Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syaikh Al-Albani Dihujat, Risalah Pembelaan Atas Tuduhan dan Hujatan Terhadap Al-Albani

Syaikh Al-Albani Dihujat, Risalah Pembelaan Atas Tuduhan dan Hujatan Terhadap Al-Albani
Terbitan: Media Tabiyah
Product Code: Media Tarbiyah (7(3))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21.2 x 14.5 x 1.1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syaikh Al-Albani Dihujat, Risalah Pembelaan Atas Tuduhan dan Hujatan Atas Al-Albani | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar As-Sidawi | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Penulis | Penerbit: Media Tarbiyah | Berat: 225g | Muka Surat: 192m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 21.2cm (tinggi) x 14.5cm (lebar) x 1.1cm (tebal) | ISBN: - |


Para ulama Ahlus Sunnah wal Jama’ah bukanlah manusia yang maksum dari kekhilafan dan kesalahan. Namun bukan bererti kesalahan mereka kita bantai dengan tanpa adab untuk menjauhkan manusia dari ilmunya, tetapi yang seharusnya adalah kita fahami, jauhi, perbetulkan dan perjelaskan kekeliruan mereka.

Setelah penyusun membaca sebahagian karya tulis saudara Ali Mustafa Ya’qub (yang banyak menghujat dan menghentam Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah), ternyata memang ada bahasa yang bertujuan mencela, membuat tuduhan membabi buta, dan menzalimi Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah. Dan hal inilah yang menjadi fokus dan tujuan penyusunan buku ini oleh penulis.

Sebagai contoh dapat kita perhatikan salah satu ucapan Ali Mustafa Ya’qub:

“Di Indonesia, tampaknya hal serupa terjadi, ramai orang terkagum, bahkan me-Malaikat-kan Al-Albani, namun di sisi lain ramai orang yang mempertikaikan kapasiti ilmiyah dan kredibilitinya dalam ilmu hadis.”

Kami ingin bertanya, “Siapa yang me-Malaikat-kan Al-Albani?” Insya-Allah, pembela Sunnah tidak ada yang demikian, berbeza halnya dengan ahli bid’ah, banyak di antara mereka yang me-Malaikat-kan, bahkan sampai menuhankan kyai dan tokoh-tokoh mereka sebagaimana fakta yang saudara Ali Mustafa Ya’qub dapat saksikan sendiri fenomena tersebut, insyaAllah.

Alhamdulillah, Asy-Syaikh Al-Albani adalah seorang ulama Ahlus Sunnah dan termasuk ahli Hadis zaman kini. Selanjutnya, ulama hadis mana yang mempermasalahkan kapasiti ilmiyah dan kredibiliti Asy-Syaikh Al-Albani dalam ilmu hadis? Saya berharap agar saudara Ali Mustafa Ya’qub meninjau ulang perkataanya di atas. Adakah di Nusantara ini dari kalangan ulama Ahlus Hadis atau Ushul? Adakah seorang di Nusantara ini yang unggul ilmunya dalam bidang hadis dan ushulnya sehingga dipetik manfaatnya oleh umat Islam seantero dunia semisal Asy-Syaikh Al-Albani?

Adapun banyak saudara kita yang kagum dengan karya Asy-Syaikh Al-Albani dan Ulama Sunnah Timur Tengah lainnya turut menuai manfaat yang sangat banyak, Alhamdulillah ini adalah rahmat dari Allah, sehingga tidak sedikit dari para kyai, para tok-tok guru, para ustaz, dan bahkan sampai ahli bid’ah merasa kepanasan, pelbagai tirai kesyirikan tersingkap, kebid’ahan dan kezaliman mereka terbantahkan, kerana ilmu sunnah inilah senjata yang sentiasa bersedia melawan mereka agar tidak menjadi penipu dan pendusta. Bahkan ada dari kalangan ahli bid’ah sendiri yang dalam diam-diam turut menuai manfaat dari Asy-Syaikh Al-Albani walaupun mulutnya lancang di ruang terbuka.

Saudara Ali Mustafa Ya’qub seharusnya ikut merasa gembira, kerana inilah tujuan dasar berdirinya Universiti Islamiyah di Saudi ‘Arabia yang mengundang seluruh penuntut ilmu dari seluruh dunia guna mengembangkan dakwah Tauhid, menghidupkan Sunnah dan membanteras kesyirikan, khurafat dan kebid’ahan. Kagum terhadap Al-Albani bukanlah berarti memaksumkan beliau seperti Malaikat sebagaimana digambarkan oleh saudara Ali Mustafa Ya’qub dan tidak pula seperti ahli bid’ah yang menuhankan para kyai mereka, yang sampai matinya pun dipuja di kuburan-kuburan mereka.

Dan kepada saudara yang ingin mengetahui beberapa ralat Asy-Syaikh Al-Albani dalam permasalahan hadis yang dipermasalahkan oleh saudara Ali Mustafa Ya’qub, maka hendaklah dia membaca kitab “Tara’ju’ Al-‘Allamah Al-Albani fi maa Nashsha ‘alaihi Tashhihan wa Tadh’ifan” yang dikumpulkan oleh Abul Hasan Muhammad Hasan Alu Syaikh, cet Maktabah Al-Ma’arif.

Sekadar contoh, Asy-Syaikh Al-Albani mulanya memang melemahkan hadis tentang “Membuka Solat Malam dengan Dua Raka’at”, tetapi ternyata beliau meralatnya dan menyatakannya sahih. (Lihat hlm 238 no. 145)

Sungguh dari sini menunjukkan keikhlasan beliau, kerana beliau tidak segan untuk kembali kepada Al-Haq dan meralat kesalahannya apabila telah jelas baginya kebenaran.

Demikianlah apa yang diungkap melalui buku ini. Penulis berusaha menjawab secara ilmiyah sebahagian dari fitnah-fitnah yang sengaja dilontarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawan atas nama Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah. Dan di antara orang-orang yang tidak bertanggungjawab tersebut adalah Ali Mustafa Ya’qub sebagaimana disebutkan.

Di antara isu-isu dimaksudkan dan dijawab melalui buku ini adalah:

1, Etika dan Manfaat Dalam Mengkritik.

2, Menelusuri Pemikiran Para Pengkritik Asy-Syaikh Al-Albani.

3, Sikap Para Ulama Terhadap Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah.

4, Sikap Al-Albani terhadap dua kitab Shahih (Al-Bukhari dan Muslim).

5, Sikap Al-Albani terhadap para ulama.

6, Sikap Al-Albani terhadap ijma’, bantahan atas dakwaan Asy-Syaikh Al-Albani menolak ijma’.

7, Al-Albani dalam isu Solat Tarawih.

8, Al-Albani antara sikap Ifrath dan Tafrith.

9, Sumber kritikan dan fitnah terhadap Al-Albani.

10, Memahami metode takhrij Al-Albani.

11, Sikap Al-Albani terhadap masyarakat.

Di antara hal-hal lainnya yang turut diungkapkan adalah sekitar tuduhan murji’ah terhadap Al-Albani, bersikap tasahhul (bermudah-mudah) dalam mensahihkan hadis, Al-Albani tidak mengerti ilmu fiqh, Al-Albani tidak memahami fiqhul waqi’, dan kontroversi fatwa Al-Albani tentang Palestine.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net