Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Keindahan Islam dan Perusaknya

Keindahan Islam dan Perusaknya
Terbitan: Pustaka Al-Bashirah
Product Code: Pustaka Al-Bashirah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 9.5 x 13.6 x 0.8

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM14.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Keindahan Islam dan Perusaknya | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Yahya Badrusalam | Penerbit: Pustaka Al-Bashirah | Berat: 0.25kg | Muka Surat: 146 m/s. (Soft cover)


Islam adalah agama yang indah, agama penuh keadilan, penuh kemuliaan, dan penuh dengan kasih-sayang lagi penuh kemudahan. Perhatikanlah Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ النَّاسَ شَيْئًا وَلَكِنَّ النَّاسَ أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikitpun.” (Surah Yunus, 10: 44)

Allah Ta’ala juga berfirman:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

“Dan Dia tidak menjadikan kesukaran untuk-mu dalam agama.” (Surah Al-Hajj, 22: 78)

Yang Allah inginkan ke atas para hamba-Nya adalah kebahagiaan, keselamatan dalam agama, keselamatan dunia dan akhiratnya. Ini adalah kerana sifat kasih-sayang Allah kepada hamba-Nya melebihi kasih-sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Maka Allah mengutus kepada kita seorang Rasul yang mempunyai sifat kasih dan sayang kepada umatnya agar menyerukan ke jalan yang benar, iaitu jalan membawa kepada kebahagian dunia dan akhirat.

Namun amat disayangkan adalah sebahagian dari citra Islam hari ini dicemari oleh sikap sebahagian umat Islam sendiri. Natijahnya, Islam tergambar sebagai agama yang tidak punya sikap kasih-sayang, dilihat sebagai agama yang keras dan ekstream. Apa puncanya, dan apa pula solusinya? Bagaimanakah hakikat Islam itu sebenarnya?

Sama-sama kita telusuri buku ringkas ini agar mendapat gambaran awal hakikat Islam yang sesungguhnya sekaligus menepis sebahagian asas syubhat-syubhat yang dituduhkan terhadap Islam.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net