Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Biografi 60 Ulama Ahlus Sunnah

Biografi 60 Ulama Ahlus Sunnah
Biografi 60 Ulama Ahlus Sunnah Biografi 60 Ulama Ahlus Sunnah Biografi 60 Ulama Ahlus Sunnah Biografi 60 Ulama Ahlus Sunnah Biografi 60 Ulama Ahlus Sunnah Biografi 60 Ulama Ahlus Sunnah Biografi 60 Ulama Ahlus Sunnah
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.8 x 16.5 x 5.4

ISBN: 9789791254656
Availability: In Stock
Price: RM90.00 RM81.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Biografi 60 Ulama AhlusSunnah | Judul Asal (‘Arab): Min A’lamis Salaf | Penulis/Penyusun: Syaikh Dr. Ahmad Farid | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Ahmad Syaikhu | Penerbit: Darul Haq | Berat: 1.57kg | Muka Surat: 956m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.8cm (tinggi) x 16.5cm (lebar) x 5.6cm (tebal) | ISBN: 978-979-125465-6 |


Kita mungkin biasa atau terbiasa mendengar nama-nama seumpama Albert Einstain, Isaac Newton, Charles Darwin, Alexander Graham Bel, Corpernicus, atau Edward de Borno, atau mungkin juga Steven Covay. Ini semua termasuk tokoh-tokoh kuffar yang banyak diidolakan dan dijadikan pedoman oleh sebahagian kaum Muslimin di pelbagai tempat.

Bahkan tidak kurang ramainya dari kaum Muslimin yang bibirnya begitu kerap sekali men-dzikirkan nama-nama seumpama Maradona, Ronaldo, Shumacher, Tiger Wood, dan semisalnya dari kalangan tokoh-tokoh sukan kaum kuffar. Mengkagumi atau mengenal peribadi di balik nama-nama ini semuanya tidak menambahkan iman sedikit pun bahkan sebaliknya merosakkan prinsip-prinsip aqidah kaum Muslimin. Hal seperti ini termasuk amalan membuang-buang umur. Banyak waktu terbuang mengingati dan mengenal nama-nama seumpama ini dari kalangan tokoh-tokoh kuffar, tokoh-tokoh ahli maksiat dari kalangan artis dan seumpamanya.

Namun, sedarkah kita bahawa umat Islam memiliki tokoh-tokoh pembela agama yang jauh lebih hebat, genius, wara’, peka, dan gah meninggalkan tokoh-tokoh kaum kuffar tersebut. Cuma sayangnya, kebanyakan kaum Muslimin tidak menyedari hal ini. Mereka lebih terkhayal dan leka dengan tipu-daya kaum kuffar. Mereka disogokkan dengan tokoh-tokoh hiburan yang melekakan mereka dari ilmu-ilmu bermanfaat berupa Al-Qur’an dan Al-Hadis serta para pembawanya. Ramai yang tertipu sehingga memuliakan para artis, sehingga dalam tak sedar telah memiggirkan para ulama yang haq di segenap kehidupan mereka. Sekaligus menjadi tanda terpinggirnya agama dari lubuk hati mereka.

Dengan hasil tipu-daya kaum kuffar tersebut, umat Islam begitu ramai yang terlalaikan dari ilmu tauhid, ilmu hadis, ilmu tafsir, dan pelbagai ilmu-ilmu lainnya yang sepatutnya akan menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat. Mereka lebih seronok dengan hiburan dan menghafal nama-nama serta biografi tokoh-tokoh kafir yang hanya akan membawa mereka keluar dari wilayah cahaya Islam, lalu menjerumuskan mereka ke lembah kegelapan yang menyesatkan.

