Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kisah Orang-orang Cerdas, Terjemahan Kitab Al-Adzkiya oleh Ibnul Jauzi

Kisah Orang-orang Cerdas, Terjemahan Kitab Al-Adzkiya oleh Ibnul Jauzi
Terbitan: Buana Ilmu Islami
Product Code: Buana Ilmu Islami (14/5)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.1 x 16.1 x 3.2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM78.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kisah Orang-orang Cerdas, Terjemahan Kitab Al-Adzkiya oleh Ibnul Jauzi | Judul Asal (‘Arab): Al-Adzkiyaa’ | Penulis: Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) | Penerbit: Buana Ilmu Islami | Berat: 1.1kg | Muka Surat: 599 m/s.


Sesungguhnya di antara pemeberian yang paling mulia adalah pemberian akal fikiran. Kerana ia adalah alat untuk memperolehi pengetahuan tentang Allah. Pelbagai kemaslahatan dapat dicapai, pelbagai akibat dapat dianalisis, perkara-perkara yang samar dapat dirungkai, dan banyak keutamaan dapat dihimpunkan.

Mengingat keadaan orang-orang yang berakal itu beraneka ragam dalam hal kecerdasan mereka dan berbeza-beza pula dalam hal pencapaian penelitian dan ilmu-ilmu yang dikuasai, maka penulis pun menyusun sebuah tulisan yang merangkum kisah orang-orang cerdas, yang tinggi kepintarannya, dan tajam kebijaksanaannya kerana akal fikirannya yang menakjubkan. Tulisan ini memiliki tiga tujuan (menurut penulis), iaitu:

1, Mengenal sejauh mana kapasiti mereka dengan memaparkan tentang keadaan mereka.

2, Membuka pintu para pendengar bila pada mereka ditemui potensi untuk mendapatkan kedudukan tersebut. Telah terbukti bahawa melihat orang-orang yang cerdas dan bergaul dengan mereka akan memberikan manfaat kepada orang yang memiliki akal fikiran. Sedang mendengar kisah-kisah mereka kedudukannya seperti melihat mereka, sebagaimana yang dikatakan oleh Ar-Ridha:

luputlah dariku saat-saat untuk melihat negeri-negeri dengan kedua mataku...

Semoga aku dapat memahami negeri-negeri itu dengan pendengaranku.”

Sejumlah guru Imam Ibnul Jauzi mengkhabarkan kepadanya dengan mengatakan, Mudhar din Muhammad telah mengkhabarkan kepada kami, Aku pernah mendengar Yahya bin Ak-tsam berkata, Aku pernah mendegar Al-Ma’mun berkata kepada Ibrahim:

Tidak ada sesuatu pun yang lebih baik berbanding mengkaji pemikiran orang-orang besar.”

3, Sebagai pendidikan dan pengajaran bagi orang yang ‘ujub dengan pemikirannya sendiri, iaitu dengan menyemak kisah-kisah orang yang lebih tinggi kedudukannya dan sukar untuk dicapai oleh orang-orang sepertinya. Wallahul muwaffiq.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net