Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Lau Kaana Khairan Lasabaquunaa Ilaihi

Lau Kaana Khairan Lasabaquunaa Ilaihi
Terbitan: Maktabah Mu'awiyah
Product Code: Maktabah Mu'awiyah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23 x 15 x 3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM42.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Lau Kaana Khairan Lasabaquunaa Ilaihi | Penulis: Abdul Hakim bin Amir Abdat | Penerbit: Maktabah Muawiyah B. Abi Sufyan | Berat: 0.65kg | Muka Surat: 248m/s.


Buku ini adalah di antara yang membicarakan berkaitan sebahagian dari KAEDAH-KAEDAH SYARA’ (AGAMA) yang masuk ke dalam persoalan MANHAJ (cara beragama) yang sangat luas dan dalam sekali, iaitu:

“Kalau seandainya perbuatan itu baik, tentulah para Sahabat telah mendahului kita dalam mengamalkannya...”

Peganglah kuat-kuat kaedah yang besar dan agung ini, sehingga engkau tidak akan mengerjakan sesuatu pun ibadah yang tidak pernah diyakini dan diamalkan oleh para sahabat Rasulullah.

Wajarlah kaedah yang besar ini dihafal oleh setiap muslim untuk menghancurkan pelbagai bentuk bid’ah yang orang sandarkan dan masukkan ke dalam agama Allah yang mulia ini, al-Islam. Seperti perkataan yang sering kita dengar ketika dikatakan kepada mereka dan dibawakan akan nash Al-Kitab dan As-Sunnah, dan perkataan para Ulama, bahawa keyakinan yang mereka yakini atau perbuatan yang mereka lakukan itu bid’ah, mereka menjawab dengan jawaban yang lebih lemah dari sarang labah-labah, iaitu:

“Bukankah peringatan maulid, isra’ mi’raj, nuzulul qur’an, atau tahun baru hijriyyah itu satu perbuatan yang sangat baik yang di dalamnya terdapat peringatan dan pelajaran?”

“Bukankah dzikir berjama’ah dan berlagu yang sekarang sedang berleluasa itu satu perbuatan yang sangat baik dalam rangka mengajak manusia untuk kembali berdzikir mengingati Allah?”

Maka jawablah wahai Ahlus Sunnah, dengan kaedah besar di atas yang patut ditulis dengan tinta emas! Katakan kepada mereka:

“Kalau seandainya perbuatan itu baik, tentulah para Sahabat telah lebih dahulu mengamalkannya.”

Kerana tidak ada satu pun amalan yang termasuk ke dalam sebahagian ibadah yang tidak diamalkan oleh para Sahabat radhiyallahu ‘anhum.

Tidak mungkin masih ada tatacara beribadah kepada Allah yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam terlupa untuk mengajarkannya kepada kita. Dan tidak mungkin ada tatacara beribadah kepada Allah yang para sahabat Nabi tidak sampaikan kepada kita.

Semak cara membuat belian dan pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net