Wahai kaum Muslimin dari kalangan anak-anak, para pemuda, para penuntut ilmu, para belia, dan yang punya nama di kalangan masyarakat. Kenalkah kalian dengan nama-nama seumpama Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) yang menguasai jutaan hadis-hadis Rasulullah? Yang mampu menghafal hadis-hadis Nabi yang mulia berserta sanad-sanad periwayatannya dengan hanya sekali dengar? Yang pernah diuji dengan 100 matan dan sanad hadis, sekaligus mampu menghafazkannya (dengan sekali dengar) yang justeru berupaya memperbetulkan kesalahan yang terdapat di dalamnya? Seorang tokoh ulama hadis yang setiap umat Islam tidak dapat lari dari merujuk kepadanya. Pemilik kitab paling sahih selepas Al-Qur’an Al-Kariim! Seorang tokoh genius dari kalangan para genius kaum muslimin!

Kenalkah kalian pemilik kitab tersohor Hadis Al-Arba’in, yang telah dibahas dan disyarah oleh sekian ramai ulama dari kalangan silam dan kontemporari. Yang telah membukukan hadis-hadis jawami’ul kalim. Iaitu Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H). Sungguh beliau ini telah “bernikah” dengan kitab-kitab dan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Menghabiskan segenap usianya demi ilmu dan membela agama. Usianya sesingkat 45 tahun, namun hasil karyanya menimbun berjilid-jilid tebal, memberi manfaat kepada seluruh umat Islam baik yang silam mahupun yang kontemporari dan akan datang, yang di timur mahupun di barat! Siapa yang tidak mengenal karya-karya hebat beliau seumpama Riyadhus Shalihin, Al-Arba’un An-Nawawiyah, Al-Adzkar, Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab, Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, dan banyak lagi yang lainnya. Ini semua menggambarkan betapa dalamnya ilmu yang beliau miliki sehingga boleh dikatakan bahawa tidak seorang pun ulama di generasi sesudahnya yang tidak menuai manfaat dari karya-karyanya.

Demikian juga dengan tokoh seumpama ‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz rahimahullah (Wafat: 101H). Melihatkan tempoh umurnya ternyata tidaklah terlalu panjang. Beliau dianugerahi usia hidup selama 39 tahun 6 bulan, tetapi prestasi dunia dan keagamaannya jauh lebih besar berbanding umurnya yang pendek. Beliau diberi izin oleh Allah memegang tampuk pemerintahan sekitar 4 tahun. Namun hasilnya begitu meng-kagumkan. Beliau memenuhi jajahan tadbirnya dengan ilmu, keamanan, kesejahteraan, dan kemewahan. Beliau seorang ulama besar, rujukan, dan ikutan, dalam masa sama beliau merupakan seorang khalifah di masanya!

Dari itu, sudahkah kita termasuk orang-orang yang mengambil manfaat daripada mereka? Atau mensia-siakan ia berlalu saja? Ketahuilah bahawa ilmu yang menyelamatkan kehidupan dunia dan akhirat itu tidak akan diperolehi di padang-padang bola, tidak akan boleh diambil di pentas-pentas konsert, tidak juga melalui buku-buku ahli falsafah.

Ilmu itu diambil dari sumbernya. Dari orang-orang yang terpercaya.

Seorang tabi’in besar, Al-Imam Muhammad bin Sirin rahimahullah (Wafat: 110H) berkata:

إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِينٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ

“Sesungguhnya ilmu itu adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Rujuk Mukaddimah Shahih Muslim, 1/14)

Maka, sekali lagi... Kenalkah kita dengan nama-nama seperti Said Ibnul Musayyib, Urwah bin Az-Zubair, Sa’id bin Jubair, Al-Hasan Al-Bashri, Ibnu Syihab Az-Zuhri, Sufyan Ats-Tsauriy, atau selainnya seperti Abu Hanifah, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris Asy-Syafii, Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Ma’in, Muhammad bin Isma’il Al-Bukhari, Muslim bin Hajjaj, Abu Hatim Ar-Raziy, atau selainnya lagi yang lebih kemudian seperti Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Taimiyyah, Ibnul Qayyim, dan Ibnu Hajar Al-‘Asqalani? Semoga Allah merahmati mereka semuanya.

