (12 Ogos 1976M). Setelah mula menuntut ilmu agama di pulau Jawa pada 1994, pada 1995 beliau meneruskan pelajaran di pelbagai bidang ilmu syari’at kepada ulama hadis terkemuka, iaitu Syaikh Muqbil bin Haadi Al-Wadi’iy rahimahullaah di Ma’had Dar Al-Hadits (Yaman), sampailah ke pertengahan tahun 1999 lalu menghafal Al-Qur’an 30 juz di sana.

Kemudian pada tahun 2004, beliau talaqqi pula kepada sejumlah ulama besar ‘Arab Saudi, di antaranya Syaikh Soleh bin Fauzaan Al-Fauzaan, Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmiy, Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz Al-‘Aqiil, Syaikh ‘Abdullah Al-Ghudayyaan, Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbaad, Syaikh Rabii’ bin Haadi Al-Madkhali, Syaikh Zaid bin Muhammad Al-Madkhali, Syaikh ‘Ubaid bin ‘Abdillah Al-Jaabiriy, Syaikh ‘Abdul Karim Al-Khudhair, serta beberapa ulama lainnya, semoga Allah merahmati dan menjaga mereka.

Selain mengkhatamkan Al-Qur’an sebanyak dua kali dari hafalan dengan membaca riwayat Hafsh dari ‘Aashim melalui jalan Asy-Syaathibiyyah dan Thayyibah An-Nasyr dari dua ahli Qira’ah; di Saudi beliau juga lebih menekuni dan mendalami pelbagai cabang ilmu agama kepada ulama-ulama tersebut dan mengambil sanad-sanad periwayatan kitab-kitab Salaf. Beliau juga sempat menghadiri beberapa majlis Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz dan Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahumaallaah pada musim haji tahun 1998. Dikhabarkan beliau turut menghafal kitab-kitab matan penting dalam bidang ilmu dan juga menghafal kitab Shahih Muslim.

Saat ini, kebanyakan aktiviti beliau adalah mengajar dan berdakwah di jalan Allah, di Ma’had As-Sunnah (Makassar), pelbagai daerah di Indonesia, dan beberapa tempat di luar negeri. Beliau juga turut aktif menulis dan menerjemahkan buku-buku dan artikel serta menjawab pertanyaan di beberapa media cetak dan beberapa website.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net