Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Cara Mudah Belajar Islam (Khas Untuk Pemula)

Cara Mudah Belajar Islam (Khas Untuk Pemula)
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.6 x 15.5 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Cara Mudah Belajar Islam | Judul Asal (‘Arab): Al-Islaam Muyassar ilaa Fityaanil Islaam | Penulis: ‘Ali Hasan Al-Halabi| Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: - | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Penterjemah: Rohidin Wahid | Berat: 302gram | Muka Surat: 203 m/s. (Soft cover)


Wahai para pemuda Islam yang tercinta!

Buku yang ada di tangan Anda ini merupakan karya pendidikan yang sarat dengan muatan bermanfaat. Buku ini akan membimbing pembaca untuk mengenal agama yang anda peluk sejak kecil dan anda pelajari hukum-hukumnya, iaitu agama Islam.

Melalui buku ini, anda akan dapat mempelajari kewajiban yang Allah bebankan kepada Anda, mengenal biografi dan sunnah Nabi kita yang mulia, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam; serta mempelajari pelbagai perkara yang berkaitan dengan itu semua, sama ada dalam permasalahan akidah, mu’amalah, ibadah, maupun akhlak.

Buku ini dikemas dengan kemasan ilmu serta gaya bahasa yang jelas, sehingga para pembaca pun dapat memahami maksudnya dengan mudah, tanpa memerlukan bantuan keluarga dan kerabat, kecuali mungkin dalam beberapa perbahasan tertentu.

Buku Cara Mudah Belajar Islam ini menyajikan kaedah memahami dan mengenal Islam secara ringkas dan mudah tetapi lengkap dan menyeluruh. Penulisnya menjamin bahawa para pembaca tidak memerlukan bimbingan guru untuk memahami perkara-perkara yang asas ini melainkan pada beberapa poin yang kompleks.

Sekalipun ringkas, buku ini mencakup seluruh tema dasar ajaran islam sama ada yang berkaitan masalah aqidah, ibadah, mu’amalah, akhlak, mahupun aspek utama lainnya. Nilai tambah yang turut disertakannya pada buku ini adalah landasan dalil yang kuat pada setiap tema perbahasan, iaitu berupa ayat-ayat Al-Qur’an dan sunnah-sunnah Nabi yang sahih, sehingga kesimpulan hukumnya dapat dipertanggungjawabkan.

Semoga buku ini turut berperanan membantu mengajarkan Islam kepada kaum muslimin, di mana pun mereka berada, dengan bekal ilmu yang bermanfaat di dalamnya, sama ada di dunia kini mahupun di akhirat kelak.

Selawat dan salam semoga terlimpah bagi teladan abadi umat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, juga kepada orang-orang yang setia menemani dan berdakwah bersama beliau; keluarga dan para Sahabat beliau, serta siapa saja setelah mereka yang tegar dan istiqamah dalam membela agama-Nya; para ulama Salafush Shalih, serta mereka yang berpegang pada manhaj (cara agama) yang serupa.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net