Merekalah di antara nama-nama besar dalam dunia kesarjanaan Islam. Para ulama pembela agama, tokoh-tokoh terpercaya, pejuang sunnah, pengemban ilmu. Mereka-lah ulama yang mewarisi ilmu daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Menghafal ratusan ribu, malah mencecah jutaan hadis. Memiliki kefaqihan menguasai fiqh hadis. Termasuk ulama yang mempertahan aqidah ahlus sunnah wal-jama’ah dari pelbagai noda kesesatan. Dari jasa-jasa mereka orang terkemudian memahami agama termasuk kita pada hari ini. Dari jasa-jasa mereka kita mendengar hadis-hadis Nabi yang mulia.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلاَ دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahu pun dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Maka, sesiapa yang mengambil ilmu tersebut, benar-benar dia telah mendapat bahagian yang sangat besar.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, no. 3641. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Berkata Al-Imam Ibnu Hibban rahimahullah (Wafat: 354H):

في هذا الحديث بيان واضح أن العلماء الذين لهم الفضل الذي ذكرنا هم الذين يعلمون علم النبي صلى الله عليه وسلم دون غيره من سائر العلوم ألا تراه يقول: "العلماء ورثة الأنبياء" والأنبياء لم يورثوا إلا العلم وعلم نبينا صلى الله عليه وسلم سنته فمن تعرى عن معرفتها لم يكن من ورثة الأنبياء

“Dalam hadis ini terdapat penjelasan yang sangat jelas bahawa ulama yang memiliki keutamaan yang kami ulas adalah mereka yang mengajarkan ilmu Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam sahaja, bukan yang mengajarkan ilmu-ilmu lain. Bukankah Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda, “Ulama adalah pewaris para nabi” dan para nabi tidak mewariskan apa pun melainkan ilmu dan ilmu Nabi kita Shallallahu alaihi wa Sallam adalah sunnahnya. Sesiapa pun yang tidak mengetahui sunnah, maka bukanlah pewaris para nabi.” (Shahih Ibnu Hibban, 1/291, tahqiq Syuaib al-Arnauth)

Fahamilah bahawa benar-benar ilmu itu hanya dibawa oleh orang-orang yang terpercaya sebagaimana hadis berikut:

يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين وتأويل الجاهلين

“Ilmu agama ini akan terus dibawa oleh orang-orang yangg adil (terpercaya dan berkredibiliti) dari generasi ke generasi, yang sentiasa berjuang membersihkan agama dari penyelewengan orang-orang yang melampau, pendustaan orang-orang yang bathil, dan pentakwilan orang-orang yang jahil.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi, Ath-Thabrani, dan Ath-Thahawi. Al-Albani menyatakan, “Hadis ini masyhur tetapi diperselisihkan keabsahannya.” (Tahrim Alat Ath-Tharb, m/s. 69) Lihat juga: Misykah Al-Mashabih, 1/53, no. 248 dengan tahqiq Al-albani)

Dan merekalah orang-orangnya, iaitu ulama yang mendalam ilmunya, orang-orang terpercaya (tsiqah dan adl), dan orang-orang yang menyingkap kesamaran demi menerangi masyarakat. Dan tidaklah dinamakan ulama itu melainkan dari kalangan mereka yang benar-benar takutkan Allah, iaitu mereka yang benar-benar mengenal Allah dengan ilmu.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Sesungguhnya dari kalangan hamba Allah yang paling takut (tunduk) kepada-Nya adalah para ulama (orang-orang yang berilmu).” (Surah Fathir, 35: 28)

Juga firman-Nya (bermaksud):

“Katakanlah, “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”.” (Surah Az-Zumar, 39: 9)

Dari ayat di atas, Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma menyatakan:

العالم بالرحمن مَنْ لم يشرك به شيئا، وأحل حلاله، وحرم حرامه، وحفظ وصيته، وأيقن أنه ملاقيه ومحاسب بعمله

