Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Demonstrasi dan Keburukannya

Demonstrasi dan Keburukannya
Terbitan: BPPI
Product Code: BPPI
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23 x 15 x 6

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM5.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Demonstrasi dan Keburukannya | Penulis: Syaikh Muhammad at-Tamimi | Penerbit: Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan | Berat: 160g | Muka Surat: 90 m/s.


Akhir-akhir ini adegan dan slogan demonstrasi jalanan ke atas pemerintah dan untuk pelbagai isu-isu lainnya sering sekali dimainkan. Diberi nama pula sebagai sarana amar makruf nahi mungkar dan jihad. Maka, suara-suara kebencian dan protes ke atas pemerintah serta golongan yang didemonstrasi pun meluap-luap.
 
Sangat menyedihkan adalah apabila pelbagai aksi dan adegan demonstrasi ini kian menjadi fenomena masyarakat dalam negara kita.
 
Menurut Kamus Dewan, maksud demonstrasi dalam konteks ini merujuk kepada “Tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dll. (Termasuk di dalamnya membuat kacau). Berdemonstrasi maksudnya menunjuk perasaan (kerana memprotes) dll.” (Kamus Dewan, Edisi Keempat, m/s. 332 – Dewan Bahasa dan Pustaka)
 
Maksud ini adalah jelas dan tepat sekali. Tidak setiap perhimpunan orang ramai dinamakan sebagai demonstrasi. Tidak dinamakan demonstrasi bagi perhimpunan adik-adik di sekolah rendah atau menengah setiap pagi sebelum masuk ke kelas sebagai demonstrasi. Demikian juga tidak dikatakan orang-orang yang berasak-asak di pasar sebagai demonstrasi. Ini kerana demonstrasi di sini maksudnya adalah tunjuk perasaan sebagai tanda protes, bukannya perhimpunan biasa-biasa yang sekadar berhimpun.
 
Persoalannya, adakah demonstrasi merupakan salah satu sarana anjuran agama dalam menghadapi kesalahan dan keterlanjuran pemerintah? Adakah ia sebuah sarana dalam menyelesaikan permasalahan? Adakah ia wasilah menyuarakan ketidak-puasan hati? Adakah ia tempat yang diajarakan agama untuk melepaskan geram dan kebengangan? Apa hukum perlakuan demonstrasi di sisi agama? Apa keburukan di sebalik wajah palsu demonstrasi ini?
 
Dari mana ajaran demonstrasi ini muncul sebenarnya? Apakah Islam tidak cukup dijadikan sebagai petunjuk dan solusi dalam menghadapi pelbagai masalah sehingga sarana demonstrasi digunakan secara meluas pada hari ini? Keburukan demonstrasi pun bukan main lagi kesannya.
 
Tahukah anda bahawa ajaran demonstrasi ini datangnya dari ideologi Yahudi dan orang-orang fasiq? Ia menyelisihi sunnah nabi dalam berdakwah, memecah-belahkan perpaduan umat Islam, menimbulkan kekacauan dan ketakutan, menjadi faktor rosaknya harta benda awam, mengganggu jalan-jalan awam, membuka ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil kesempatan, menjadi medan membakar emosi dan menaikkan kemarahan yang hasilnya amat tercela sekali, mengganggu urusan orang awam, menyemarakkan perbalahan  bukan perpaduan, memperbesarkan permasalahan bukan menyelesaikannya, menyemarakkan provokasi dan kebencian bukan kasih-sayang, menggugat keamanan negara, mengganggu kestabilan pentadbiran, menyerupai syi'ar kaum khawarij, dan banyak lagi keburukan-keburukan demonstrasi yang lainnya yang jika tidak dibendung akan menimbulkan pelbagai bencana dan kerosakan baik kepada akhlak, masyarakat, pemikiran, agama, mahupun negara.
 
InsyaAllah, ini semua dikupas dalam tulisan ini dengan tuntas! Sekaligus menjelaskan bahawa demonstrasi bukanlah sarana kebaikan, sebaliknya ia adalah wasilah kepada bencana dan maraknya keburukkan.
 
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net