Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Thibbun Nabawi: Metode Pengobatan Nabi

Thibbun Nabawi: Metode Pengobatan Nabi
Thibbun Nabawi: Metode Pengobatan Nabi
Terbitan: Griya Ilmu
Product Code: Griya Ilmu
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 25 x 17 x 3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM58.00 RM58.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ath-Thibbun Nabawi: Metode Pengobatan Nabi | Judul Asal ('Arab): Ath-Thibbun Nabawi | Tahqiq: Abdul Ghani abdul Khaliq | Penulis: Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 950g | Muka Surat: 506m/s. (Hard cover)


Dewasa ini ramai yang mengedepankan konsep perubatan alternatif. Bahkan telah menjadi seakan satu trend!. Benarkah begitu? Adakah ia hanya sekadar alternatif? Sedangkan sebahagiannya memang benar diperolehi dari wahyu. Sepatutnya ia bukan lagi alternatif, tetapi keutamaan bahkan lebih utama dari perubatan moden yang masih banyak di peringkat kajian dan percubaan.

Pada asasnya, ajaran Islam amat sarat dengan methodologi berkaitan perubatan, sama ada berupa formula umum ataupun petunjuk secara praktikal. Sepatutnya kaedah-kaedah ini mampu difahami dan dipelajari oleh kaum muslimin, supaya ianya mampu diamalkan dalam kehidupan seharian.

Walaupun demikian, penguasaan terhadap setiap methodologi kenabian dalam urusan perubatan, hanya dapat difahami secara sempurna apabila kita memahami perkembangan ilmu kedokteran secara umum. Hadirnya buku ini adalah sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam sekaligus dunia perubatan. Disusun oleh ulama terkemuka dan tokoh perubatan di zamannya, iaitu Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (Wafat: 751H).

Melalui buku ini, para pembaca mampu menelusuri perkembangan ilmu perubatan yang selalu berjalan seiring dengan perkembangan jenis penyakit, dan perubatan Islam yang sering kali menjadi pengasas dan printis berkesan. Memang agak sukar dipercayai, melainkan bagi mereka yang memiliki asas keimanan yang kuat. Terutama sekali bagi mereka yang mahu mempelajari methode atau kaedah-kaedah Islam dalam perubatan secara serius.

Membaca buku ini, InsyaAllah mampu menambah keimanan kita terhadap kebenaran ajaran Islam. Membuka minda terhadap konsep penjagaan kesihatan menurut wahyu. Memahami konsep pemakanan Nabi. Meneliti Corak tidur Nabi. Kehidupan Nabi. Penjagaan kesihatan cara Nabi. Punca-punca datangnya penyakit. Jenis-jenis makanan yang disebutkan al-Qur'an dan hadis sama ada secara khusus mahupun umum, dan banyak lagi lainnya.

Dan lebih dari itu, insyaAllah walaupun dengan segala keterbatasan yang ada, kita akan mampu memetik banyak faedah dan pelajaran berkaitan methodologi yang optimum dalam menjaga dan memelihara kesihatan serta memerangi atau mencegah pelbagai jenis penyakit, bagaimanapun keadaannya. Sama-sama kita semak.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net