“Syarat bagi seseorang untuk dikatakan sebagai ‘aalim (berilmu) tentang Allah yang Maha Pengasih di antara hamba-hamba-Nya adalah tidak mensyirikkan Allah, menghalalkan dan mengharamkan sebagaimana yang ditetapkan Allah, menjaga dan memelihara tuntutan dan kehendak Allah, meyakini bahawa Allah akan menemuinya dan menghisab amal perbuatannya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/544)

Ketahuilah, satu hal di antara sekian banyak perkara yang menjadikan kita merasa bangga dan bahagia menjadi muslim adalah kerana kita memiliki sejarah gemilang di masa lalu yang diwarnai oleh orang-orang soleh dari kalangan para ulama. Mereka hadir dalam lipatan sejarah sebagai para tokoh yang sukar dicari tandingannya pada hari ini, di mana mencintai mereka sama ertinya dengan mencintai kebaikan, kebenaran, dan bahkan termasuk sebahagian dari maksud mencintai Allah. Merekalah generasi terbaik sepanjang masa yang pernah dihadiahkan ke dalam hidup ini.

Merekalah orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Iaitu orang-orang yang berilmu dari kalangan para ulama. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“...nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Mujaadilah, 58: 11)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

إِنَّ اللهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا، وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ

“Sesungguhnya Allah mengangkat beberapa kaum dengan kitab ini (Al-Qur’an), dan Allah merendahkan beberapa kaum yang lain juga dengannya.” (Shahih Muslim, no. 817)

Demikianlah bagaimana Allah meninggikan kedudukan orang-orang yang meninggikan kalimat-Nya, iaitu orang-orang yang membela agamanya. Walaupun jasad-jasad para ulama itu pergi meninggalkan kita, namun namanya tetap hidup dan gah di hati-hati para ilmuan di setiap zaman. Karya-karyanya terus subur dituai manfaatnya.

Kenali-lah mereka, cintai-lah mereka, tuai-lah hasil-hasil ilmu yang mereka tinggalkan.

Sudah tentu-lah cinta dan kasih terhadap para ulama merupakan sebahagian dari kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya. Tidak-lah setiap orang mampu menghadirkan rasa cinta terhadap para ulama itu dengan sesungguhnya.

Oleh yang demikan, buku dengan judul “Biografi 60 ulama Ahlus Sunnah” ini menjadi begitu penting untuk dibaca dalam rangka menyemai dan menumbuhkan kecintaan kita kepada generasi yang Allah telah redha terhadap mereka dan merekapun telah redha kepada Allah, radhiyallahu anhum wa radhu ‘anhu. Memang mereka telah beranjak pergi menghadap Allah. Tetapi wasiat, pesan-pesan, hasil karya, dan jejak sejarah serta kisah-kisah hidup mereka masih tetap memenuhi ruang bumi sehingga ke hari ini.

Maka, tela’ah dan selamilah kisah-kisah mereka, ambillah pelajaran, ambillah teladan, tela’ah-lah biografi mereka, kenali-lah siapa mereka, selami-lah semangat mereka dalam menuntut ilmu, telusuri kekuatan ingatan mereka, daya ketelitian mereka, keilmuan mereka, keteguhan mereka dalam beragama, kehati-hatian mereka, sikap mereka terhadap ujian dan fitnah, karektor dan peribadi mereka, pujian para ulama terhadap mereka, wasiat-wasiatnya, berserta hasil-hasil karya tinggalan mereka. Semua ini dimuatkan oleh sebuah buku berharga penuh dengan kisah-kisah yang tertulis dengan tinta emas! Kisah penuh motivasi, semangat, dan teladan. Kenalilah mereka sang pembela agama yang melalui mereka, agama ini pun sampai kepada kita hari ini. Tak kenal, maka tak cinta!

Dan ketahui-lah bahawa kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

المَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ يَوْمَ القِيَامَةِ

“Di hari kiamat kelak, seseorang itu bersama siapa yang dia cintai.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3535. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Lalu, perhatikanlah... Siapa dari kalangan orang-orang yang kalian cintai?!

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net